opera Opera 10 baru sahaja dilepaskan pada 1 September 2009, sekaligus menjadikan ia web browser pertama yang mencapai versi dua digit. Ini menunjukkan yang Opera telah berada lama dalam pasaran web browser, malah sebelum Firefox dibangunkan lagi.

Walaupun kurang popular berbanding Firefox, Chrome, dan Safari, namun Opera lah yang telah membawa pelbagai inovasi kepada web browser seperti fungsi tabbed browsing, mouse gesture, dan password manager. Fungsi-fungsi ini kemudiannya disalin oleh web browser lain dan dijadikan sebagai standard. Contohnya fungsi Speed Dial kini telah diimplementasikan oleh Chrome, Safari, dan pelbagai add-on Firefox.

Kini dengan versi yang ke-10, mampukah Opera terus memberi saingan kepada web browser popular yang lain? Bagaimana pula dengan prestasi dan fungsi-fungsi baru? Mari sama-sama kita saksikan.

Antaramuka Baru

Setelah sekian lama, Opera kini mempunyai ikon yang baru! Skin yang default juga telah diubah menggunakan rekabentuk serba hitam daripada Hicksdesign, yang tampak lebih kemas dan menjimatkan ruang.

opera-10-skin-baru

Tarik pemegang yang terdapat di bawah tab untuk melihat thumbnail bagi semua laman web yang dibuka, berguna apabila anda ingin mencari tab dengan pantas (namun saya berharap adanya keyboard shotcut untuk toggle fungsi ini).

opera-10-tab-bar

Tab bar juga boleh diletakkan di tepi, sesuai sekiranya anda menggunakan monitor jenis widescreen.

Menu bar boleh disorokkan, sperti antaramuka yang terdapat pada Chrome dan Safari. Pergi ke File > Show Menu Bar untuk mengaktif/nyah-aktifkan menu bar.

Fungsi Baru

Open With

Open With akan membuka laman web anda buka sekarang di dalam web browser yang lain. Web browser yang disokong termasuklah Internet Explorer, Firefox, Chrome, dan Safari.

opera-10-open-with

Fungsi ini berguna sekiranya ada laman web yang nampak pelik dalam Opera, lalu anda ingin membukanya pada web browser yang lain. Ia juga sesuai untuk para web developer yang selalu menguji laman web dengan pelbagai web browser.

Inline Spell-check

Opera akan menyemak ejaan yang anda telah masukkan ke dalam ruangan text area. Sekiranya terdapat ejaan yang salah, perkataan tersebut akan digariskan dengan garisan merah. Anda boleh mendapatkan cadangan ejaan yang betul dengan klik kanan pada perkataan yang digariskan.

opera-10-inline-spellcheck

Sudah sampai masanya fungsi ini dimasukkan kerana ia sudah lama dibina pada web browser lain seperti Firefox.

Auto-update

Anda boleh memilih samada hendak membiarkan Opera update sendiri sekiranya terdapat versi yang terbaru, ataupun menghantar notifikasi terlebih dahulu. Walaupun anda memilih untuk update automatik, ia tidak akan menganggu pelayaran web anda kerana update tersebut hanya akan dipasang setelah anda restart Opera.

Opera Turbo

Bagi sambungan Internet yang perlahan, Opera Turbo akan diaktifkan untuk memaparkan laman web dengan lebih pantas. Opera Turbo menggunakan teknik compression di mana fail-fail akan dipadatkan terlebih dahulu melalui server Opera. Hasilnya, kualiti imej akan merosot namun anda akan dapat melayari laman web dengan lebih laju.

opera-10-turbo

Fungsi ini hanya akan nampak ketara pada sambungan Internet yang perlahan, terutamanya pada telefon bimbit.

Peningkatan Kepada Fungsi Lama

Speed Dial

Kini anda boleh menetapkan lebih banyak kotak pada Speed Dial, tidak terhad kepada 9 kotak sahaja. Latar belakang juga boleh diubah menggunakan imej pilihan anda.

opera-10-speed-dial

Opera Dragonfly

Bagi web developer, anda boleh menggunakan Opera Dragonfly untuk debug Javascript, memeriksa CSS, DOM serta HTTP headers. Fungsinya sama seperti add-on Firebug yang terdapat dalam Firefox.

opera-10-dragonfly

Pergi ke menu Tools > Advanced > Developer Tools untuk mengaktifkan Opera Dragonfly.

