Apa Itu Domain Dan Hosting?
Jika anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting. Seperti yang saya dah terangkan sebelum ini, berikut merupakan sedikit penerangan tentang domain dan hosting:
Apa itu domain?
Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.
Apa itu hosting?
Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.
Bagaimana nak mendapatkan domain dan hosting?
Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Antaranya ialah DataKL. Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Biasanya, bayaran secara online akan dibuat menggunakan kad kredit atau PayPal. Tapi jangan bimbang jika anda tidak mempunyai kad kredit atau PayPal, kerana anda juga boleh membuat bayaran secara bank-in di cawangan Maybank yang berdekatan.

Saya dah ada domain dan hosting. Apa seterusnya?
Ok, sekarang anda dah sedia untuk lancarkan laman web anda agar boleh dilawati oleh seluruh dunia. Jika anda ingin membuat laman web dengan cara mudah, anda boleh menggunakan CMS seperti Joomla!, Zen Cart, Drupal, dan sebagainya. Jika anda ingin membuat blog, Wordpress adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya segala kandungan laman web anda sudah siap, letakkan ia kepada hosting anda menggunakan perisian FTP, ataupun melalui cPanel.
Apa benda pula CMS, Joomla, dan cPanel ni ya? Jangan risau, semuanya akan saya terangkan lagi dalam artikel yang akan datang. Jadi, pastikan anda setia mengikuti SembangKomputer.com ye ^^
Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.
Popularity: 56% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari kita
Masa: August 10, 2008 pada 9:09 pm
fuhhh siap cakap lagi link affiliate tu….tak per ler kalau tak cakap pun kan :)
October 30th, 2008 at 11:09 pm
@kita, molek jugak royat!!!!jurus katakan.
Komen dari abdusfauzi
Masa: August 10, 2008 pada 11:45 pm
hurm.. saya nk ade hosting sendiri.. nk jugak. ade org nak sponsor? saya bleh byar dlm bentuk tenaga kerja. :D
Entri terkini abdusfauzi: Tagged by Topotato.com (Erk?)
Komen dari aeropama dot com
Masa: August 11, 2008 pada 8:13 pm
secara ikhlas, kau adalah antara blogger yang memberi inspirasi kepada ku untuk punya hosting dan domain sendiri. sekarang aku dah ada kedua-duanya dan aku amat berpuas hati dengan hasilnya
aku masih jahil pasal CMS. aku harap kau boleh terangkan dengan details tentangnya…
August 12th, 2008 at 2:17 am
@aeropama dot com: uit, aku memberi inspirasi ke. terharu dengar, huhu. tak sia-sia buat blog ni
Komen dari Extremist Thinker
Masa: August 11, 2008 pada 8:49 pm
huuuuu. fav blog ku :p
Entri terkini Extremist Thinker: TREND Hantaran Kahwin Yang Tinggi, Setinggi IQ Saya.
Komen dari mahsyar90
Masa: August 11, 2008 pada 11:50 pm
im trying to make it..
haha..so sembangkomputer ni dpt la sikit nanti insyaAllah
truskan usaha murni mu inep..
Komen dari Uncle G
Masa: August 12, 2008 pada 12:27 pm
pakcik plak memang dah ade domain/hosting lain… tapi nie ler 1st time pakcik beli domain/hosting tok jadi seorang blogger… sib baik belum jadi blogger tegar lagi…
August 12th, 2008 at 6:04 pm
@Uncle G: oh pakcik memang dah biasa la buat laman web ni ye..
Komen dari blogmenjerit
Masa: August 13, 2008 pada 7:32 am
bm guna bantuan luar je, kahkah. bayar je kat dia
Entri terkini blogmenjerit: Menukar default gravatar Wordpress
Pingback dari Install Wordpress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico | SembangKomputer.com
Masa: August 19, 2008 pada 8:45 am
[...] lepas, saya telah menerangkan dengan panjang lebar tentang cara-cara untuk memasang Wordpress pada domain dan hosting anda sendiri. Ini merupakan cara yang manual. Jika anda inginkan cara yang lebih mudah, anda [...]
Komen dari mefranz
Masa: August 24, 2008 pada 8:29 am
apa hosting paling best ye ?
August 26th, 2008 at 11:23 am
@mefranz: hmm hmm, saya pun tak sure la. saya guna DataKL, syuxx lak guna Fivio, best gak katanye. Exabytes pun macam ok gak reputasi die
Komen dari Blood Elves
Masa: September 3, 2008 pada 2:59 pm
BAGI STEP BY STEP NK BWT NYE
Komen dari shandye
Masa: October 7, 2008 pada 1:07 pm
hurm… thinking of getting myself a domain…
tapi mcm too much hassle aje… kan?
klu blog aku a grand-hitter macam blog ko takpela…
blog aku nk cecah 10 visitors per day pun payah…
huhu…
October 9th, 2008 at 5:36 am
@shandye: hm, terpulang. yang penting, kepuasan diri (and actually it’s not much a hassle at all ^^)
Komen dari nmsh
Masa: October 30, 2008 pada 11:13 pm
x reti nok buat lagi nih!!!! dpt info gini pandai kot lps ni..tanx 4 segala usaha mu ini. tabik…
August 10th, 2008 at 9:56 pm
@kita: kena cakap.. etika