SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Matikan Autoplay Dalam Windows XP

5 April, 2008 (20:26) | Masalah Komputer, Virus/Malware | Oleh: MK

Fungsi Autoplay dalam Windows XP berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
  4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
  5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK

Jika anda tidak mahu menggunakan gpedit.msc, anda juga boleh menggunakan regedit, seperti di bawah:

Matikan Autoplay Menggunakan Registry Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan regedit dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
    • HKEY_CURRENT_USER
    • Software
    • Microsoft
    • Windows
    • CurrentVersion
    • Policies
    • Explorer
  4. Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut
  5. Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal

Kepada saudara Cupin yang bertanyakan bagaimana untuk mengembalikan fungsi ini, gunakan Group Policy Editor untuk tukar nilai pada ‘Turn Off Autoplay’ kepada Disabled

Popularity: 32% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari zaki blogjer
Masa: April 6, 2008 pada 9:52 am

Baru ku tau, okla, dh off pun. Time kasih MK

zaki blogjer’s last blog post..earncent.com earns dollars

[Balas komen ini]

Komen dari Soot Spirit
Masa: April 6, 2008 pada 5:53 pm

owhhhh cuma saya pelik
mengapakah laptop saya tak pernah autoplay apa2
padehal sy tak penah pon disable autoplay
huhuhuhu
atau masa format org tu dah disablekan?
hoh~ misteri

Soot Spirit’s last blog post..In Danger~

[Balas komen ini]

Komen dari Affuan
Masa: April 6, 2008 pada 7:05 pm

owh, kenapa nak matikan wei? :D

Affuan’s last blog post..Menjadi Penulis di InfoMalaya

[Balas komen ini]

MK Membalas:

kerana virus2 selalu menggunakan autoplay ni ke jalan yang salaaah….

Komen dari cupin
Masa: April 11, 2008 pada 10:49 pm

Tima kasih MK. sume dah setel.

[Balas komen ini]

Komen dari takotvirus
Masa: September 18, 2008 pada 9:24 pm

nk turn off autoplay kt computer config or kt user config?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@takotvirus: dua2 pun boleh.. kalau kat user config, dia cuma effect dalam akaun pengguna tu je. kalau computer config, dia akan matikan autoplay untuk semua pengguna

takotvirus Membalas:

ok,thanks

Berikan komen