Opera sahaja: Anda boleh memindahkan tetapan dalam Opera kepada komputer lain dengan mudah. Apa yang anda perlu buat adalah salin fail-fail yang mengandungi tetapan ini kepada komputer yang lagi satu.
Twitter Update
-
Filed under - Opera No Comments so far. Add yours now
-
Bagi sesiapa yang tak sempat untuk muat turun Windows 7 Beta sebelum 24 Januari, kini anda masih berpeluang untuk mendapatkannya kerana tempoh muat turun telah dilanjutkan sehingga 12 Febuari 2009.
Anda boleh download Windows 7 Beta dari pautan yang diberikan di bawah ini:
Filed under - Perisian 39 Comments so far. Add yours now
-

Alhamdulillah selepas berhari-hari saya biarkan PC saya terpasang, dapat juga saya siapkan download Windows 7 Beta ini. Setelah siap, terus saya burn ke dalam DVD untuk mencubanya segera. Proses pemasangan Windows 7 Beta adalah mudah dan pantas, malah lebih pantas dari Vista dan XP.
Apa yang dapat saya katakan ialah, saya kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Windows 7 Beta. Akhirnya, Microsoft sudah mendengar keluhan pengguna dan mula memperbaiki sistem pengoperasian mereka serta menambah pelbagai ciri-ciri baru. Dalam entri pada kali ini, saya akan bawa anda untuk melihat Windows 7 Beta:
Filed under - Perisian 49 Comments so far. Add yours now
-
Video DownloadHelper adalah extension untuk Firefox yang berfungsi untuk mendapatkan fail video dengan mudah. Apabila anda berada di mana-mana laman web yang mengandungi video, ikon DownloadHelper akan beranimasi yang menandakan anda boleh dapatkan fail video tersebut. Hanya klik sahaja pada butang DownloadHelper dan pilih video yang anda inginkan.
Filed under - Firefox 19 Comments so far. Add yours now
-
Terdapat banyak laman web yang membolehkan anda download video dari YouTube, dan kegemaran saya adalah KeepVid. Biasanya saya akan copy link yang diberi oleh KeepVid dan gunakan Free Download Manager untuk download video tersebut dengan pantas.Namun dengan versi Free Download Mangager yang terbaru, saya tak perlu lagi bersusah-payah menggunakan KeepVid. Ini kerana Free Download Manager boleh terus download video dari laman web video popular seperti YouTube, Google Video, MySpace, dan banyak lagi.
Filed under - Perisian 14 Comments so far. Add yours now
Previous Posts
-
Jan 13, 2009
18 CommentsLajukan Download Dengan Free Download Manager
Download accelerator adalah jenis software yang berfungsi untuk mempercepatkan download anda. Biasanya software seperti ini akan memecahkan fail kepada beberapa bahagian dan download kesemua bahagian tersebut sekaligus. Download accelerator juga biasanya membenarkan anda menyambung download walaupun setelah anda restart komputer, sambungan Internet terputus, dan sebagainya. Download accelerator kegemaran saya adalah Free Download Manager. Seperti namanya,...
-
Jan 12, 2009
29 CommentsMuat Turun Windows 7 Beta Secara Percuma
Microsoft kini membuka peluang kepada orang ramai untuk mencuba Windows versi yang terbaru, iaitu Windows 7. Download akan dibuka sehingga 24 Januari 2009, jadi anda boleh ambil peluang ini untuk mendapatkannya. Anda mungkin tertanya-tanya, kena bayar ke kalau nak download Windows 7 Beta ni? Berita baik buat anda kerana Microsoft menyediakannya secara percuma. Namun, perlu diingat...
-
Jan 10, 2009
17 CommentsBaiki Registry Dengan Offline NT Password & Registry Editor
Selalunya apabila virus menyerang komputer anda, ia akan mengubah nilai dalam registry – contohnya mematikan fungsi Task Manager, regedit, dan juga Folder Options. Cara mudah untuk membaikinya adalah menggunakan RRT. Anda juga boleh menggunakan cara manual iaitu menggunakan regedit atau gpedit.msc, dua alat yang sedia ada dalam Windows (klik sini untuk cara manual membaiki Task...
-
Dec 31, 2008
229 CommentsInstall Windows XP Menggunakan USB Drive
Dalam banyak-banyak PC atau laptop yang saya perlu format, adakalanya saya berjumpa dengan situasi yang menyusahkan. Salah satu daripadanya adalah, DVD drive tidak berfungsi. Macam mana nak install Windows kalau DVD drive tak boleh dipakai? Kalau pada PC bolehlah juga saya tukarkan dengan CD-ROM yang elok buat sementara. Tapi kalau laptop, kan susah. Nak beli external...
-
Dec 28, 2008
54 CommentsSalam Maal Hijrah 1430H
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana berkat nikmat dan limpah kurnianya, saya masih mampu menulis di blog yang kecil ini. Pejam celik, dan setahun rupanya usia Sembang Komputer. Tak pernah lagi benda yang saya buat dapat istiqamah sebegini lamanya (syukur lagi sekali pada Tuhan) Hijrah itu membawa erti perubahan. Dan sempena tahun baru Hijrah ini,...