Budak itu diikat pada van, ditanggalkan bajunya. Orang kat depan tinggi-tinggi, sukar untuk aku melihat, tapi aku agak budak itu mungkin tingkatan empat atau lima. Dia diaibkan dan dihina. Atas kesalahan apa? Kerana mencuri sekilo buah.

Betapa bangsat pekedai yang memberi hukuman tidak setimpal dengan dosa. Lagi bangsat orang ramai yang berkerumun, seakan ada pesta. Paling bangsat orang yang merakam dengan telefon bimbit berkamera, nak buat apa? Nak siarkan di warta perdana?

Bodoh. Hanya kerana sekilo buah, dia diperlakukan sebegitu. Berapa ringgit sangat sekilo buah tu? Ada sampai beratus-ratus? BUDAK TU LAPAR, TAU TAK? Oh, engkau seronok dapat tengkap pencuri, pastu buat sesuka hati. Mentang-mentang ni tempat engkau. Silap. Ini bukan tempat engkau. Ini Bumi Tuhan.

Dan Tuhan itu Maha Adil. Mungkin bukan kamu, tapi anak-anak lelaki kamu, suatu hari nanti, akan dapat balasan yang sama. Ingat-ingatkanlah.

Betapa bacul diri ini, hanya mampu berlalu pergi, haya mampu membenci, hanya mampu bersimpati. Ya Allah, kau bantulah budak itu Ya Allah. Kerana diri ini tidak mampu.

Dalam hati kecil, terbit rasa syukur. Syukur kerana tidak perlu mencuri demi sesuap nasi. Syukur kerana masih ada tempat untuk tidur, masih ada masa untuk berhibur.

Ya Allah, dekatkan diriku pada-Mu Ya Allah. Lindungi aku dari segala kejahatan.

Peristiwa ini berlaku di Pulau Pinang, sewaktu saya masih menuntut di JMTi. Setiap kali teringatkan kejadian ini, saya dikelubungi dengan perasaan sedih, serta rasa bersalah kerana tak mampu berbuat apa-apa untuk menolong budak itu.

Saya juga selalu bertanya, apalah yang dia buat agaknya sekarang. Sedang saya tengah makan dengan senang-lenang, dia dapat makan ke tak hari ni? Dia ada tempat tidur ke tak hari ni? Apalah yang dia tengah buat sekarang agaknya.

Hari ini, kita banyak mengeluh dengan apa yang kita ada. Kita mengeluh tentang baju yang sudah lusuh. Kita mengeluh tentang makanan di dewan makan yang terselit dengan rambut. Kita mengeluh tentang rumah yang panas. Kita mengeluh tentang segala-galanya. Kerana kita tak pernah puas. Tak pernah terbit rasa bersyukur tentang nikmat yang diberikan Tuhan.

Pernah tak kita sedar, betapa bertuahnya kita? Betapa hidup kita telah dilimpahi dengan seribu satu nikmat.

Sedangkan di sebelah sana, ada manusia yang tidak begitu bernasib baik. Ada orang tua yang tidur keseorangan di tepi jalan, kesejukan, hanya angin malam yang menjadi selimut diri. Ada ibu yang menyelongkar sisa sayuran basah dari tong sampah, dan menyuapkan ia ke dalam mulut. Kemudian disimpannya sedikit, untuk dibawa pulang kepada anak-anak yang menanti sesuap nasi.

Paling menyedihkan, ada kanak-kanak yang tidak bersalah. Yang tidak berpeluang menentukan hidup sendiri. Celik mata mereka terpaksa menghadapi suasana hidup yang berbeza dari kanak-kanak lain. Mereka tidak pernah merasa betapa indahnya sekolah. Sedangkan sekolah itu adalah perkara terbaik bagi seorang kanak-kanak. Di situlah mereka bertemu kawan-kawan. Di situlah mereka belajar segala-galanya. Tolonglah Ya Allah, jangan kau tarik nikmat ini dari mereka.

Renungi diri kita. Renungkan dalam-dalam. Kita adalah orang yang paling bertuah di dunia ini. Mereka tidak. Apa yang dah kita lakukan untuk membantu?

Nota kecil: Kredit kepada Syam, Mohd Ismail, dan Life4Hire kerana turut menyebarkan kesedaran.

