opera-icon

Saya melayari Internet pada banyak komputer. Di rumah, di pejabat, dan di cyber cafe. Sebagai pengguna Opera, saya menyimpan banyak settings seperti Wand, Bookmarks, Mail, dan sebagainya. Kalau saya bertukar ke komputer baru, saya harus memindahkan segala settings ini. Saya terpaksa import Bookmarks, isikan auto-complete forms, penuhkan Wand, dan banyak lagi. Bayangkan betapa peritnya untuk saya ulang perkara yang sama setiap kali.

Hari ini, saya terjumpa sesuatu yang sangat mengujakan. Yuku dari Kejut (sahabat kita dari Indonesia!) telah membina Opera versi mudah-alih yang dipanggil sebagai Opera Portable. Dengan Opera Portable, saya boleh bawa Opera ke mana-mana jua bersama settings saya. Antara kelebihan-kelebihan Opera Portable (dari Kejut):

  • Tiada sebarang nilai registry yang dibuat/diubah.
  • Tidak memberi kesan terhadap browser sedia ada dalam PC anda (IE, Firefox, Opera, Safari, dan lain lain).
  • Tidak meninggalkan sebarang jejak pada komputer tersebut.
  • Tidak memendekkan jangkahayat USB Drive anda. Hanya dua fail akan disimpan dalam USB Drive, yang lain semuanya disimpan dalam folder sementara pada komputer.
  • Anda boleh buat pelbagai profile.
  • Mudah digunakan pada USB Drive, CD, dan media lain.

opera-portable

Apa yang anda perlukan hanyalah satu fail program tersebut (opera-portable-personal-en-9.60.exe). Masukkan fail ini ke dalam USB Drive dan anda boleh mula menggunakan Opera Portable. Apabila anda tutup Opera Portable, ia akan simpan segala settings tersebut.

Sedikit nota:

  • Lama dahulu saya menggunakan OperaUSB yang sama fungsinya. Namun OperaUSB ini banyak kelemahannya.
  • Opera Portable akan mengambil sedikit masa untuk menyimpan segala settings anda, terutamanya jika anda mempunyai mail yang banyak. Jadi jangan cabut USB Drive anda dulu, tunggu sehingga proses ini selesai.
  • Terima kasih Kejut! Terima kasih berjuta-juta lemon :)
Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

21 Responses


  1. |1f34|-|1r3 on 20 Oct 2008

    hmmmm..menarik gak ni..mungkin sudah tiba time aku nk test opera plak..hehe

    • MK on 20 Oct 2008

      @|1f34|-|1r3: test la. bagi aku firefox memang best, tapi kebanyakan add-on yang ada semua dah built-in dalam Opera; malah Opera banyak shortcut yang sangat memudahkan diri ini.. huhu

    • |1f34|-|1r3 on 20 Oct 2008

      @MK, aku dh try dah..mantaps jugak !

  2. ImamKhalid on 20 Oct 2008

    Opera Portable ni sama tak dengan FIreFox Portable? Nampak gaya file opera ni lebih kecik (5.8MB). Boleh run both normal Opera dengan portable one at the same time tak?

    • MK on 20 Oct 2008

      @ImamKhalid: hm aku tak pasti lak same ke tak. tapi memang boleh run Opera Portable dan Opera biasa dalam masa yang sama.

  3. kita on 20 Oct 2008

    aku leboh suka guna mozilla firefox versi portable

  4. smaelz on 20 Oct 2008

    Aku mg suka ngan opera ni.. sbb ada certain2 website punya restriction bole lepas kalu pakai opera.. ngahahaha.. tp yg portable ni x pernah cuba plak…

    • MK on 20 Oct 2008

      @smaelz: Opera bukan setakan boleh lepas restriction je, senang nak camouflage kalau2 bos datang menjenguk.. hehe

  5. Uncle G on 20 Oct 2008

    pakcik pon sekarang dah gunakan opera… tak la berat sangat

    • nmsh on 30 Oct 2008

      @Uncle G, btol ke!!!!!!!!!eeee nk test etek lah!

  6. shaxx on 20 Oct 2008

    Opera for PC – kurang suka tapi yg ni boleh try kot…

  7. NoktahHitam on 20 Oct 2008

    smart gilos! Nanti aku try.

  8. ezad on 21 Oct 2008

    Saya mesti pilih!!! :p

  9. whiztech on 23 Oct 2008

    Erm.. ape beza ngan yang dari opera-usb.com tu.. aku selalu pakai yang tu..

    • MK on 23 Oct 2008

      @whiztech: waktu aku pakai OperaUSB ni dulu, banyak benda yang dia tak save, contohnya Notes. tak pasti lak dengan versi yang terbaru. lagipun OperaUSB kalau crash, dia tinggalkan data kat PC, Opera Portable tak.

      cuba ko try dulu Opera Portable, mungkin akan rasa perbezaan dia.

  10. Apiz on 03 Nov 2008

    first time gne opera

  11. fara on 05 Nov 2008

    sy guna intenet explore ngan firefox…tp firefox sy x ble letak yahoo n google toolbar.jd rasa mcm tak lengkap jer…jd sy guna intnt explore je…hehe

  12. poknbv on 11 Nov 2008

    hmm, camne nak tukar fonts dalam opera portable ni,saya dah pegi kat preferences->tab advanced->fonts->international fonts tapi bila klik ok dia sama jugak tak tukar camne nak kasi dia tukar??

  13. poknbv on 11 Nov 2008

    errr,saya nak tukar writting system dia tapi tak boleh.

  14. fariez on 06 Apr 2009

    sy menggunakan acer aspire 4925 dan menggunakan os window vista Home Premium.. masalah sy ialah partition D sy hilang..apa patut sy lakukan?

    • MK on 06 Apr 2009

      @fariez, cuba awak periksa partition awak kat Disk Management. Kat situ ada tak partition D: tu?


Leave your comment