Alhamdulillah, majlis berbuka puasa bersama ahli Negaraku! berjaya diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Walaupun hanya sedikit yang dapat hadir, tapi ianya meriah dan mesra.

Aku datang dengan menaiki Putra LRT ke Stesen Universiti. Sampai je kat stesen, dah pukul 6.30 dah. Nasib baik bro Life4Hire datang jemput dengat motor. Kalau tak, mau nye MK diculik di Stesen Universiti tersebut. Life4Hire pun mencilok di tengah jalan raya tu sambil berkata “Tempat ni macam taman permainan aku je” dengan muka konfiden.

Sampai di Restoran Nara, aku berjumpa dengan Eddie, Loco, Callister, dan Syam. Tak lama kemudian, Odin sampai untuk melengkapkan majlis. Lalu kami berbuka puasa dengan ayam golek Restoran Nara yang dicicah dengan sos Thailand. Pergh. Lapar lak bila ingat balik.


Sembang punya sembang, kitorang berhenti jap pada pukul 8 untuk pergi solat maghrib. Lepas tu sambung bersembang sampai pukul 10. Air dah berapa gelas teguk, rokok dah berapa batang hisap pun diaorang tak sedar. Memang tak ingat dunia la budak-budak ni.

Tiba pukul 10, sampai la masa untuk kitorang beredar. Eddie pun nak berangkat ke Mekah pada esok harinye. Doakan keselamatan Eddie, amin. Syam hantar aku balik rumah dengan kereta dia. Sepanjang-panjang perjalanan tu pun kitorang bersembang lagi, huhu.

Kesimpulannya, majlis berbuka puasa tu memang best. Selain dapat menikmati ayam golek yang ummph (aku siap bawak seketul balik rumah lagi), banyak benda yang kitorang dapat kongsi bersama. Semoga lepas ni kitorang dapat teruskan perjumpaan macam ni, Insya Allah. Gambar-gambar yang ditangkap Callister ada di sini.

Senarai rakan-rakan yang hadir pada malam tu:

  • MK yang paling kecil di situ. Dipaksa makan agar menjadi besar.
  • Life4Hire. Sempoi gile mamat ni. Muka relaks je.
  • Eddie. Web Developer yang bermatlamat jauh. Banyak benda yang dipelajari dari dia.
  • Syam. Simple, hensem, dan ada kereta yang lawa. Dia single lagi weh!
  • Callister. Datang bersama Life4Hire. Muka manis je.
  • Odin. Bakal programmer dari UTeM. Ada ke dia ingatkan aku adik Eddie, huhh.
  • Lochoe. Freelancer. Kata Lochoe, “Aku dah tengok blog ko, memang bagus. Tapi huduh la”. Baekkk, saya sedar…
Related Posts with Thumbnails

44 Responses


  1. callister on 16 Sep 2008

    memg patut pun ko dipaksa mkn wahai MK,ko 2 kecik sgt..
    sorry la gmbr yg aku ami xcun, sth wrong with the camera kot..kena g servis..
    tp best la dpt jumpa ko MK, smart n sweet..
    kwn2 yg lain pun best….sempoi..

    • MK on 16 Sep 2008

      @callister: ok je gambar ni.. tu pun nasib baik ko bawak kamera. kalau tak, takde kenang-kenangan. huhu, tema kaseh kat callister

  2. aeropama dot com on 16 Sep 2008

    walahuuu… sudah tukar theme bau. adakah kerana teguran dari lochoe yg mengatakan theme engkau ini buruk?

    tp best wei lepak ngn MK. Secara personal, aku cakap MK seorg yang suci beb! Aku tak tipu… Untung sapa dapat mamat ni…

    • MK on 16 Sep 2008

      @aeropama dot com: ya, kata-kata lochoe amat menusuk kalbu.

      ye, aku suci dari hadas kecil dan besar, baru lepas amik wudhuk ni.. :p.