Opera Link

Dengan menggunakan Opera Link, segala bookmarks anda akan disimpan dalam server Opera supaya anda boleh mengaksesnya dari mana sahaja.

Contohnya jika anda menggunakan komputer di rumah dan di pejabat, fungsi ini akan memastikan bookmarks dari kedua-dua komputer tersebut adalah sama.

opera-10-link

Opera Link juga turut menyimpan Speed Dial, Personal Bar, Notes, Typed History, dan Searches.

Kelajuan

Ujian Kepada Enjin Presto

Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh Ars Technica, Opera adalah lebih laju daripada Firefox, namun ketinggalan berbanding web browser berdasarkan Webkit iaitu Chrome dan Safari. Walaupun tidak ketara, saya sendiri perasan yang laman web yang berat seperti Gmail dan Facebook, rasa lebih lancar pada Chrome dan Safari.

Kelajuan Berdasarkan Kefungsian

Namun kelajuan bukanlah berdasarkan prestasi enjin JavaScript semata-mata. Kefungsian pada web browser juga menjadi faktor. Contohnya, apabila anda menekan butang Back dalam Opera, ianya dipaparkan serta-merta. Ini kerana Opera menggunakan cache, dan bukannya load semua halaman tersebut.

Opera juga mempunyai (terlalu banyak) shortcut yang membantu navigasi. Jika anda pengguna mouse, mouse gesture boleh digunakan untuk tindakan-tindakan seperti Back, Forward, membuka tab baru, dan banyak lagi. Ianya sangat menjimatkan masa berbanding menggerakkan mouse untuk mencari ikon.

Terdapat juga pelbagai keyboard shorcuts yang terbina seperti butang Z dan X untuk Back dan Forward. Bagi pengguna tegar keyboard, gunakan mouseless browsing dengan menekan Shift+Arrow keys, dan anda tidak perlu melepaskan kedua-dua belah tangan dari keyboard pun.

Mampu Berjalan Walaupun Pada Sambungan Internet Yang Teruk

Sebilangan besar daripa pengguna rumah di Malaysia masih tidak dapat menikmati sambungan Internet yang lancar. Sambungan Internet di rumah saya sendiri ada kalanya terputus, ada kalanya sangat perlahan. Dan saya dapati Opera sahaja yang mampu load laman web tersebut meskipun sewaktu sambungan Internet yang teruk. Web browser lain seperti Chrome, terus memaparkan ‘Page not found’ yang menandakan ia tidak dapat membuka laman web tersebut.

Penggunaan Memori

Walaupun terbina dengan pelbagai fungsi di dalamnya, Opera masih mampu mengekalkan penggunaan RAM yang rendah berbanding Chrome atau Firefox yang dilengkapi dengan extension. Opera mampu menampung jumlah tab yang banyak tanpa crash.

Kekurangan

Meskipun Opera terkenal dengan mencipta inovasi yang akhirnya akan ditiru oleh web browser yang lain, terdapat juga beberapa fungsi yang saya harap Opera boleh belajar daripada yang lain, seperti:

Private mode

Chrome sudah mempunyai fungsi Incognito, malah Internet Explorer mempunyai fungsi InPrivate. Kadang-kala saya memerlukan untuk log in ke dalam akaun Gmail kedua agar tidak menganggu cookies yang sedia ada.

Form autofill

Selama ini Opera hanya mempunyai form autofill yang boleh diisi secara manual pada Preferences, namun ia tidak mengambil kira maklumat yang pernah ditaip sebelum ini. Fungsi ini telahpun ada pada Internet Explorer, Chome, Firefox.

Respon Address Bar Yang Lambat

Saya sangat teruja apabila melihat kefungsian address bar yang begitu pantas dalam Google Chrome. Meskipun kebanyakan fungsi ini telah dicipta dulu oleh Opera, namun Chrome telah menggilapnya dengan sangat kemas. Respon pada address bar Opera agak lambat dan perlu dipertingkatkan. (Update: Masalah ini telah dibaiki dalam Opera 10.10 Beta)

Toggle Personal Bar

Satu lagi fungsi yang saya suka pada Chrome adalah kebolehannya toggle Bookmark Bar dengan mudah. Tapi pada Opera, untuk menyembunyikan Personal Bar, anda harus pergi kepada menu satu-persatu.

