opera Opera memperkenalkan fungsi Speed Dial semenjak versi 9.2 lagi, dan sejak itu menjadi popular di kalangan pengguna. Para pembangun mula membuat add-on yang serupa untuk Firefox, malah Google Chrome juga turut menyalin fungsi yang sama.

Sudah tentunya, Speed Dial sangat memudahkan kita. Apabila anda buka tab baru dalam Opera, anda akan dipersembahkan dengan 9 kotak yang boleh diisi dengan laman web kegemaran anda. Anda juga boleh menggunakan shortcut key iaitu Ctrl+1 hingga Ctrl+9 untuk membuka mana-mana laman web dalam Speed Dial ini.

speed-dial-01

Cara-cara Menetapkan Laman Web Ke Dalam Speed Dial

Anda hanya perlu klik pada mana-mana kotak Speed Dial, dan taip alamat bagi laman web tersebut. Anda juga boleh memindahkan laman web yang telah ditetapkan ke dalam kotak lain, dengan hanya menyeret laman web tersebut ke dalam kotak yang dikehendaki.

Cara-cara Menambah Kotak Dalam Speed Dial.

9 kotak tidak cukup untuk anda? Kalau begitu, ikuti cara-cara berikut untuk menambah bilangan kotak dalam Speed Dial.

  1. Terlebih dahulu, anda perlu tahu di mana folder profile Opera berada. Klik pada Help > About dan lihat pada Paths. Biasanya, folder ini akan terletak di:
    C:Documents and Settings\(nama anda)\Application Data\Opera\Opera\profile\
    Anda juga boleh taipkan %appdata% dalam kotak Run dan cari folder Opera.
  2. Tutup Opera.
  3. Buka fail speeddial.ini dalam folder Opera anda.
  4. Tambahkan kod ini ke dalam fail tersebut. Rows adalah baris, manakala Columns adalah lajur; ubah mengikut kehendak anda.
    [Size]
    Rows=3
    Columns=5
  5. Buka Opera anda. Kini anda sudah boleh melihat Speed Dial anda bertambah.

speed-dial-02

Nota: Jika anda ingin buang kotak carian pada Speed Dial, taipkan opera:config pada address bar, dan kosongkan “Speed Dial Search Type” pada bahagian User Prefs.

[via Opera Watch]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

27 Responses


  1. sufian on 21 Nov 2008

    opera aje ke ada speed dial ni? .. dah lama tinggal opera ni rasa kekok lak..

    • Apiez on 21 Nov 2008

      @sufian, firefox pon ade cam speed dial nih.. cube baca kat blog aku..http://kedaigambarku.co.cc/?p=29
      opera ni aku suke jgak, tp tu la, bab nk buka email tu aku x tau naper x bleh.. ari tu MK ade bgtau..

      • MK on 21 Nov 2008

        @Apiez: emel tu untuk emel IMAP dan POP je la Apiez. Yahoo versi percuma takde suma tu.

    • MK on 21 Nov 2008

      @sufian: Firefox pun ada add-on untuk Speed Dial ni. Contohnya Fast Dial.

    • poknbv on 30 Nov 2008

      hmm saya punya yahoo mail percuma boleh bukak kat opera cuma kena ada java sript dia,ni ha javascript:void(oBw.op=false) dia kena save kat bookmarks

  2. sootspirit on 21 Nov 2008

    hehe baru tau bleh tambah kotak speed dial
    igt bleh 9 jek

    • MK on 21 Nov 2008

      @sootspirit: tambah 18 belas kotak pun boleh..

  3. pcuserz on 22 Nov 2008

    i have been using opera for quite some time. the tweak is great. this is something new for me.

  4. abdusfauzi on 22 Nov 2008

    opera. sometimes, it is faster than safari / firefox. i wonder why. what ever it is, i use them all. hahaha.

  5. usri on 22 Nov 2008

    Canggih jgk cara ni.

  6. IT on 23 Nov 2008

    firefox vs opera : firefox win

    • MK on 25 Nov 2008

      @IT: not :p

    • erdina on 30 Nov 2008

      Firefox kdgkala menyusahkan coz kena updated

      • MK on 30 Nov 2008

        @erdina: yup, update Firefox adalah automatik, kadang2 memang annoying. Opera tak, cuma kalau nak update kena download release baru terus.

  7. Faiz on 23 Nov 2008

    opera ? x pnah guna plak..nak try….

  8. shaf_8909 on 24 Nov 2008

    Opera menarik je tgk tapi time tgk video YOUTUBE x pickup

    • MK on 25 Nov 2008

      @shaf_8909: eh, pickup je la. mungkin sebab awak tak install Flash Player kot.

  9. syafsp on 24 Nov 2008

    Hai sume, alang2 dh sembang psl browser aku nk tny ckit. Harap ada yg tahu yer! aku sbnrnya suka browser Opera drpd IE. cume ble aku nk karang email yg memerlukan aku guna ‘kotak’ utk aku buat jadual aku terpksa guna IE balik. sbb ble aku karang guna opera, ‘kotak’ jadual tu berlari ler, x sama. klu aku pki IE elok je. kenapa jd mcm tu yer? jenis tu org pggil mslh ape? macam java2 script gk ke?

    • BudakKomputer on 24 Nov 2008

      @syafsp: Gunelah Mozilla MusangBerai aka Firefox :D

    • MK on 25 Nov 2008

      @syafsp: Opera ni sangat berkira dengan coding yang mengikut standard, sebab tu la kadang-kadang ada website yang agak pelik bila view dalam Opera, sebab coding website tu tak mengikut standard.

      sesetengah web programmer malas nak ikut 100% web standard ni, asalkan nampak elok kat IE dan Firefox diorang puas hati dah.

  10. ramzy0 on 26 Dec 2008

    aku big fan of opera. baru aku tahu bleh tambah kotak tu. HOh0ho

  11. youlie on 03 Feb 2009

    aq msh bingung cara login ke opera dan sbtulnya opera wt pa c, maklum q ne msh awam….he
    tlong llz comment q yaw

  12. mfajrinet on 28 May 2009

    Makasih ya infonya.. ;)

  13. tanya kenapa on 14 Jul 2009

    ko kaga ada tulisan :
    [Size]
    Rows=3
    Columns=5

    gmana si..??

    gw udah buka speeddial.ini jg

  14. Abu Aineen on 02 Sep 2009

    Salam.sekarang ni saya guna Opera 10.memang canggih.speed dial ni pun bleh buat sampai 25 kotak .banyak sangat le pulak.skang nih saya tertunggu2 karangan MK pasal Opera 10 nih.bile ye?…terima kasih.

    • MK on 02 Sep 2009

      @Abu Aineen: Haha, macam tau-tau je yang saya nak buat artikel pasal Opera 10 lak ^_^

  15. [...] ini kemudiannya disalin oleh web browser lain dan dijadikan sebagai standard. Contohnya fungsi Speed Dial kini telah diimplementasikan oleh Chrome, Safari, dan pelbagai add-on [...]


Tinggalkan komen anda