Satu fungsi yang paling menjengkelkan dalam Windows Vista adalah User Account Control (UAC) yang keluar setiap kali anda ingin melakukan operasi-operasi tertentu pada Windows. Sebenarnya fungsi ini bagus kerana ianya dibina untuk tujuan sekuriti, namun ia terlalu kerap keluar sehinggakan nak copy fail pun perlu minta kebenaran. Keadaan ini ternyata menyusahkan. Sekiranya anda ingin mematikan fungsi UAC, ikut langkah-langkah di bawah:


Cara-cara Untuk Membatalkan Fungsi UAC

  1. Klik pada Start Menu dan buka Control Panel.
    Buka Control Panel
  2. Di bahagian kiri Control Panel, pastikan anda memilih Classic View.
  3. Klik pada User Accounts.
    Pilih User Accounts
  4. Klik pada “Turn User Account Control on or off”
    Matikan UAC
  5. Hilangkan tanda pada “Use User Account Control (UAC) to help protect your computer”
    Batalkan UAC
  6. Tekan OK. Anda boleh memilih samada untuk restart sekarang atau tidak.

Kini anda tidak akan diganggu lagi dengan mesej yang dikeluarkan oleh UAC ini. Sekiranya anda ingin mengaktifkannya semula, ulang langkah yang sama dengan menanda pada “Use User Account Control (UAC) to help protect your computer”.

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

27 Responses


  1. rmartz on 27 May 2009

    yess… cantek punyer tips.. yg ni yang aku carik tak jumpe2.. tak der lah sampai nak rename file pon nak kene ader permision…

    • fid on 27 May 2009

      La… Kenapa tak tanya aku dari awal… Aku dah lama guna Vista… Aku tahu selok belok Vista ini.. Sekarang kan tengah selami Windows 7 lak..

      • zahir on 28 May 2009

        Kenapa Vista tak mahu support software tertentu. Saya ada beli laptop HP program Vista. Banyak benda saya tak dapat buat. Paling teruk Modem Streamyx saya tak boleh nak di install.

        Tolonglah saya nak buat macam mana.

        Terima kasih

        • rmartz on 28 May 2009

          eh… saya ok jer kat rumah… bukan tak boleh… kene carik driver yang sesuai…

          • Melayu Boleh on 31 May 2009

            A’ah.. betul tu..
            aku guna vista ok jer..
            best dr XP lg..
            mantap..

          • zahir on 13 Jun 2009

            Terima kasih banyak2. Last-last saya beli je modem streamyx yang baru. Sebab modem lama memang tak support Vista. Habis Kat RM 200. Ikat perut la bulan nie.

  2. TMUkmkd on 27 May 2009

    selamat den tak ponah guno vista neh..
    tapi malu gak la masa g uda holding den mana tahu macam mana nak tutup.. tertakan butang power kat gambar yang 1st tu..

    dah stanby.. persetan tol.. :D

    lantak la.. vista is not my cup of tea

  3. sawa on 27 May 2009

    nice tips bro!!!!

  4. Kill-Vearn on 27 May 2009

    hoho betol2… UAC mmg mengsusahkan kerja org yang pakai vista.. sket2 permisssion…

  5. mohdisa on 27 May 2009

    wah, tips yang menarik. tapi itulah, sy tak pakai vista. hehe

  6. m_hafiz on 28 May 2009

    sy bru je install win xp yang baru,,bcoz yg lama dah kene virus ntah ape ntah name virus tu..ntah..
    tp knpe arr tak de bunyi..
    nak main mp3 pun x dpt..
    harap ade yg leh tolong??
    plz balas comment anie…

    • alip on 28 May 2009

      ko dah install dia pyer driver x?
      kalu x instal camne nak ada bunyi baii!!!
      try check!

      • m_hafiz on 29 May 2009

        dia pyer driver ntah kemane ntah..
        pasal.. pc lame kan…
        tak leh gune cara lain ke??..
        klu aku beli sound card bru agaknye boleh tak baii??

  7. maneyta on 28 May 2009

    Tip yg bagus, walaupun saya jarang menggunakan vista, tapi saya suka dgn tip2 begini. Dah hampir setahun belajar selok-belok ubuntu.

  8. takep on 29 May 2009

    sgt bagus entry nie. mmg UAC nie sngat menjengkelkan. semua benda nak mintak permission. tp yg bagusnye vista nie, bile satu program 2 not responding, vista sangat laju menyelesaikan masalah tue. x macam XP, bile program not responding, gile lame die hang. satu tepukan tok vista.

  9. imie on 29 May 2009

    haha..puas mencari jumpa jugk kat sini ek…

  10. kujie on 29 May 2009

    thanks….kak jie baru je buat….jarang guna laptop ni sbb vista…tak pandai nak sesuaikan diri..

    KM ..nak tanyaa ftp filezilla tu..selain darinya apa yg sesuai?

    vista boleh tak install filezilla?

    • MK on 03 Jun 2009

      @kujie: Vista boleh je guna FileZilla. Selain dari FileZilla, CuteFTP ada. Tapi saya sendiri pun lebih suka guna FileZilla.

  11. shandye on 30 May 2009

    disebabkan ciri2 UAC ni lah antara penyebab vista mempunya kelemahan daripada ciri2 user-friendly ia. aku mahu cepat2 bertukar ke windows 7 bila ia keluar edisi penuh nanti. ahaks.

  12. rohspeed on 30 May 2009

    apakah registry repair yg terbaik dan yg boleh repair bad sector

  13. s@wie on 01 Jun 2009

    cb pkai ccleaner…ok kot…

  14. putri on 03 Jun 2009

    sye nk step install window vista.. help me..!!

    • MK on 03 Jun 2009

      @putri: Step untuk Windows Vista eh. Ok2, akan diterbitkan dalam masa terdekat..

  15. Wira DuniaMoto on 05 Jun 2009

    Salam ,
    Aku pun baru tahu nak buang fungsi UAC kat situ rupanya.

    Tq MK info ni bagus utk org
    macam aku agak kurang mahir ngan
    penggunaan window.

    • MK on 05 Jun 2009

      @Wira DuniaMoto: sama2.. :)

  16. ayang on 13 Sep 2009

    ayang ader masalah pasal vista ni.. tiap kali nak download lagu atau aper pun mesti tak leh… pas dah download… nak bukak file tu mesti pastu dia kuar cam ni

    [Window Title]
    C:\Users\user\Desktop\New Folder (2)\OfficialAresSetup.exe

    [Content]
    C:\Users\user\Desktop\New Folder (2)\OfficialAresSetup.exe is not a valid Win32 application.

    [OK]

    knapa yek? dan apa cara nak atasinyer.. susah bile nak download satu2 software

  17. abhalima on 31 May 2009

    aku dulu lama dah pakai vista ultimate, tapi sejak ada windows 7 ni dah tak sedap pakai vista lagi….so bayangkanlah windows 7 ni camner?


Leave your comment