Kesimpulan

Opera 10 dikeluarkan dengan pelbagai inovasi yang saya yakin, akhirnya akan diimplementasikan juga oleh web browser yang lain. Meskipun Opera bukanlah web browser yang terpantas berbanding Chrome dan Safari, namun ia mempunyai pelbagai fungsi yang membuatkan saya sayang untuk meninggalkannya.

Setiap kali saya cuba untuk menggunakan web browser lain, saya terasa begitu terhad dan terbatas tanpa fungsi-fungsi Opera seperti mouse gesture, mouseless browsing, malah fungsi sekecil Open last tab sekalipun. Malah, saya tidak perlu install apa-apa add-on pun untuk menggunakan fungsi-fungsi ini, kerana ia telah terbina dalam Opera.

Terdapat juga beberapa ruang yang perlu Opera perbaiki, terutamanya daripada segi rekabentuk, dan publisiti. Antaramuka Opera saya fikir, adalah kurang menarik. Bahagian Preferences > Advanced misalnya, adalah terlalu kompleks dan sukar difahami. Mungkin Opera boleh mencontohi sikap pembangun Chrome yang komited dalam menghasilkan antaramuka yang minimalis dan cantik.

Opera juga harus lebih pandai mempromosikan serta menerangkan fungsi-fungsinya. Masalah yang berlaku sekarang adalah pengguna tidak tahu apa yang Opera mampu lakukan, dan meninggalkannya setelah dicuba hanya beberapa minit. Opera boleh mencontohi Firefox yang mempunyai laman web yang sangat membantu pengguna memahami fungsi-fungsi Firefox, mencari add-on yang sesuai, dan sebagainya.

Adakah Opera akan berjaya menambat hati para pengguna baru? Itu saya tidak pasti. Namun jika anda inginkan sebuah browser yang ringan, pantas, dan mempunyai pelbagai fungsi yang membantu produktiviti (tanpa perlu install apa-apa add-on), gunakanlah Opera 10 :)

Related Posts with Thumbnails

Tags:

64 Responses


  1. HuRuL_AiNi on 05 Sep 2009

    salam…
    a very good review….selama ni pengguna terbiasa dengan IE & Firefox….jadi kurang mengambil tahu atau mencuba Opera @ Safari…. :)

    • MK on 06 Sep 2009

      @HuRul_AiNi: Safari pun biasa guna di Mac je, kat Windows orang jarang guna.

  2. beliamuda on 05 Sep 2009

    aku tak pernah lagi guna opera nih.. aku selalu gune FF3 dan chrome jek.. dan IE8 untuk certain2 keadaan… well, nampak menarik gak opera nih.. ada sorang kawan aku gne opera 10, nampak cam puas hati jek..

    • MK on 06 Sep 2009

      @beliamuda: memang menarik tertarik, cuba la :)

  3. captainLJ on 05 Sep 2009

    la byk lg function die..
    dh install tp xabis explore…
    review yg complete rse nye..

    • MK on 06 Sep 2009

      @captainLJ: Function Opera memang terlalu banyak untuk di explore ^_^

  4. syin on 05 Sep 2009

    ok gak ni…stakat ni guna firefox dan crome je… IE boikot terus..hahaha.. kita tunggu penfasan baru untuk IE…HAHAHA

    • MK on 05 Sep 2009

      @syin: Firefox dan Chrome best gak. IE 8 pun takde la teruk sangat dalam versi terbaru ni. Sekuriti dia mantap, cuma fungsi2 dan interface tak polish betul2 lagi. Mungkin tak lama lagi IE 8 pun boleh beri saingan hebat gak pada web browser lain.

  5. Anarm on 05 Sep 2009

    aku nak bertukar ke Opera la pasni

    • MK on 06 Sep 2009

      @Anarm: Tukar jangan tak tukar, haha.

  6. xun on 05 Sep 2009

    kemas. padat. :)

    • MK on 05 Sep 2009

      @xun: Kemas dan padat ke. Kalau ye, Alhamdulillah. Puas gak aku cuba trim entri ni supaya tak meleret sangat. Sudahnye, tang kesimpulan tu lak yang terlebih panjang :P

  7. CiterMenarik on 05 Sep 2009

    info n review yang menarik..

    aku pgguna setia opera… opera mmg best..

    cuma sesiapa yang baru bertukar tu rasa cam boring je coz tak tahu funsion dier..

    belajar la pelahan 2.. mmg best..

