Dapatkan Notifikasi Komen Di Blogspot

July 11, 2009 |  by MK  |  Buat Blog  | 

Blogspot tidak mempunyai sebarang skrin khas untuk menyenarai dan mentadbir komen-komen yang diterima. Oleh itu, kadang-kadang kita tak perasan kalau ada komen baru yang masuk, terutamanya jika ia dikomen pada entri-entri yang lama.

Jika anda ingin mendapatkan notifikasi bagi setiap komen yang masuk, anda boleh dapatkannya melalui emel. Caranya mudah sahaja:

  1. Buka dashboard bagi Blogspot anda dan pergi ke Settings > Comments.
    blogspot-notifikasi-emel-01
  2. Pada bahagian Comment Notification Email, masukkan emel anda.
    blogspot-notifikasi-emel-02
  3. Klik pada butang Save Settings. Kini, segala komen yang terbaru akan dimaklumkan kepada emel yang telah ditetapkan tadi.
Bookmark and Share
 


16 Comments


  1. kalau saya, saya buat live bookmark pada firefox..he he

  2. kalau nak teratur boleh gunakan intensedebate atau disqus cuma mungkin berat sikitla =)

  3. aku sebenarnya….
    pling tak suka komen yng aku bagi pastu xde….
    nak tapis2 pn berpada
    tapi ada gak yang tak seting moderate comment
    pn tak publish komen aku
    melainkan aku bwat spam
    kadang2 seting komen pn kena user frindly…
    tak ghitu
    peace

  4. Malas nak letak komen dekat blogspot.

  5. bagi aku tak yah buat…nanti penuhkan email jer :)

  6. Owh, begitu caranya! Cantik la, boleh la aku dapat tau status komen terbaru kat blog aku, hehe..

    Terima kasih Khairul!

    p/s: Bagi aku, blogspot lebih superior berbanding wordpress dari segi feel. Lagi pun benda free, hehe

  7. Aku pernah tulis ni tapi dah la padam. Ahaks. Tapi, kenapa ye Blogger team ni x suruh pengguna tekankan perkara ni awal2 sebelum daftar? Dah la x ramai tahu. Sengal btol.

  8. hmm tak susah nak guna blogspot ni tapi kadang2 benda2 camni pun tak perasan

    tq for da great post

  9. Bro!!!!boleh cite sikit apa tu nufag???

  10. Assalamualaikum..

    Boleh tak saudara memberi penerangan mengenai kegunaan eSnips kerana ada setengah blog yang saya buka, untuk melihat penerangan dan gambar dengan lebih lanjut blogger akan masukkan ke dalam eSnips

  11. haah ler bro… ak pon nak tau gak pasal esnips crite skit

Leave a Reply