mwsnap Apakah persamaan antara seorang pensyarah, pelajar, dan juga blogger? Kesemuanya kerap melakukan screenshot ^^.  Screenshot, ataupun tangkapan pada skrin, selalu digunakan oleh pensyarah untuk membuat tutorial. Pelajar pula memerlukannya untuk disertakan dalam tugasan di kolej.

Sebelum ini saya ada membuat reviu tentang EasyCapture, perisian screen capture percuma pelbagai fungsi. Namun imej yang dihasilkan oleh EasyCapture adalah kurang berkualiti. Jadi, saya cuba untuk mencari alternatif kepada EasyCapture, dan berjumpa dengan MWSnap.

Perisian MWSnap ini dibuat oleh Mirek Wojtowicz, dan boleh didapati secara percuma. Antara fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh MWSnap adalah:

  • Empat mod screen capture yang berlainan iaitu Fixed Rectangle, Rectangle Area, Window, dan Full Desktop. Mod Fixed amat unik kerana jarang dijumpai pada software yang lain.
  • Fungsi Auto-Save untuk simpan imej yang telah ditangkap secara automatik.
  • Fungsi edit yang asas terhadap imej, seperti rotate, flip, dan tambahkan cursor.
  • Hotkey boleh ditetapkan bagi fungsi-fungsi dalam MWSnap.

MWSnap vs EasyCapture

Berbanding dengan EasyCapture, fungsi edit dalam MWSnap terlalu terhad, anda mungkin terpaksa membuka imej tersebut di dalam software photo editing yang lain untuk melakukan operasi resize, crop, label dan sebagainya. Namun begitu, MWSnap hanya memerlukan satu fail sahaja, menjadikannya sesuai untuk dibawa di dalam pen drive. Kualiti imej MWSnap juga adalah lebih baik berbanding EasyCapture.

Dapatkan MWSnap di sini.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

One Response


  1. hamdi on 04 Dec 2008

    ajar kans aye cam ne nk buang dan memotong video yg tidak berkenaan ,,, and anta kan cara² kat email nieee …. > hamdiramlee_sai_Zai0@yahoo.com .. kalo x lih send kat email nieerrr … gi send email nie lakk >>> sai_zai0@yahoo.com………………… kalo lih secepat munking….


Leave your comment