    • MK on 05 Sep 2009

      @CiterMenarik: Yey, pengguna setia Opera gak, high-five! Betul2 apa yang ko cakap tu, sebab kebanyakan orang yang cuba hanya tahan 4-5 minit je, pastu frust dan balik ke browser lama. Opera ni kena belajar pelan2, baru la nampak function2 dia.

  8. amoi on 05 Sep 2009

    mcm best je opera neh. otw donlot. hopes it’s works fine in facebook^^

    • MK on 05 Sep 2009

      @amoi: Facebook setakat yang aku cuba ni, memang takdak masalah dengan Opera ^^

  9. Redz One on 05 Sep 2009

    bes gak guna opera baru ni
    dah 2-3 hari try guna
    :D

    • MK on 05 Sep 2009

      @Redz One: Kena try lama lagi, baru lagi best, hihi ^_^

  10. megat on 05 Sep 2009

    review yang cun!

    tiba-tiba aku terasa nak pakai opera pulak sebab adanya integrasi utk melihat melalui browser lain ha3.

    syok!

    • MK on 05 Sep 2009

      @megat: Selamat mencuba! Opera ni kena sabar kalau nak cuba, sebab fungsi2 dia terlampau banyak dan tersembunyi. Bila dah biasa, tak boleh tinggal. Macam la aku sekarang.

  11. Kreuger on 05 Sep 2009

    wah… sungguh lengkap penerangan yang di bagi. terima kasih MK.

    • MK on 05 Sep 2009

      @Kreuger: Lengkap ke, naik ngantuk aku buat benda ni malam tadi tau. Huhu, sama2…

  12. safar on 05 Sep 2009

    rekabentuknya pun kemas.mesti mampu memikat pengguna.

  13. kakeru on 05 Sep 2009

    Woah, MK. Sgt sukakan Opera arr. Penerangan dasat tahap dewa, cayalah!! ;)

    • MK on 05 Sep 2009

      @kakeru: Hehe, kalau dah suka, sanggup tulis benda ni sampai dua malam tau :P

  14. [...] Opera 10 Dilepaskan Dengan Lebih Banyak Inovasi — Ulasan lengkap tentang ciri-ciri terbaru dalam Opera 10 oleh MK dari SembangKomputer. [...]

  15. cyberfly on 06 Sep 2009

    MK, good one :)
    aku pn lum cuba lagi opera 10 ni.

    • MK on 07 Sep 2009

      @cyberfly: Sila lah cuba :)

  16. cyberfly on 06 Sep 2009

    erk sorry for double comment.En MK rasanya kena alih kat atas kotak search tu.kl kat bawah readers tak jumpa lak :P

    • MK on 07 Sep 2009

      @cyberfly: Oho, adeh malasnya nak godek CSS. Ok, bisa diatur, huhu.

  17. luth textile on 06 Sep 2009

    ok what opera. aku dah download lalu mencuba. ada perubahan!

  18. Abu Aineen on 06 Sep 2009

    Salam.Saya tunggu artikel ni sejak 1 september ritu lagi,hari ni baru muncul.Syabas MK atas penerangan yang ringkas tapi padat ngan informasi bagi pengguna baru Opera cam saya ni(mula guna sejak versi 9.64).rupanya banyak lagi fungsi dlm Opera yang belum saya jelajah dan fahami.Sekali lagi syabas dan terima kasih.

    • MK on 07 Sep 2009

      @Abu Aineen: Wah, awak pun memang dah download sejak 1 september lagi la ye. Memang banyak sangat fungsi dalam Opera. Saya yang dah guna Opera ni 10 tahun pun, banyak lagi shotrcuts yang saya tak tahu, huhu.

  19. keiroro on 06 Sep 2009

    review yang bagus! aku daripada tak tau apa apa tentang opera mula tau. tertarik pun ada dekat Opera ni. selama ni firefox je.

    • MK on 07 Sep 2009

      @keiroro: haha, cuba2 la pakai Opera lak, rasa browser lain2

  20. amoi on 06 Sep 2009

    semakin hari semakin syg aku pada Opera 10. ^^.