Related Posts with Thumbnails

41 Responses


  1. aeropama dot com on 18 Oct 2008

    kdg kala kita menghukum pesalah terlalu melampau. tidak diselidik akar pucuk pangkal dengan teliti, terus hukuman dijatuhkan ASAP.

    ps: manusia mmg xpernah rs puas. diberi segunung emas sekalupun, mahu lagi segunung
    pss: mari berazam & usaha utk jadikan realiti, mulai hari ini, setiap 1% duit gaji atau pendapatan didermakan secara konsisten setiap bulan.mahu?

    • MK on 18 Oct 2008

      @sham: yang aku marahnye, diorang bukan nak menghukum sebab kesalahan tu. tapi sebab seronok belasah budak. banyak lagi aku dengan kes budak mencuri kena belasah sampai berdarah-darah. sepatutnya, dorang serahkan la pada pihak berkuasa, jangan beri hukuman sendiri.

      ps: betul, aku pun harap sangat aku tak terjebak dalam golongan tak pernah puas ni.. nauzubillah mintak dijauhkan..

      pss: setuju? lebih baik sedikit, dari takde lansung. asalkan istiqamah. terima kasih atas cadangan tu Sham.

    • NoktahHitam on 18 Oct 2008

      @aeropama dot com, ko tak yah bayar cukai pendapatan, ko bayar zakat je. bole potong terus.

    • NoktahHitam on 18 Oct 2008

      aku tules begitu panjang tadi… termakan jugak kt SK. (ade entry emo camni.. apesal tak guest blogging kt aeropama je?)

      Walaupun aku agak kesian dgn budak tu, aku ade sedikit soalan, kenape 1 kilo buah die curi? kenape tak sebijik due?

      Mcm mane sekali pon, budak tu harus DIAJAR mencuri tu salah, bukan DIHUKUM. Kalau aku, mungkin aku bawak ke balai polis, kasi budak tu cuak skit. Tu pon dah cukup.

      Mase aku tadika kt kerteh, aku slalu bawak kawan2 tadika datang rumah. Dorg suke amek mainan aku. Sebab aku tau dorg tak mampu, aku tak bg tau parent aku. Aku ckp aku hilangkan. Last2 aku yg kene marah. Takpe, janji die bole main.

      Semoga satu hari nanti aku bole menjadi yg bergune dan tolong org2 miskin kt bumi kite ni. Amin (dan itulah yg aku doa mase umrah)

    • MK on 19 Oct 2008

      @sham: guest bloggin kat aeropama eh, tak terpikir lak. next time maybe.

      uhm, pasal 1 kilo tu, tak pasti la dia pegi timbang ke tak, huhu. makcik kedai sebelah yang bagitau aku.

      amiin. semoga aku pun dapat buat camtu gak. tolong orang yang kurang bernasib baik kat bumi ni..

  2. mahsyar90 on 18 Oct 2008

    sentiasa berprasangkan baik terhadap apa yang orang lain lakukan..
    kerana mungkin budak tu lapar atau xde duit nak cari makanan..
    pernah jadi perkara macam ni kat kampung saya juga..
    Astaghfirullahal ‘azim

    • MK on 18 Oct 2008

      @mahsyar90: iye.. kalau boleh saya nak je pergi ke pekedai tu, bagi la dia seploh dua ringgit ke apa. kesian sangat bile tau yang budak tu mencuri sebab lapar je..

  3. kreuger on 18 Oct 2008

    fuh MK, insaf kjap… yang citer minah rempit kene hempap dengan batu
    bate tuh pon ala-ala kesah macam ni jugak… xceli tak sure ape punca.
    sampai dah lunyai kene pijak… siap datang sorang mamat amik bata…
    kasik pecah kepala… video clip ni pames kjap beberapa bulan lepas
    kat youtube… ngeri siot~

    • smaelz on 18 Oct 2008

      @kreuger, tu bukan minah rempit.. tu pompuan Iraq yg dibunuh sbb kahwin laki bkn dr sepuak.. bukan ke lg bangang tuh!

    • MK on 18 Oct 2008

      @kreuger, aku pun pernah tengok gak video tu.. tak sanggup nak perhatikan. cam yang smaelz cakap tu, ini honour killing sebenarnye.. memang tak patut dorang lakukan perempuan tu begitu sekali.

  4. affuan on 18 Oct 2008

    er..

