Nokia N8 dibina dengan spesifikasi perkakasan yang agak tinggi, terutamanya pada kamera. Dengan kamera 12 Megapiksel, flash Xenon, dan lensa Carl Zeiss, ianya setanding dengan kebanyakan kamera point-and-shoot yang terdapat di pasaran.
Namun, spesifikasi yang canggih belum cukup untuk meyakinkan kualiti kamera. Jadi saya telah cuba menggunakan kamera Nokia N8 ini buat beberapa hari untuk melihat kualiti gambar yang ditangkap. Hasilnya adalah seperti di bawah:
Gambar pada jarak dekat, tanpa flash
Gambar pada jarak sederhana, tanpa flash
Gambar potret pada waktu malam, dengan flash
Gambar potret pada waktu malam tanpa flash
Gambar potret pada waktu siang tanpa flash
Gambar pada jarak dekat, makro, tanpa flash
Gambar panorama
Panorama adalah mod foto di mana anda boleh mengambil beberapa gambar pemandangan dan mencantumkannya menjadi satu. Dengan aplikasi percuma yang boleh dimuat-turun dari OVI Store, anda boleh menangkap gambar panorama ini menggunakan Nokia N8. Contoh gambar panorama yang telah dihasilkan (klik gambar untuk lihat saiz yang lebih besar):
Kesimpulan
Ternyata kualiti gambar yang ditangkap oleh Nokia N8 adalah sangat memuaskan. Malah bagi jurugambar kasual seperti saya, saya tidak perlu lagi membawa kamera point-and-shoot kerana Nokia N8 sudah mencukupi dan lebih mudah dibawa.
Nantikan lebih banyak lagi entri dari saya tentang fotografi menggunakan Nokia N8! =)




















woww!! mmg bestt laa..nak jgk la
cayalah MK
aku nak tau symbian 3 slalu hang ke x…??
hahahha…
Selalu jugak la hang, tekanan aku. Huhu.
wah.. puas hati gambar dia.. cantik dan setanding dengan digital camera biasa. try video pulak OK ?
Ok! Tengah cari video yang sesuai untuk dirakam ni ^_^
sy suka gambarnya sbb ia nmpk mcm diambil oleh kamera analog dan bukan digital. warna pun rich. bagus la kamera ni.
hehe.. kat tempat ko keje ade mat salleh ke? hahaha..
whoa…
sudah pakai…
ok la..
nak pakai gak..
tp x de budget..
so tgg…
hehe
salam singgah
12mp..terbaik..gambar malam macam biasa..takde lagi yg perfect
kualiti gambar memang puashati..
apa beza nokia n8 dan sony satio.
gambar masih mcm model2 nokia yang sebelumnya, yg membezakah cume pixel, warna still tidak setanding dgn digital even diuar2kan ‘canggih’..kelemahan yang masih tidak dapat diatasi, kameranya masih kurang untuk tapis cahaya berlebihan. tgk gambar langit n lampu. cahaya putih byk sgt. overall, N8 still sebuah fon n bkn digital kamera so dun expect too much on it.