Memasukkan Kod Secara Automatik Dalam Notepad++
Dalam proses menulis kod bagi sesebuah laman web, biasanya ada sejumlah kod yang kerap kali dimasukkan. Sebagai contoh, sewaktu menulis kod dalam HTML, saya banyak memasukkan kod untuk komen, iaitu seperti berikut:
<!-- Komen dalam fail HTML -->
Ianya agak melecehkan sekiranya saya terpaksa menaip kod yang sama berulang kali. Untuk menjimatkan masa, saya tetapkan kod ini kepada satu macro. Untuk mula membuat macro, pergi kepada menu Macro > Start Recording. Kemudian, tuliskan kod anda. Dalam contoh ini, saya taipkan <!– –> kemudian saya letakkan kursor di tengah-tengah kod tersebut. Pergi kepada menu Macro > Stop Recording. Untuk menyimpan macro yang anda baru buat tadi, pergi kepada menu Macro > “Save current recorded macro”. Anda juga boleh tetapkan shorcut key kepada macro tersebut. Selepas ini, setiap kali anda menekan shortcut key tersebut, kod itu akan ditapikan secara automatik.
Bagaimana pula jika anda ingin mengubah atau membuang satu-satu macro? Mudah saja, hanya pergi kepada menu Settings > Shortcut Mapper… dan klik pada tab Macros. Di sini anda boleh ubah atau buang mana-mana macro yang telah ditetapkan tadi.
Popularity: 25% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari ImamKhalid
Masa: August 22, 2008 pada 8:06 pm
Notepad mana ko cakap ni? Takde pun dalam notepad aku?
Entri terkini ImamKhalid: Tips murah tapi cepat: KLIA - KL Sentral - KLIA
Komen dari Uncle G
Masa: August 25, 2008 pada 9:59 pm
MK.. ape kata hang buat screenshoot.. lagi senang
Komen dari lee
Masa: September 19, 2008 pada 10:22 am
salam,,,ade sape2 yg bleh bg sy koding utk buat kamus mggunkn php? sy mmerlukan sgt untuk buat final year project sy
August 23rd, 2008 at 9:41 am
yg ni notepad++ lah.
lagi advance dari notepad yg ada dalam default window.
pegi dekat sini: http://notepad-plus.sourceforge.net/
application free. bagus kalau kita into coding stuff.
aku selalu guna benda ni utk coding php dgn css.
sebab dioa dapat bezakan warna2 certain codes.
taklah pening sgt time coding.
Entri terkini syuxx: Where is the twitter badge link?
August 26th, 2008 at 11:21 am
@syuxx: tapi kurang support untuk coding JSP. sedih aku, huk3