    • MK on 18 Oct 2008

      @affuan, sama-samalah kita tolong orang2 camni eh? insyaAllah satu hari nanti, kita akan ditolong bila tersepit di tengah kesusahan..

  5. abdusfauzi on 18 Oct 2008

    insaf.. harap aku tak berkelakuan sebigitu.. masyaAllah..

    • MK on 18 Oct 2008

      @abdusfauzi: nauzubillah.. minta kita dijauhkan dari sifat-sifat sebegini..

  6. Kujie on 18 Oct 2008

    Saya ada pengalaman spt itu juga, seorg budak dlm umur 9-10thn dtg kedai nak beli beras sekilo….tapi duit dia tak cukup 10 sen. Tuan kedai tu tak bagi ….

    Waktu tu sy jauh dari kaunter kedai, cuma dengar sipi². Bila toleh balik, budak tu dah tak de…saya menangis…bawa kereta…sy nampak budak tu kayuh basikal ikut satu arah jalan ( area rumah ni kawasan low-cost , biasalah taman perumahan ada area low-cost, med-cost )…sy ikut jln tu..tapi bila sampai kt jln utama sy dah tak nmpk budak tu masuk lorong mana dah….

    menangis dlm kereta…ya allah..knp lah sy tidak diberi kesempatan utk menolong….Sampai hari ni peristiwa itu tidak pernah luput..sentiasa segar..sebab itu sy sentiasa belas melihat wajah kanak2 terutama di kawasan spt yg sy cakapkan tadi.

    Mesti budak tu nak beli beras, nak makan sebelum kesekolah petang…. tu peristiwa masa sy menetap kat Bentong, 10 tahun dulu

    • MK on 18 Oct 2008

      @Kujie: Ya Allah.. sedihnya.. 10 sen pun tak boleh bagi kurang? kenapa la benda camni pun boleh jadik.

      sedih kan. sedih sebab benda macam ni berlaku depan mata. sedih sebab itu sepatutnya tanggunjawab kita. saya sendiri menangis setiap kali teringatkan budak yang kena belasah ni.. sangat sangat sedih.

      pohon pada Allah, moga lepas ni saya diberi peluang untuk tolong orang-orang macam ni. saya nak tebus balik rasa bersalah saya terhadap budak tu.

  7. mahsyar90 on 18 Oct 2008

    kita bakar saja rumah dia!!haha..

  8. shaxx on 19 Oct 2008

    manusia selalu lupa yg dia bukan hidup untuk waktu dan ketika ini aja… tapi Tuhan tidak lupa…

  9. lochoe on 19 Oct 2008

    erm.. sorry la MK patut la penin masa lepak tadi. tak terbaca ni entry ni… erm.. isk.. mmg tak patut buat mcm tuh, bengap gila pekedai, aku rasa pekedai tu patut kena gantung bogel, buat anak org mcm ni… tanya la dia sbb apa dia mencuri, sekilo buah tu kalau budak tu jual pun bukan boleh jadi kaya pun… bodoh pekedai tuh, rasa nak gi bakar je kedai dia.. takde perasaan lansung.. takde otak.. kalau ada time tuh, mmg aku sepak la pekedai tu..

    • MK on 19 Oct 2008

      @lochoe: uhu.. time tu, aku sangat berharap aku ni adalah seorang yang gagah perkasa. bukan la aku nak pi belasah mamat kepedai tu ke pe, at least aku pergi kat dia, slow talk, bayar la sket ganti rugi.. asalkan budak tu lepas..

  10. megat on 19 Oct 2008

    bukankah budaya seperti ini berlaku dimana-mana sahaja terutama dikalangan orang kita!?

    selagi nilai moral masih rendah dan kejahatan lebih tinggi dari kebaikan, susah nak cakap. kalau ada yang baik pun akan ditenggelami dengan kejahatan.

  11. |1f34|-|1r3 on 19 Oct 2008

    thanks for the credit…aku xpernah lg jumpa budak kena ikat sbb curi buah…tp kesian duh…slow talk la ngan budak tuh..ampas btol la…

    • MK on 20 Oct 2008

      @|1f34|-|1r3, dorang bukan kira nak slow talk ke pe. janji nak pukul je

  12. Dinz on 19 Oct 2008

    Haizz…Buah pun masuk lam sembang kom????….wawawa…

    • MK on 20 Oct 2008

      Walaupun ini blog pasal komputer. Ini juga blog peribadi saya, dan saya bebas menyuarakan apa2 pandangan saya, terima kasih.

