
Terdapat sesetengah laman web yang sarat dengan imej, terutamanya dalam bentuk iklan. Malah, ada sesetengah dari iklan-iklan ini mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai dibuka di khalayak ramai, terutamanya di pejabat.
Dalam Opera, terdapat fungsi yang boleh digunakan untuk menyekat iklan daripada dipaparkan. Selain itu, anda juga boleh terus menyekat kesemua imej dari dipaparkan agar dapat membuka laman web tersebut dengan pantas. Klik ikon gambar dari Status Bar untuk memilih samada anda mahu memaparkan imej, memaparkan imej yang telah dimuat-turun sahaja, ataupun menyekat imej. Keiga-tiga pilihan ini juga boleh ditukar menggunakan kekunci Shift+I.
Terdapat satu lagi fungsi yang kurang diketahui dalam Opera, di mana ia boleh mematikan fungsi CSS. Jika sambungan Internet anda mengalami masalah dan menjadi sangat perlahan, anda boleh sekat imej dan matikan fungsi CSS bagi melajukannya. Bagi mematikan (atau menghidupkan semula) fungsi CSS, tekan Shift+G.

Pingback: Firefox – Halang Imej Untuk Lajukan Internet « Sembang Komputer
Alhamdulillah.baru nak tnyr MK ttg masalah seumpama ini.Bnyk site terutama blog yg sarat ngan gambar,youtube link dan iklan yg x berkaitan.
Lg satu features yg agak mengganggu ialah pautan ke laman radio internet.Saya bukan nak dngr sangat pun lagu2 tu sume.ade cara x nak halang pautan jenis ni pada Fifefox? Sangat lambat dan mengganggu la.
Terima kasih MK.Jasemu di kenang.
@HISHAM: Hm.. tanak dengar lagu yang dimainkan secara automatik ye. Nanti saya tengokkan ^_^
Salam saudara MK, time kasih byk for tips yg awak bagi tuh. Harap dapat membantu dlm tugasan sy seharian kat ofis. sy mesti cube!
Adios!
@Amiruddin Ahmad: Sama2 ^_^
best jugak ye features opera ni. something yang harus dicuba =D
fungsi begini bagus.sebab ada iklan yang tidak sepatutnya dilihat.
@safar: Yep, terutamanya di laman crack :P
aku dah pkai yg versi firefox..
addons..
Assalamualaikum MK.Saya nak tanya pasal Downloadhelper dalam Opera tu.saya cuba download video dari youtube guna downloadhelper tu,tapi tak boleh la.camne nak buat ye?saya guna opera 9.64
@AnaSofea: Ops, DownloadHelper bukan untuk Opera, dia untuk Firefox. Kalau nak download video guna Opera, awak kena guna KeepVid.
maafkan saya.sebenarnya saya maksudkan VideoDownloader dalam Opera tu.lain pulak yang saya tulis tadi.masa opera 9.63 dulu boleh je guna.tapi utk opera versi 9.64 ni,tak bleh plak.muncul ‘error 404′.camne ye nak atasi masalah ni ?
agak2 kan dia punya speed increase berapa peratus?
@blowie: Huhu, takde lak aku ukur secara saintifik. Bergantung la pada laman web. Kalau laman web yang berat multimedia tu, memang terasa la kalau pada broadband yang perlahan. Tu yang lebih baik disable imej dan plugin tu.