      Syam pun seorang yang hebat gak pe. Aku memang respek lelaki yang ada matlamat, macam ko Syam. Sungguh.

  3. callister on 16 Sep 2008

    MK, ko dah ada gf kan?

    • MK on 16 Sep 2008

      @callister: soalan cepumas. um.. er.. a.. da..

      p/s: tapi kalau nak kenalkan kat awek bleh je, bleh buat kawan. kekeke

  4. abdusfauzi on 16 Sep 2008

    MK, huhu.. lepas kene tegur [dan hacked], terus tukar theme. semangat baru la ni? hehe.

    actually, nak join jugak, tapi, apakan adaya, Mutiara tidak menyediakan pekhidmatan bas express dari Miri ke Pudu. Sedih sedih..

    oDiN tu rapat with me.. penah kerja sekali. and, if im in KL, lepak2 ngn dia. hehe. [sambil usha awek]

    • MK on 16 Sep 2008

      @abdusfauzi: ha ah, semangat baru! keke.. dah sampai seru dah kot.. huhu
      takpe la fauzi ada umur dan rezki mungkin kita semua dapat berkumpul lagi..

  5. Harith on 16 Sep 2008

    huuhu..bestnya…minta maaf la banyak-banyak sebab tak dapat datang berbuka puasa sesama korang semua. hehe

    • MK on 16 Sep 2008

      @Harith: takpe Harith. ini gath yang pertama, akan menyusul lagi perjumpaan2 yang akan datang

  6. affuan cute on 16 Sep 2008

    ayam golek? x dak aksi golek2 ke wei? hahaha.

    • MK on 16 Sep 2008

      @affuan cute: ape hal lak nama ko affuan cute ni.. lain kali kitorang buat request suruh ko golek2 ko nak?

  7. alone on 16 Sep 2008

    ahaks. best betul korang dapat berbuka sekali.

    • MK on 16 Sep 2008

      @alone: memang best! makan sambil bersembang sampai tak ingat dunia.. XD

  8. oDiN on 16 Sep 2008

    @MK
    sejak biler aku cakap ko muke mcm adik Edie ? huhu

    @abdus salam
    aaah .. enjoying those days .. lepak kt Pak li ngan Hakim sambil usha awek uitm shah alam ..

    @affucan cute
    ada banyak jerk aksi ayam bergolek2x dan berguling2x ..
    kt situ .. :)

    • MK on 16 Sep 2008

      @oDiN: bukan ko ke cakap? dah la Syam ingatkan aku adik Life4Hire. adus, semua pun nak jadi abang aku T_T

  9. callister on 16 Sep 2008

    uhuks!!dah ada awek..
    mesti awek ko pun comel mcm ko gak kan…

    • MK on 16 Sep 2008

      @callister: um, comel gak la.. hehe

  10. |1f34|-|1r3 on 16 Sep 2008

    haha…syam pakai keta aper beb? BMW kah ? ada ke aku cakap camtuh? ko jgn main2 MK…bulan posa ni…

    • MK on 16 Sep 2008

      @|1f34|-|1r3: keta apa tah, yang aku tau keta dia lawa. ala, ade la ko cakap atas moto, sambil ditiup angin sepoi2 bahasa tu

  11. callister on 16 Sep 2008

    weh apesal ko mcm xyakin je yg awek ko comel..