  13. firdee on 19 Oct 2008

    hari ni buka je laman SK ni terus terpaku baca cite ni sampai abis…mmg x patut la hukum budak tu mcm tu…walaupun dia salah tapi jgn la menghukum sesedap rasa hati yg marah tu aje…dia curi sekilo mungkin sebab adik beradik di rumah tengah kelaparan…mana tau kan…

  14. mahsyar90 on 19 Oct 2008

    aah baru perasan..
    buah tu pun leh jadi populer ngan blog sk nih..haha

  15. syuxx on 19 Oct 2008

    kadang2 aku rasa depressed bila aku tak dapat apa yang aku nak.
    dalam hati, aku renung balit.
    atleast aku masih ada lagi hidup yang indah dan dapat dinikmati saat2 ini.
    kucing di rumah pun masih boleh makan mewah, tak seperti orang yg kurang bernasib baik.

    oleh itu, hulurkan lah bantuan & sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada.
    jangan jadi orang yg bongkak.

    • MK on 20 Oct 2008

      @syuxx: syukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.. sebab Allah boleh tarik nikmat tu bila2 masa je. mungkin nanti kita plak yang berada bersama orang-orang yang kurang bernasib baik tu..

  16. MU on 20 Oct 2008

    posting yg paling terkesan dlm bicara kehidupan … :-)
    tahniah MK

    • MK on 20 Oct 2008

      @MU: kalau post ni dapat buat orang berfikir dan sedar.. alhamdulillah

  17. papa-itam on 20 Oct 2008

    Nilai Sekilo Buah..tersentuh hati aku baca aktikal tu..
    ada kah itu nilai kemanusiaan yg tinggal..kisah yang hampir serupa…dtempat yang berlainan..disatu pasar malam…sekempulan anak-anak yang baru pulang dari sekolah agama lalu ditempat orang menjualan rambutan…anak-anak kecil tengok mesti nak cuba kan..apa lagi si perniaga tu marah-marah si anak-anak kecil tu..sebiji buah rawang sama ke dng 100 gram emas…siapa sipeniaga tu melayu seagama dgn anak-anak kecil..apa salah nya kalau dianggap sedekah…seorang hamba ALLAH telah membeli buah rambuatan dgn perniaga tu dan memberi pada anak-anak yg pulang dari sekolah agama…apa lagi terkulat-kulat seperniaga tu..apakah hanya sekilo nilai harga perniaga tu? :)

    • MK on 20 Oct 2008

      @papa-itam: alhamdulillah ada orang yang datang membela anak-anak kecil tu.. orang macam ni la yang kita perlukan..

  18. hanieystar on 20 Oct 2008

    sadisnyee…
    napela dorg tu xde perasaan belas ek..hmmm…

  19. NoktahHitam on 20 Oct 2008

    aku dah repair aeropama, kasi ‘up’ skit. meh aku tolong ko betulkan WP Thread ni.

    • MK on 20 Oct 2008

      @NoktahHitam, awat, ape yang tak betul nyeh?

  20. AkuLaXkanXKenal on 21 Oct 2008

    Hidup harimau maut…

  21. zamz on 21 Oct 2008

    manusia mudah lupa…bila senang lupa yg susah..tau nak menghukum je

  22. ezad on 22 Oct 2008

    Aku mmg benci perkara mcm ni terjadi, tapi manusia tetap manusia, otak letak kat lutut terutama orang melayu, kalu kes nak pukul atau hukum mmg no.1, xpyah tgok manusia la MK tgok jek kat kucing2 tuh, lagi plak xleh nak bersuara bnyak gak yg melarat, sape lagi yang nak kasi kucing2 ni mkn kalu bukan kita?! eh cite pasal kucing lak.hehe

  23. ibnmasir on 25 Oct 2008

    huhu..sedihnye..ak ingt mule2 cite lawak..smoge Allah buke hati mereka2 yg zalim ini..zalim meletakkan sesuatu bukan kt tempatnye ye…huhu..

  24. encikizzat on 26 Oct 2008

    bersyukurlah kita akan apa yang kita ade…


Leave your comment