Majlis Berbuka Puasa Negaraku 1430H – Penutup

26837132-ba033e77ea01137a39ed45d05d2571bc.4a9c1d7b-full

Oleh kerana masih mengidam ayam golek yang terlepas tempoh hari, NH sekali lagi mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Nara. Bilangan yang hadir pada kali ini lebih kecil jumlahnya, jadi perbincangan kami lebih tertumpu kepada topik-topik geek dan serius seperti CSS framework, aplikasi web, dan juga Apa Ertinya Saya Merdeka (oke yang last ni tipu je :P)

Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan buat NH, Life4Hire, dan Syam kerana telah bersusah payah menjayakan kedua-dua majlis berbuka puasa ini. Memang seronok dapat berjumpa dengan tuan punya blog yang datang daripada pelbagai latar belakang. Seronok dapat tambah kenalan baru (bukan sahaja dengan hadirin yang datang majlis ni, malah dengan kawan kepada kawan yang membaca blog depa sekali ^_^).

Pendek kata, perjumpaan seperti inilah yang mengeratkan lagi hubungan kita yang selama ini duduk dalam satu negara. Semoga persahabatan yang baru terjalin ini akan kekal. Mungkin lepas ni kita boleh buat aktiviti amal bersama pula, insyaAllah :)

Senarai yang hadir pada majlis berbuka puasa pusingan kedua:

Semoga bila ada apa-apa lagi majlis seperti ini, jangan la segan-segan nak join sekali ye. Oke sampai di sini je. Tak boleh sembang lebih-lebih, nanti kena pukul :P

Entri di blog lain yang berkaitan:

Gambar di atas kredit kepada Syam. Gambar-gambar lain boleh didapati di:

25 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa Negaraku 1430H – Penutup

  1. wah, nasib baik budget tak cukup. byk bil tertunggak ni, dengan kesibukkan di final year ni. sekali lagi aku terlepas peluang untuk beramah mesra dengan blogger lain. ades

    • @mohdisa: Macam yang Emptyspace tanya tu, bil apa yang tertunggak-tunggak nye? Haha. Takpe ada rezeki lain kali insyaAllah.

  2. aku x dpt nk join gath kedua ni pasal dh plan dgn awek nk bukak puasa sama2.. lenkali kalo buat lg insyaallah aku akan datang.. best jmpe korang sume..

  3. anarm, ajak r awek dtg sekali.hari tu aku x dpt dtg le balik kampung.tempat perjumpaan pun dekat je ngan rumah aku,kat pantai dalam je..

    • @Kaizer: Oh, kebetulan lak time tu ko balik kampung eh. Takpe, next time mungkin buat kat situ lagi, kalau budak2 ni tak bosan la dok makan yam golek je, huhu.

  4. skit2 camni tak de la kelamkabut sgt ek? lagi pun dah prepare siap2 coz tak nak jadi kelam ek? eh asal ko tak wat entri panas cam lepas tu?? ni mesti NH ngn azmanishak dah wat entri ttg ko sampai tak larat ko nk menjawap komen2 kat blog diorang ek? hahaha..

    p/s.. harap2 gath raya jadi la..dan tarikh biarlah berpada2 skit..huhu..

    • @Roslan Nazri: Kali ni ayam golek semua cukup, siap bertambah lagi, haha. Eh buat entri panas sekali je dah la, kalau tak dorang ugut nak ikat aku kat pokok.. hahaha

  5. alhamdulillah semua berlaku dalam keadaan aman dan damai. walaupun perjumpaan dibuat bersama geng lanun. kahkahkah

    nantikan kehadiran aku pula dan korang kena kumpul demi aku hu3.

    • @megat: Geng lanun hanyalah Kill-Vearn seorang, habis dia pengaruh rakan2 sebaya yang lain, haha. Tak sabar nak jumpa ko gak Megat :)

  6. hohoho.. aku dah update jugak MK, ko taknak baca? hahaha… tapi tu la, ko ni sejak bila la blaja isap rokok.. haha.. gudang garam lak tuh.. aku tgk td luth ada upload video gath..

  7. Salam MK n rakan blogger yg lain,

    Gath yg meriah la smlm ni. Tak sangka leh jmpa ngan semua kaki blog, dasat sungguh. Asyik citer pasal php, css, software, dslr n so on. Siyes byk yg tak faham drpd faham, huhu…

    Pasnih buleh gath dekat2 sini lagi, senang nak pi. Jalan kaki setapak 2 tapak dah sampai. Best2!! ;)

    p/s: Buat tuan nyer blog, bila nak sembang bab2 Apa Ertinya Saya Merdeka nih eh?..ahaha..

    • @kakeru: Kak Haz~~~

      Terima kasih sebab datang Kak Haz, walaupun decision last minute. Nasib baik dok dekat kan, senang nak mai.

      Ok la lepas ni kita sembang resepi hara raya pulak noh :P

  8. perghhh… mk kalau buat entri memang lengkap giler.
    siap link dan akaun twitter berbagai… patut la mencanak
    reputasi.. ini rahsia nko rupenye.. hehehe…

    apa-apa pon timer kasih bebanyak sebab hadir (macam la aku pengerusi..)
    best join nkorang.. so sporting.. terutama MK. Kalau nak buat lagi
    tahun depan.. aku pastikan hang dan kengkawan yang lain mesti
    datang.. cukup meriah dan gamat..

    ok lastly… untuk entri yang lepas rasenya no heart feeling ok?
    salam ramadhan dan salam syawal.. tak lame lagi kot? hehehe

    • @Kreuger: Dah terikut-terikut dengan entri lain kat SK ni, mesti nak buat lengkap2, haha. Thanks gak kat ko Man, ko pun sporting gile gak. InsyaAllah kita buat meriah camni gak tahun depan.

      Haha, takde hard feeling langsung ah. Glemer kejap ada la, terasa femes lak :P
      Salam Ramadhan dan salam syawal juga ^_^

  9. omg! kalau sume geek berkumpul mesti ckp pasal css kannnnnn.. i will be fall asleep kalau ada kat situ.hahaha

    #i can guess which one is you without looking the below name.#

  10. gathering raya takde ke?
    hoho…
    teringin gak nk pegi.
    tapi kalo aku gi mesti xde yg layan..
    maklumla aku bukannye doktor…

    • @Azah: Hihi, tengok la nati kalau ada gath raya, sure aku ajak ko. Tak kisah la doktor ke tak, pasti akan dilayan dengan mesra, cewah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">