Mudahkah menggunakan iPad?

iPad dibina dengan sistem operasi iOS, iaitu sistem operasi yang sama terdapat dalam iPhone. Bezanya adalah iOS pada iPad dipertingkatkan untuk kegunaan skrin yang lebih besar.

Jika anda ada mengikuti pekembangan terbaru mengenai iPad 2, sistem operasi yang digunakan pada iPad dan iPad 2 adalah sama. Jadi pada entri kali ini, saya akan membuat ulasan terperinci mengenai sistem operasi skrin sentuh ini, dan bagaimana anda boleh menggunakannya dengan sepenuhnya.

Sistem operasi berdasarkan aplikasi

Berbeza daripada sistem operasi lain seperti Android, kelebihan iOS bukanlah terletak pada sistem operasi itu sendiri, namun pada pelbagai aplikasi yang ditawarkan. iOS mendahului mana-mana sistem operasi mobil yang lain dari segi jumlah aplikasi yang ditawarkan.

Apabila anda memulakan iPad, anda terus dipersembahkan dengan ikon-ikon aplikasi yang tersedia, menunjukkan betapa pengalaman pada iPad ini ditumpukan kepada aplikasi.

Menu

Satu skrin menu boleh memuatkan sehingga 40 ikon aplikasi. Anda boleh pergi dari satu menu ke menu yang lain dengan menggoreskan jari anda pada skrin. Perhatikan indikator di bahagian bawah menu yang menyatakan skrin manakah yang anda sedang lihat sekarang.

iPad menyediakan fungsi carian di mana anda boleh mencari aplikasi yang terdapat dalam iPad, atau membuat carian web menggunakan Safari.

Seperti Mac OS X, iPad menyediakan fungsi Dock untuk anda boleh meletakkan aplikasi kegemaran anda supaya ianya mudah dicapai. Untuk meletakkan satu-satu aplikasi pada Dock, sentuh pada ikon tersebut buat beberapa ketika (sehinnga ikon tersebut berjoget di atas skrin) dan tarik ia ke atas Dock.

Pengurusan aplikasi

Dengan App Store, Apple menjadikan pengalaman mencari dan memasang aplikasi pada iPad sangat mudah. Pada App Store, anda boleh meninjau segala jenis aplikasi berdasarkan kategori, populariti, dan sebagainya. Kebanyakan aplikasi pada App Store adalah berbayar namun harganya tidaklah begitu mahal, biasanya daripada RM3 ke RM15.

Untuk menggunakan App Store, anda terlebih dahulu harus mendaftar sebuah. Apple ID. Akaun ini akan turut menyimpan maklumat kad kredit anda supaya anda boleh membuat pembelian di App Store.

Untuk membeli/memuat-turun aplikasi, hanya klik pada harga aplikasi tersebut, dan iPad akan terus memulakan operasi memuat-turun di skrin menu.

Untuk membuang satu-satu aplikasi, sentuh pada ikon yang berkaitan sehinga ia berjoget lagi, dan sentuh butang ‘x’. Anda juga boleh menyusun-atur ikon-ikon pada menu iPad mengikut kesukaan anda.

Multi-task

iPad dibina dengan iOS 4 yang membolehkan multi-task, di mana anda boleh menjalankan banyak aplikasi dalam satu masa. Untuk bertukar dari satu aplikasi ke satu aplikasi lain, tekan dua kali pada butang Home di iPad untuk melihat aplikasi apa yang sedang dibuka. Pada skrin ini juga, anda boleh menutup aplikasi yang tidak diperlukan bagi menjimatkan bateri.

Menaip

iPad bukanlah dicipta untuk aktiviti yang memerlukan anda untuk banyak menaip, namun papan kekunci masih merupakan satu fungsi yang penting. Nasib baiklah iPad menyediakan papan kekunci skrin sentuh yang mudah digunakan, dan bertindakbalas dengan sepatutnya.

iPad juga boleh menyemak dan membetulkan ejaan dalam Bahasa Inggeris secara automatik.

Sync

Melalui iTunes, anda boleh menyalin fail-fail muzik, video, e-book, dan gambar yang terdapat pada komputer atau iPhone/iPod anda.

Rumusan

Dengan iPad dan sistem operasinya, Apple berjaya menjadikan pengalaman menggunakan komputer semakin mudah. Ianya bukan sahaja senang digunakan, malah ia tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi untuk mempelajarinya.

Sebab itulah iPad berbeza daripada produk Apple yang lain seperti MacBook, iPhone, dan iPod yang biasanya digunakan oleh golongan remaja ke dewasa – iPad berjaya menembusi pasaran kanak-kanak dan juga warga berumur.

Namun jika anda biasa mengikuti perkembangan daripada Apple, anda sudah tentu tahu akan polisi Apple dan App Store yang sangat ketat, dan kadang kala menyusahkan pihak pembangun dan juga pengguna. Namun dengan bilangan aplikasi yang terdapat pada iPad sekarang, ia masih mengungguli mana-mana pengeluar tablet yang lain dan masih boleh membolot pasaran buat masa ini.

9 thoughts on “Mudahkah menggunakan iPad?

  1. cronos

    kalau data dari window mcm document2 dan pdf..Boleh transfer ke ipad tak??..
    Ipad ada plug LAN utk kabel internet x??

    Reply
  2. ahmad

    sori saya terpaksa tanya masalah ni kt sini….saya nak format komputer yg menggunakan mobo asus tp masalahnya tak boleh masuk bios…keluar perkataan can’t detect TPM device…apa yg patut saya lakukan? saya dah cabut bateri….harap bro blh bantu….

    Reply
  3. Jaffar

    ipad2 boleh ke guna app office ie words and exel? Mcm mana nak download. Pak cik umor 60 tahun agak kurang ilmu IT.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>