Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Lawati arkib untuk melihat senarai artikel di Sembang Komputer. Jika anda tak jumpa apa yang dicari, bincangkan ia di ruangan forum.

  • 11
    Jun

    Matikan Autoplay Pada Windows Vista

    Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.

    Saya ada menulis tentang cara-cara mematikan fungsi Autoplay pada Windows XP pada artikel yang lalu. Kali ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk mematikannya pada Windows Vista pula:

    1. Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan.
      control-panel
    2. Buang tanda pada “Use Autoplay for all media
      autoplay-vista-02
    3. Klik pada butang Save.

    Semudah itu sahaja untuk mematikan fungsi Autoplay dalam Windows Vista.

    Khabarnya, Microsoft akan membatalkan fungsi AutoPlay ini dalam Windows 7 yang akan dikeluarkan nanti. Ini adalah satu langkah yang bijak kerana fungsi ini lebih banyak membawa masalah dengan menyediakan laluan yang mudah untuk virus dan malware.

    Bacaan berkaitan: Tips-tips mengelakkan virus dalam Windows.

    Posted by MK in Virus

    Tags: , ,

17 Comments - Post your comment

  1. vista memang tak best

  2. kenapa vista kak jie tak de pun autoplay bila klik kat control panel?

    • maybe kjie tak tekan classic view or maybe juga vista k.jie yg basic nya kot.. entahla.. takde vista kat tangan skrg, kalo tak leh bg taw sebab ape…

    • @kujid: Cara lain untuk buka setting Autoplay: Cucuk pen drive, bila kuar prompt autoplay tu, klik pada link “Set Autplay defaults in Control Panel”

  3. la x tau pulak punya la senang

  4. Macam mana nak buat kalau tekan alt+ctrl+delete terus bukak task manager.pasal kalau tekan alt+ctrl+delete nak kena pilih pulak lagi.1 hal buang masa

  5. hoho vista mudah aje eh.. perghh mmg best… tapi os vista mmg takbest.. win 7 bilakah kamo akan dtg padaku.. hehehe…

  6. off topic : mana le MK pergi, forum sk tu berdozen spammer…

  7. bagus juge…. tp kene rajin cket klu cucuk usb drive tu kene buka mycomputer..

  8. Vista Ultimate 64Bit memang Superb….
    puas pkai…

  9. Windows7 xbyk lagi driver support. grafik kad 1GB aku pun xde driver tu… haha… cm bangang je windows7

  10. salam mungkin agak ketinggalan saya disini tapi bagaimana nak taw sesuatu pendrive atau driver telah dimasuki virus?

  11. sipp thanks


Leave a comment

  • Langgan Artikel

    Masukkan emel untuk melanggan artikel kami:

  • Kereta123
  • Komen Terkini

    • mifzal raziq: saya nak tanya kenapa saya buka komputer lepas 20 minit dia restart.....emmmm mungkin tak cukup
    • elisha: tapi saya tak tahu dia duduk kat aner yg saya tahu dia duduk kat melaka.
    • elisha: sebab dia yg buat blog geng bas sekolah
    • elisha: saya tahu saper yg pandai buat blog nama dia muhammad amirul asyraff
    • elisha: saya pun tak tau lah
    • elisha: saya sebenarnya nak buat blog untuk korang semua
    • aca: btul-btul-btul ^_^
    • CloudLeon: erm, cube tgk kat dalam bios, ada berkurang ke?
    • idmal: salam...sblm aku defrag drive c aku space ada lg 15gb lepas defrag tinggal lg 10gb
    • mifzal raziq: thank you bro...