Install Software Pada Komputer Dengan Mudah Menggunakan Ninite

ninite

Biasanya selepas format komputer pelanggan, saya akan install software yang asas seperti Firefox, Adobe Reader, dan Yahoo Messenger. Jadi saya muatkan kesemua software ini ke dalam pen drive untuk dibawa ke mana-mana. Masalahnya, saya perlu selalu memeriksa koleksi software tersebut supaya ia menggunakan versi yang terkini. Dan kadang-kala saya terlupa juga untuk membawa pen drive.

Cara yang lebih mudah adalah dengan download software terus dari komputer pelanggan. Namun tidak perlulah pergi ke laman web yang berkaitan satu-persatu, kerana Ninite akan melakukannya untuk anda. Laman web Ninite mengandungi pelbagai pilihan software yang paling asas untuk Windows. Anda hanya perlu pilih software yang anda mahu dan klik download. Setelah download selesai, buka fail tersebut dan Ninite akan install kesemua software secara automatik.

Jika anda mempunyai sambungan Internet yang stabil, Ninite adalah cara yang sangat menjimatkan masa untuk melengkapkan sebuah komputer baru.

28 thoughts on “Install Software Pada Komputer Dengan Mudah Menggunakan Ninite

  1. hehe..aku dah 5 kali format.

    btw, boleh tak sdra MK jelaskan sejauh mana benarnya perisian antivirus Avira yang boleh “meracau” sampai kena format pc aku?

    3 kali kena format setelah Avira diattack.

    satu lagi kenapa Avira masih ada walaupun dah uninstalled?(di pc lain.)

  2. dulu pernah terjumpa ninite ni. tapi lupa nak bookmark. skrg baru teringat balik lepas baca entry ni..

    tapi kebanyakannya untuk software free la kan..

  3. salam sheikh…mmg bgus lah toosl ni…aku da try da…mmg bgus…dan aku nk tye skit la…kot2 boleh kongsi dgn aku…der x software tuk nk intall windows 7 sekali intall dgn basic software yg mcm ko sebut kat atas tu…klu gne unnitedded tu bleh ker…?

  4. susah nak download2 lagi…snang2,copy je smua software tu p local disk d…..pas 2,format local disk c…kan mudah…

  5. minta bantuan saya ada masaalah
    Computer dan internet dirumah saya
    1. tidak boleh simpan gambar di facebook
    2. tidak boleh simpan gambar di photobucket
    3. tak boleh buka friendster.
    Mengapa berlaku begini dan apakah puncanya.

  6. Pingback: LAMAN WEB PILIHAN UNTUK DOWNLOAD SOFTWARE | Just Nizam (dot) Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">