Matikan fungsi User Account Control (UAC) pada Windows 7

uac

Fungsi User Account Control (UAC) dibina untuk melindungi anda daripada aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Namun bagi pengguna Windows yang berpengalaman, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali anda ingin install apa-apa perisian.

Jika anda fikir anda seorang pengguna Windows yang berpengalaman, dan boleh mengenal perisian manakah yang betul-betul selamat untuk dijalankan, anda boleh membatalkan terus fungsi UAC ini.

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘UAC’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori Action Center dipaparkan. Klik pada ‘Change User Account Control settings’

matikan-uac

2. Ubah tetapan kepada ‘Never notify’. Klik pada butang OK. UAC akan dipaparkan buat kali terakhir, klik sahaja pada butang Yes.

matikan-uac

Semudah itu sahaja, fungsi UAC pada Windows 7 anda telah dimatikan bagi memudahkan urusan anda.

10 thoughts on “Matikan fungsi User Account Control (UAC) pada Windows 7

  1. Pingback: Gathering Berbuka Puasa Negaraku | Roslan Nazri

  2. Pingback: Kaki Komplen Malaya » Gathering Berbuka Puasa Negaraku

  3. salam MK…sy xtau nk komen kat mana pasal masalah kom…kalo page sembangkomputer yg lama tu snang ckit la…nk tnya bout:
    beza internal hd dan external hd..btol ke kwn sy ckp..kalo external hd ni kita mmg bleh simpan movee banyak2 tp kalo nk play kna copy masuk dalam pc/laptop kalo x..external hd akan cepat rosak?bleh bagi maklumat ckit x..Thanks a lot…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">