Opera mempunyai pelbagai keyboard shorcut yang membolehkan anda melayari laman web tanpa menggunakan mouse sekalipun. Ianya tentu berguna apabila mouse anda hilang atau rosak. Bagi saya, saya memang lebih suka meletakkan kedua-dua belah tangan saya di atas keyboard bagi meningkatkan produktiviti sewaktu menaip. Jadi pada kali ini, saya akan meyenaraikan pelbagai keyboard shorcut yang terdapat di dalam Opera.
Menaip Di Address Bar
- F8 atau Alt+D untuk mula menaip URL di address bar
- F2 untuk membuka satu address bar yang lain

- Shift+F2 untuk memasukkan nickname bagi laman web yang terkandung dalam bookmark anda
- Gunakan gabungan keyword bagi enjin carian tertentu, contohnya W untuk membuat carian menggunakan Wikipedia
Navigasi Tab
- Ctrl + T untuk membuka tab yang baru
- Ctrl+W untuk menutup tab
- Ctrl+Tab atau Ctrl+Shift+Tab untuk bertukar kepada tab yang lain

- Ctrl+Z untuk membuka kembali tab yang telah ditutup
Navigasi Dalam Halaman
- Page Up dan Page Down untuk skrol halaman
- Home untuk pergi ke bahagian paling atas, End untuk pergi ke bahagian paling bawah
- Shift+Arrow Key untuk highlight link yang anda ingin klik – fungsi yang paling inovatif :)

- Enter pada link yang telah anda highlight tadi untuk pergi kepada URL tersebut
- Shift+Enter untuk buka link tersebut pada tab yang baru
- Ctrl+Shift+Enter untuk buka link tersebut pada tab yang baru di belakang
- Ctrl+F, /, atau . untuk mencari perkataan
Navigasi Antara Halaman
- Z atau Backspace untuk pergi ke halaman sebelumnya (sama seperti butang Back)
- X untuk pergi ke halaman seterusnya (sama seperti butang Forward)
- Nota: Bagi shortcut yang mempunyai satu kekunci sahaja seperti Z dan X, anda terlebih dahulu harus mengaktifkannya dari Preferences (Ctrl+F12) > Advanced > Shortcuts > Tandakan pada “Enable single-key shortcuts”

Isi Maklumat Dan Password Secara Automatik
- Jika anda berada pada satu input text, di ruangan memasukkan nama untuk komen misalnya, tekan kekunci anak panah bawah untuk mengeluarkan maklumat yang terkandung dalam Autocomplete Forms serta Notes anda

- Sekiranya anda pernah menyimpan password di satu-satu laman web, tekan Ctrl+Enter untuk memasukkan username dan password secara automatik

Speed Dial
- Ctrl+1 hingga 9 untuk pergi ke halaman yang telah ditetapkan dalam Speed Dial anda

Jadi jika anda seorang pengguna tegar keyboard, anda pastinya akan dapat mengambil faedah dari segala macam shortcut yang terbina dalam Opera. Selamat mencuba :)
sungguh geek.
lalala~
tak berat ke pakai opera ni? sbb skg tgh test running google chrome. hehe, best…
@mohdisa: Google Chrome memang laju, cuma dia berat sebab pakai banyak RAM. Opera sangat ringan walaupun buka banyak tab, tapi tak sepantasa Chrome buat masa ni.
tp…serius…menarik
cool!
Tak penah guna Opera tp info
ni menarik. Cam best gak. :)
info yang bagus.saya memang penggemar OPERA.sejak pertama kali guna,terus berkenan ngan pelayar web ni.tima kasih encik MK.
oh opera… alangkah bagusnya jika ianya firefox… kekeke
aku sampai sekarang tak bleh nak blah pakai opera.. tak serasi agaknya. dah lame selesa dengan musang berapi.
tapi ape pon, thanks utk tips ni. aku dah bookmark. mane tau satu hari ianya pelajaran yang aku perlukan.. hahaha..
*maklum le, aku ni kerap terlupe~
Aku tak pernah pakai opera…
dalam pc nie, aku hanya menggunakan.. firefox & baru test safari..
Nanti nak try opera & chrome plak…
opera laju ke?
Opera adalah alternatif kepada Firefox nampaknya. Tapi firefox tetap menjadi pilihan utama penggemar surfing internet. Internet Explorer semakin tidak popular
Wa wa wa best nya, aku mesti cube!
tenkiu MK ^–^
Bagus la gn keyboard shortcut boleh apply pada Laptop, hu..hu..
Pingback: Opera 10 Dilepaskan Dengan Lebih Banyak Inovasi | Sembang Komputer