Arkib

opera 9.5

Setelah lama menunggu, akhirnya Opera Software telah mengeluarkan Opera 9.5! Pelayar web ini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna kerana kepantasannya, serta pelbagai fungsi yang menjadikan pengalaman Internet anda lebih mudah dan produktif. Opera 9.5 memperkenalkan pelbagai ciri-ciri terbaru, antaranya ialah:

  • Opera Link membolehkan anda membuka Bookmarks, Speed Dial, dan Notes anda dari komputer lain, mahupun dari Opera Mini di telefon bimbit anda.
  • Dengan menaip pada Address Bar, anda boleh mencari kandungan pada laman web yang anda telah jelajahi sebelum ini. Fungsi ini dikenali sebagai Quick Find.opera 9.5
  • Rendering engine yang baru, yang menjanjikan pelayaran web anda lebih pantas.
  • Skin baru yang menjadi default bagi Opera.opera 9.5

    opera 9.5

Beberapa maklumat tambahan:

  • Jika Opera anda mengambil masa yang agak lambat untuk dibuka, ini mungkin kerana anda melakukan upgrade, dan bukan fresh install. Untuk menyelesaikan masalah ini, uninstall Opera yang lama dan install Opera 9.5
  • Anda mungkin perasan bahawa beberapa shortcut key seperti Z untuk Back dan F untuk Forward tidak diaktifkan. Untuk mengaktifkannya semula:
    • Buka Tools > Preferences (Ctrl + F12).
    • Pada tab Advanced, pergi kepada bahagian Shortcut
    • Tandakan pada kotak Enable single-key shortcuts

Download Opera 9.5 sekarang.

Entri berkaitan:

Tags: ,


21 Komen untuk entri ini.

  1. Komen oleh KNizam · 13/06/2008 · 10:04 PM

    kaler hitam yang menawan neh :)

    KNizams last blog post..EURO 2008 – Results : Croatia vs Germany & Austria vs Poland

    Balas komen ini

  2. Pingback oleh Opera 9.5 | asides | InfoMalaya dot Com · 13/06/2008 · 11:14 PM

    [...] Opera 9.5 Telah Tiba » SembangKomputer.com — Review tentang Opera 9.5 di blog SembangKomputer. Mungkin sebagai respon mereka untuk Firefox 3 dari Mozilla. [...]

  3. Komen oleh Mira · 15/06/2008 · 10:46 AM

    Baru je upgrade Opera 9.5. It looks neat! Warna hitam cantik gak.
    Sekarang nie saya menggunakan FF and Opera skali. Opera memang best gak. Tapi macam mana nak switch on spelling checker untuk Opera ye?

    Miras last blog post..That’s all that I ask

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    15/06/2008 pada 3:18 PM

    @Mira: oh, spelling checker ek. saya buat entri pasal ni, sat lagi ^^

    Balas komen ini

  4. Pingback oleh Firefox 3 Pecahkan Rekod Dunia Dengan 8 Juta Download | SembangKomputer.com · 19/06/2008 · 7:01 AM

    [...] akan terus memaparkan alamat laman web yang pernah anda lawati sebelum ni. Fungsinya sama seperti Quick Find dalam Opera, cuma Firefox tidak mampu memaparkan kandungan dalam laman web tersebut, hanya alamat [...]

  5. Komen oleh SHAM · 28/08/2008 · 10:12 AM

    bagaimana sy nak selesaikan error berikut dalam opera

    “Make sure your Internet connection is active and check whether other applications that rely on the same connection are working”

    sy gune firefox (default) n opera dlm PC sy.bile bukak FF,ok je.tp bile bukak opera,kuar error tersebut.

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    28/08/2008 pada 10:54 AM

    @SHAM: um, mungkin awak ada proxy server yang kena set up dulu?

    Balas komen ini

  6. Komen oleh SHAM · 28/08/2008 · 12:09 PM

    saya dah uninstall opera tu.malas nak pk (psl ade FF)tp klu MK bleh ajar care nak set up proxy tu,bleh sy install semula.sy dah cube n sy rase ngam gak gune opera.budi baik MK sy bwk mati.

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    29/08/2008 pada 12:18 PM

    @SHAM: nak set proxy ye. senang je. nanti saya tunjukkan dalam entri akan datang.

    Balas komen ini

  7. Komen oleh SHAM · 02/09/2008 · 10:15 PM

    thanks MK.jasemu di kenang!!

    Balas komen ini

  8. Komen oleh Afif · 01/11/2008 · 11:33 PM

    Rasanya sekarang Google Chrome paling laju sebab ada DNS prefetch. Betul tak?

    Balas komen ini

  9. Komen oleh Apiz · 02/11/2008 · 12:28 AM

    MK, aku nyer opera naper x leh buka email… jenuh aku buka…

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    02/11/2008 pada 6:41 PM

    @Apiz: emel pe? pastikan emel tu ada fungsi POP atau IMAP

    Balas komen ini

    Komen dari Apiz
    03/11/2008 pada 12:57 AM

    @MK, aku x leh buka yahoo mail kat opera… POP, IMAP?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    13/11/2008 pada 5:37 AM

    @Apiz: POP ni perlu kalau nak configure Yahoo! Mail pada amana-mana e-mail client. tapi Yahoo yang free memang takde POP, kalau yang berbayar tu ada la

    Balas komen ini

  10. Komen oleh SHAM · 07/11/2008 · 9:55 AM

    MK,sy alami masalah proxy setting dalam opera.so sy just use automatic proxy setting dgn URL http://proxy.rice.edu/proxy.pac dan skrg opera sy dah boleh digunakan.Adakah ini cara yang btol? Setahu sy proxy ni ade jenis yg merbahaya dan mengambil/merakam maklumat user.budi baik anda sy hargai.

    Balas komen ini

  11. Pingback oleh Google Chrome: Cabaran Kepada Firefox | SembangKomputer.com · 13/11/2008 · 6:58 PM

    [...] lagi, Google Chrome mampu memberikan saingan hebat kepada Firefox, mahupun web browser lain seperti Opera dan Internet Explorer.Popularity: 36% [?] submit_url = [...]

  12. Komen oleh munirah · 28/12/2008 · 1:18 AM

    ha. aku pakai opera, laju je.
    hehe. thanx MK. sayang kau:)

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    28/12/2008 pada 4:08 PM

    tu lah. aku pun sayang diri aku sendirik :p

    Balas komen ini

    Komen dari munirah
    28/12/2008 pada 6:25 PM

    @MK, eheh. kau patut letak skali yang skin dia boleh diubah ubah la.

    Balas komen ini

Tinggalkan komen *Bahagian yang bertanda (*) wajib diisi.