Tambah nilai kredit bagi telefon bimbit dengan Maybank2U

Sewaktu di kolej dahulu, saya dikenali sebagai ‘taukey topup’. Oleh kerana agak sukar untuk mereka keluar mendapatkan kredit tambah nilai, bisnes saya berjalan dengan sangat baik, terutamanya pada waktu malam apabila pelajar suka bergayut.

Kini dengan adanya perkhidmatan perbankan secara online, kita boleh terus membuat belian melalui Internet. Kalau kawan-kawan kolej saya tahu akan sistem ini dahulu, saya dah pasti gulung tikar.

Artikel kali ini akan menerangkan secara ringkas cara-cara membeli kredit tambah nilai menggunakan Maybank2U (untuk menggunakan Maybank2U anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun Maybank serta mengaktifkan perbankan melalui telefon –  boleh dilakukan pada mesin ATM Maybank):

1. Log in pada laman web Maybank2U.

maybank2u-01

2. Pilih bahagian “Accounts & Banking”

maybank2u-02a

3. Anda boleh pilih “Instant prepaid top up” di mana ia akan masuk ke nombor telefon anda secara automatik, atau “Prepaid top up with PIN” di mana anda akan mendapat nombor pin seperti biasa.

maybank2u-03

4. Pilih penyedia talian telefon bimbit anda.

maybank2u-04

5. Tekan pada “Request a TAC number” dan nombor pengesahan akan dihantar kepada telefon bimbit anda melalui SMS. Taipkan nombor tersebut ke ruang TAC.

maybank2u-05

6. Nombor pin bagi kredit tambah nilai akan dipaparkan di skrin.

maybank2u-06

Nota: Jika anda memilih “Instant prepaid top up”, anda hanya perlu memasukkan nombor telefon yang dikehendaki dan nilai kredit akan ditambah secara automatik.

One thought on “Tambah nilai kredit bagi telefon bimbit dengan Maybank2U”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>