Seperti yang kita sedia maklum, virus boleh mengaktifkan dirinya sendiri dengan mengekploitasi fungsi Autoplay dalam Windows. Sebab itulah virus dan malware sangat mudah merebak dari satu komputer ke komputer yang lain, terutamanya melalui perkongsian USB drive. Jadi, adalah lebih baik fungsi ini dimatikan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.
Saya ada menulis tentang cara-cara mematikan fungsi Autoplay pada Windows XP pada artikel yang lalu. Kali ini, mari kita lihat langkah-langkah untuk mematikannya pada Windows Vista pula:
- Buka Control Panel dan pilih AutoPlay. Skrin untuk membuat tetapan terhadap AutoPlay akan dipaparkan.
- Buang tanda pada “Use Autoplay for all media
- Klik pada butang Save.
Semudah itu sahaja untuk mematikan fungsi Autoplay dalam Windows Vista.
Khabarnya, Microsoft akan membatalkan fungsi AutoPlay ini dalam Windows 7 yang akan dikeluarkan nanti. Ini adalah satu langkah yang bijak kerana fungsi ini lebih banyak membawa masalah dengan menyediakan laluan yang mudah untuk virus dan malware.
Bacaan berkaitan: Tips-tips mengelakkan virus dalam Windows.
vista memang tak best
emm…. klu Ram xcukup mmg xbest… try la windows 7.
kenapa vista kak jie tak de pun autoplay bila klik kat control panel?
maybe kjie tak tekan classic view or maybe juga vista k.jie yg basic nya kot.. entahla.. takde vista kat tangan skrg, kalo tak leh bg taw sebab ape…
vista kak jie home premium, mgkn tak takan classic le kot
ala kak jie taip je kat kotak search kat atas tu. pelik jgk kan, ikut tutorial kt ats tu.. mmg xde klu jez ikut step tu, so mcm saya, kne search dlu kat kanan ats tu, baru jumpe
@kujid: Cara lain untuk buka setting Autoplay: Cucuk pen drive, bila kuar prompt autoplay tu, klik pada link “Set Autplay defaults in Control Panel”
la x tau pulak punya la senang
Macam mana nak buat kalau tekan alt+ctrl+delete terus bukak task manager.pasal kalau tekan alt+ctrl+delete nak kena pilih pulak lagi.1 hal buang masa
hoho vista mudah aje eh.. perghh mmg best… tapi os vista mmg takbest.. win 7 bilakah kamo akan dtg padaku.. hehehe…
off topic : mana le MK pergi, forum sk tu berdozen spammer…
@Kujie: MK di sini? Huhu. Ada masa akan saya penampo semua spammer2 itu… *alasan*
bagus juge…. tp kene rajin cket klu cucuk usb drive tu kene buka mycomputer..
Vista Ultimate 64Bit memang Superb….
puas pkai…
Windows7 xbyk lagi driver support. grafik kad 1GB aku pun xde driver tu… haha… cm bangang je windows7
salam mungkin agak ketinggalan saya disini tapi bagaimana nak taw sesuatu pendrive atau driver telah dimasuki virus?
sipp thanks