Mencari Penaja Untuk Sembang Komputer

Dukacita dimaklumkan, hosting bagi Sembang Komputer telahpun mencapai tarikh luput. Sembang Komputer dan Forum SK hanya mampu bertahan untuk dua atau tiga hari lagi sebelum digantung. Malangnya, saya mengalami sedikit masalah kewangan pada bulan ini dan tidak mampu untuk memperbaharui hosting.

Saya sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, supaya blog ini terus hidup. Sedikit pun jadilah.

Jika ada yang sudi menaja sepenuhnya hosting Sembang Komputer untuk satu tahun (kira-kira RM 130), pautan kepada laman web anda akan diletakkan pada blog ini selama setahun.

Sekiranya ada yang sudi, anda boleh terus hubungi saya di sini.

Kemaskini: Sembang Komputer telahpun mendapat tajaan dari beberapa orang individu. Terima kasih kepada semua yang membantu =)

34 thoughts on “Mencari Penaja Untuk Sembang Komputer

  1. uih..iklan utk setahun tuh beb…giler babi..ko letak la sket iklan kat blog ko nii haaa…tahu la niat suci murni ko utk mendidik orang ramai..letak iklan sket takde masalah punya!

  2. erm..tu la tadi siang aku tgk taleh bukak ko nya blog..aku ingat ape tah tetiba kua suspend…hurm aku tak dpt tulun..maaf lew… hope ada org dapat tulun ko MK, insyaAllah… sbb byk ilmu da ko kongsi ngan manusia2 yg kunjung sini…

    psstt: kalo da ada tajaan nanti, leh buh link aku kat “pautan”…

  3. kasihan.
    bile dateline utk sponsorship ko ni?
    ape yang aku boleh tolong, aku tolong war-warkan akan perihal permasalahan ko ini untuk mendapatkan penajaan kat blog aku or blog yang aku lawati. (ewah, bersastera lak)

    • @pcuserz, 22 haribulan Febuari ni. Tak tau la kalau lepas tu dapat tawar2 lagi ke dengan DataKL, hehe. Tapi takpe la pcuserz, segan lak kalau pergi tinggalkan komen camtu kat blog lain. Biar la pembaca kat blog ni yang sponsor… InsyaAllah ada nanti, mudah-mudahan.

  4. pergh ssh nak tolong ni beb…kalo aku suggest per ko wat part time job.
    kan banyak.wet tu ko support ko pnyer blog..kan bnyk skang..amacam..wet yang ada ko pusing modal..makan ko cri sumber len

  5. salam,
    Saya juga bersimpati ngan anda tapi saya pun guna domain free je sebab tak mampu.apakata anda offer untuk parapengunjung letakkan iklan kat blog ni boleh juga tampung kos sara hidup blog ni.

  6. Pingback: Sembang Komputer Sudah Mendapat Tajaan, Terima Kasih Semua | Sembang Komputer

  7. betul la aku baru perasan takde iklan kat sini
    letak la satu je. sure boleh cover hosting
    apa2 pun kalau ada masalah in future, email aku. hehe :)

  8. setuju dengan knizam. seharusnya diletak satu iklan untuk cover hosting dan domain blog ni.

    aku rasa alasan itu juga tujuan aku letak iklan di blog. huhu. dilihat dari persembahan blog ini, rasanya blog ini dapat menarik banyak trafik yang secara tak langsung mendapat unik visitor yang bakal menjana pendapatan dari iklan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">