    • MK on 17 Sep 2008

      @callister: yakin, betul! hehe. tak bleh puji lebey2.. nanti dia baca perasan lak :p

  12. lochoe on 16 Sep 2008

    wah… design baru…!!! macam ni la nampak kemas MK.. haha.. weih janganla kecik ati ek.. aku saja2 gurau.. xde la maksud sgt2…

    projek ko nanti, lepas aku siap satu projek ni.. aku buka buku… kita check tang mana kita boleh tune…

    • MK on 17 Sep 2008

      @lochoe: sebelum ko, dah ada orang lain tegur da.. huhu. aku memang da lama nak tukar pun..

      ok, roger aku apa2 update pasal projek kita

  13. lochoe on 16 Sep 2008

    apsal link reply tu x berfungsi utk aku ek..

    aku pun sama pendapat dengan aeropama.com.. beruntung sapa dapat si MK ni.. janji dia ada kakak untuk aku.. kalau tak, memang x beruntung…

    ko balik dgn syam itu hari kan?? wah.. syam kaya.. mesti dia bawak ko mana2 tuh.. malam masih muda plak tuh…

    • MK on 17 Sep 2008

      @lochoe: link reply ni memang tak function la pada theme ni. aku tengah cari theme lain lak yang mana sesuai..

      kakak aku? huhu.. dua2 dah berpunya.. ko lambat eh..

      syam bawak aku balik umah je la, nak ke mana nye. takleh tido lewat2, nanti kakak aku marah.. haha

  14. Dekan on 16 Sep 2008

    “Weh yam, ko posing eh. Kalah owner website siut.” kata housemateku, Amir Ramzani.

    • MK on 17 Sep 2008

      @Dekan: oh, yam housemate ko ek?

  15. Eriyza on 17 Sep 2008

    Wah, bestnya dia dapat bebuka posa begeder² ngan kengkawan lain. Sure makan betambah. Hehehe!!! :)

    • MK on 17 Sep 2008

      @Eriyza: memang makan bertambah pu.. siap tapau bawak balik lagi, hehe

  16. aeropama dot com on 17 Sep 2008

    MK… Pakai la plugin threaded komen. Brian atau pun WP Threaded comment. senang aku nak membalas serangan pengomen2 yg lain. lepas tu barulah jumlah komen kau akan meningkat dengan ganas macam kat blog aku. orang suka beb!

    @lochoe: aku lum kaya raya lagi… pastu aku tak bawak MK jln2 ronda2 KL. aku tak mahu kesucian fikirannya di kotori oleh noktah-noktah hitam KL. walahuuuuu

    • MK on 17 Sep 2008

      @aeropama dot com: Brian / WP Threaded Comment dua-dua ada masalah kat theme ni.. workin on it

    • lochoe on 17 Sep 2008

      uhhahahahha….. kelaka gila ayat… uwwaaa..
      aku tk tahan gelak…

      bagusla ko jaga kesucian MK..

  17. hafizashaari on 17 Sep 2008

    fuh.. best giler korang… mk, cantek cket ko punyer blog ni… hi hi

    • MK on 17 Sep 2008

      @hafizashaari: cantek kan. sejuk sket mata memandang.. huhu

  18. takenaga on 17 Sep 2008

    a’ah la MK, kau cam kanak2 riang ria oh. Makan byk2. Tiap2 hari telan protein je. =P
    Theme baru nie lawa. agak kemas skit berbanding dulu punye. *sakit mate* =P

    • MK on 17 Sep 2008

      @takenaga: biar kanak2, yang penting riang selalu.. uhuhu…
      erk, tak sakit ke kalau terlebih protein nanti, huhu

  19. hafizashaari on 17 Sep 2008

    MK budak baik…. he he..

  20. aeropama dot com on 18 Sep 2008

    sudah tukau theme untuk kedua kalinya… ko pakai plugin apa utk komen?

    • MK on 18 Sep 2008

      @aeropama dot com: WP Threaded Comments

  21. affuan comel on 18 Sep 2008

    aku nak tengok MK golek len kali kalau ada jamuan berbuka tahun depan. ekeke.

    • MK on 18 Sep 2008

      @affuan comel: tupun kalo ko datang :p

  22. Uncle G on 18 Sep 2008

    aramak.. jauhnye.. bile korang nak buat kat area utara plak.. :D

    • MK on 19 Sep 2008

      @Uncle G: hm m, nanti kena buat edisi utara la plak ^^


Leave your comment