Microsoft kini membuka peluang kepada orang ramai untuk mencuba Windows versi yang terbaru, iaitu Windows 7. Download akan dibuka sehingga 24 Januari 2009, jadi anda boleh ambil peluang ini untuk mendapatkannya.

Anda mungkin tertanya-tanya, kena bayar ke kalau nak download Windows 7 Beta ni? Berita baik buat anda kerana Microsoft menyediakannya secara percuma. Namun, perlu diingat bahawa Windows 7 Beta adalah versi percubaan sahaja, dan lesen percuma akan tamat pada bulan Ogos 2009.

Dapatkan Windows 7 Beta di laman web rasmi Microsoft. Terdapat dua pilihan iaitu versi 32-bit dan 64-bit (pilih 32-bit jika anda tak tahu apa bezanya). Anda akan dikehendaki untuk memasukkan Windows Live ID anda, jadi daftarkan satu akaun jika anda masih belum mempunyai Windows Live ID.

Walau bagaimanapun, saya masih gagal untuk download fail Windows 7 Beta yang dijanjikan Microsoft. Apa yang saya dapat hanyalah mesej “We are sorry, the page you requested cannot be found”.

download-windows7-01

Saya makin kecewa dengan Microsoft. Jangan risau, anda masih boleh cuba dowload dari link di bawah (dari Lifehacker):

Related Posts with Thumbnails

Tags:

29 Responses


  1. TMUkmkd on 12 Jan 2009

    tak boleh ke? humm ada masalah kot ngan server (sekali lagi)

  2. Khai on 13 Jan 2009

    pon x boleh jugak.. =.=’

    takpe.. aku cari dvd kat kedai je nanti..

    psst: leh buat entri perbedaan 32 bit n 64 bit tak bro? aku nak baca yg bahasa melayu punya.. hehehe

    • MK on 13 Jan 2009

      @Khai, hm aku kena buat research dulu la sket, pastu aku buat entri 32bit-64bit tu eh ^^

  3. Kujie on 13 Jan 2009

    off topik

    KM, kak jie ade hntr PM kt forum…asap!

    • MK on 13 Jan 2009

      @Kak Jie, ok dah reply pun :)

  4. firdee on 13 Jan 2009

    saya dah install win 7 (32 bit) ni dan setakat ni lancar je…masa install pon takde masalah…

    • MK on 13 Jan 2009

      @firdee, jelesnye aku.. huhu. aku download dah tiga hari dah, tak habis-habis lagi.

      • firdee on 14 Jan 2009

        @MK,
        saya dload adalah sehari setengah gak baru siap.

  5. Uncle G on 13 Jan 2009

    link lain takde ke? cam ade prob je.. ke line tenet pakcik ade problem nie?

    • MK on 13 Jan 2009

      @Uncle G, eh tak bleh ke? ces.. takpe2 saya cuba cari link lain.

  6. uknown on 15 Jan 2009

    erm…aku baru jer ciap download..
    nak dkat 8 jam gak amek masa..nasib pakai thunder download..laju sket..
    tapi persoalanyer di sini…
    -adakah driver window 7 ni dah release di mana2 website…
    -adakah driver2 latop or pc yg menggunakan win 7 ni competible dengan mengunakan driver version Win Vista..??

    • firdee on 16 Jan 2009

      @uknown,
      dari apa yg saya dah tgk lepas saya dah install…saya tak payah nak cari driver untuk komputer saya sebab kebanyakan driver dah ada…driver yang tak ada saya just update dan windows 7 akan auto cari kat internet dan terus download…tak payah susah2…

      • uknown on 17 Jan 2009

        @firdee, tol 2 kak firdee..
        driver seme detect ngn sendiri..
        cuma ader sket2 jer..tp nasib compatible dgn driver vista…smart2 pon smart..huhuh

        • firdee on 21 Jan 2009

          @uknown,
          alamak…kak firdee le plak…jgn tertipu dgn avatar…huhuhu… :p

  7. Uncle G on 16 Jan 2009

    dah boleh download dah.. tinggal nak cari pc je nak terai test… terima kasih mk

  8. ASCII on 17 Jan 2009

    macam mane nk lajukan komputer mase loading windows,ram 2gb ,vista x banyak features.tp still lembap

  9. skid on 21 Jan 2009

    rugi nya klu x leh kan..

  10. [...] selepas berhari-hari saya biarkan PC saya terpasang, dapat juga saya siapkan download Windows 7 Beta ini. Setelah siap, terus saya burn ke dalam DVD untuk mencubanya segera. Proses pemasangan Windows [...]

  11. aeroz on 25 Jan 2009

    tol ker download windows 7 berhari2….sy download 1 hari jerk…siap ley gne tanpa had lagi tu….(da crack)…..mamag windows yng terbaik sy penah gune….nak lagi cantik gne circle dock…lg cantik…ni download link dier…. http://www.softpedia.com/progDownload/Circle-Dock-Download-110641.html

    • MK on 25 Jan 2009

      @aeroz, kalau internet laju memang le boleh download sehari je. Internet kat umah saya ni sedih sket, huhu.

  12. aeroz on 25 Jan 2009

    lg 1…da x kuar windows 7 testing purpose only kat bawah tu….huhuhu hepi…macm ori plak….

    • fabregas on 25 Jan 2009

      @aeroz, mcm mana ko buat ha..???

      • aeroz on 30 Jan 2009

        @fabregas, crack ar….cri kat crack site….ak nk bg cowi ar….sosah nk jmpe…

  13. adi on 05 Feb 2009

    adoi link tk cannot be found la…

  14. [...] bulan Oktober ini. Namun, jika anda berkesempatan untuk memuat-turun sistem pengoperasian ini pada peringkat Beta dahulu, anda sudah boleh mencuba untuk memasang Windows 7 pada komputer anda. Atas permintaan beberapa [...]

  15. yoshihiro on 04 Mar 2009

    why WINDOW 7 BETA this cannot download guy…
    what are problem…
    my line so fast..
    but cannot download..
    i need try this window…plizzzzz

  16. amin on 06 Mar 2009

    windows 7 ne..adakah Microsoft keluarkan System baru….

    • MK on 08 Mar 2009

      @amin, Windows 7 ni sistem pengoperasian baru dari Microsoft… lagi baru dari Windows Vista lagi.

  17. [...] Mengenai Windows 7 RC Windows 7 RC Sedia Di Cuba Oleh Semua Orang Muat Turun Windows 7 Beta Secara Percuma Muat-turun percuma Windows 7 Beta! Cara-cara Nak Install Windows 7 [...]


Leave your comment