Fungsi Autoplay dalam Windows XP berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
  4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
  5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK

Jika anda tidak mahu menggunakan gpedit.msc, anda juga boleh menggunakan regedit, seperti di bawah:

Matikan Autoplay Menggunakan Registry Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan regedit dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
    • HKEY_CURRENT_USER
    • Software
    • Microsoft
    • Windows
    • CurrentVersion
    • Policies
    • Explorer
  4. Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut
  5. Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal

Kepada saudara Cupin yang bertanyakan bagaimana untuk mengembalikan fungsi ini, gunakan Group Policy Editor untuk tukar nilai pada ‘Turn Off Autoplay’ kepada Disabled

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

17 Responses


  1. zaki blogjer on 06 Apr 2008

    Baru ku tau, okla, dh off pun. Time kasih MK

    zaki blogjer’s last blog post..earncent.com earns dollars

  2. Soot Spirit on 06 Apr 2008

    owhhhh cuma saya pelik
    mengapakah laptop saya tak pernah autoplay apa2
    padehal sy tak penah pon disable autoplay
    huhuhuhu
    atau masa format org tu dah disablekan?
    hoh~ misteri

    Soot Spirit’s last blog post..In Danger~

  3. Affuan on 06 Apr 2008

    owh, kenapa nak matikan wei? :D

    Affuan’s last blog post..Menjadi Penulis di InfoMalaya

    • MK on 06 Apr 2008

      kerana virus2 selalu menggunakan autoplay ni ke jalan yang salaaah….

  4. cupin on 11 Apr 2008

    Tima kasih MK. sume dah setel.

  5. takotvirus on 18 Sep 2008

    nk turn off autoplay kt computer config or kt user config?

    • MK on 19 Sep 2008

      @takotvirus: dua2 pun boleh.. kalau kat user config, dia cuma effect dalam akaun pengguna tu je. kalau computer config, dia akan matikan autoplay untuk semua pengguna

      • takotvirus on 19 Sep 2008

        ok,thanks

  6. [...] kerana biasanya Virus mengeksploitasi cara ini untuk melancarkan dirinya. Anda juga boleh terus matikan fungsi autorun ini dalam Windows [...]

  7. zam on 21 Feb 2009

    macam mane nak matikan autoplay kat vista?

  8. [...] ada menulis tentang cara-cara mematikan fungsi Autoplay pada Windows XP pada artikel yang lalu. Kali ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk mematikannya pada Windows [...]

  9. Arie on 12 Jun 2009

    Mengapa Komputer Saya apabila di On, dia akan mati semula dalam beberapa saat< saya dah cuba tukarkan power supply,tapi perkara sama berlaku

    • MK on 14 Jun 2009

      @Arie: Tanggalkan semua komponen PC, dan pasang balik. Pastikan semua sambungan adalah ketat.

  10. ijat on 11 Aug 2009

    dua2 cara nih aku cari xde..mule2 ade pas2 ada yg xde
    aku gna vista!!

  11. sham on 19 Oct 2009

    Bagaimana nak sekat windows iklan yg masuk melalui Mozilla Firefox.
    Tkasih.

    • MK on 20 Oct 2009

      @sham: Guna add-on Ad-Block Plus.

  12. fenin on 06 Mar 2010

    nape aku uat regedit xjd…? ker kena restart dl?kalo uat gpedit.msc, Administrative Template ada, tp xde >System pun…musykil la…??


Leave your comment