    • MK on 07 Sep 2009

      @amoi: saya pun sayang, ops, pada Opera la ^_^

      • amoi on 07 Sep 2009

        ngatkan syg aku kan.haha.

  21. Fatin Pauzi on 07 Sep 2009

    Wah, mantap review. Macam best je guna Opera. huhu.

    • MK on 07 Sep 2009

      @Fatin Pauzi: Memang best, gunakanlah hari ini! *Iklan sabun basuh sekejap :P

  22. Syahid A on 07 Sep 2009

    Rasanya “dilepaskan” lebih sesuai digantikan dengan “dilancarkan”. :D

    • MK on 07 Sep 2009

      @Syahid A: Released = dilancarkan. Ha ah ek. Konflik identiti betul la aku dengan istilah2 ni, huhu.

  23. blowie on 08 Sep 2009

    kalau pakai dail up digalakkan guna opera :D

  24. Mat Indon on 08 Sep 2009

    Saya xleh gung IDM kat opera nape e ? Pliis MK awak kan dah 10 taon guna
    -blowie- saya sokong

    • MK on 08 Sep 2009

      @Mat Indon: Pergi kepada Options. Kat tab General, tandakan pada Opera. Kalau dia tak jumpa, specify la secara manual, Opera tu kat mana (C:\Program Files\Opera 10)

  25. cyberfly on 08 Sep 2009

    dan jugak pakai ISP Infoage.Broadband tapi terlebih laju speed macam dial up.

    • MK on 08 Sep 2009

      @cyberfly: ISP Infoage? Huhu first time lak dengar.

  26. Redz One on 09 Sep 2009

    hehehe…. dah guna opera ni browser len x guna dah…
    selesa guna opera
    :D

  27. Redz One on 09 Sep 2009

    hehehe… dah lama guna opera ni browser len dah x guna dah…
    selesa guna opera
    :D

    • MK on 09 Sep 2009

      @Redz One: Opera FTW! Hehe.

  28. amiera on 11 Sep 2009

    cm best je guna opera ni…nak try gak lah…huhuhu…thnx 4 ur info ye MK (^_^)

    • MK on 11 Sep 2009

      @amiera: Memang best pun. Selamat mencuba ^_^

    • redz one on 12 Sep 2009

      @amiera, hehehe…. nanti dah guna gerenti x guna browser len dah :p

  29. Kakah on 11 Sep 2009

    best arr opera nie.. bg yg blum cuba tu.. rajin2lah k cuba..
    pasti xkan lepas punya..hahaa..

    • MK on 11 Sep 2009

      @Kakah: Pastinya. Cubalah hari ini :P

  30. [...] lebih detil , apa kata anda semua membaca ulasan detil mengenai Opera 10 oleh saudara MK dari SembangKomputer.Com. Ujikaji Kelajuan Browser Internet Antara Chrome 4.0 Dengan Opera 10Panduan Install Opera 10 di [...]

  31. Adney on 28 Sep 2009

    Complete.. Aku nak cube…
    Da install da tadi

  32. safar on 08 Oct 2009

    Open With

    Open With akan membuka laman web anda buka sekarang di dalam web browser yang lain. Web browser yang disokong termasuklah Internet Explorer, Firefox, Chrome, dan Safari.

    dekat mana fungsi ini berada.

    • MK on 15 Oct 2009

      @safar: Right click pada mana-mana bahagian kat web page, kat situ nampak Open With.

  33. Abu Aineen on 23 Oct 2009

    nak minta pendapat MK pasal opera unite yang baru dilancarkan tu.kne uninstall opera 10 yang dah sedia ada ke kalau nak install opera unite tu?ke guane MK?

  34. delly on 11 Dec 2009

    1st time dengr sal opera browser nie
    xkisah ker ape2 window sekali pom.
    nampak cam menarik je kan.

  35. melly on 25 Dec 2009

    iya opera banyak applikasinya and cepat sangat …..buat buka laman web shaja cuman memakan waktu 2 detik…..very fast

  36. melly on 25 Dec 2009

    opera sememangnya browser no 1 di dunia…..hidup opera

  37. faez on 09 Jan 2010

    antara streamyx ngan wimax mane lagi bagus digunakan?


Leave your comment