Tangkap Screenshot Di Firefox Dengan Fireshot

Seorang blogger biasanya banyak menangkap screenshot tentang laman web untuk dimuatkan ke dalam entri blog mereka. Web designer pula mengumpul screenshot tentang laman web yang menarik untuk dijadikan bahan rujukan.

Bagi pengguna Firefox, anda boleh gunakan Fireshot untuk kerja-kerja seperti ini. Ia boleh menangkap kawasan yang kelihatan pada browser, mahupun keseluruhan halaman termasuklah bahagian laman web yang perlu di-skrol untuk dilihat.

fireshot

Fireshot juga menyediakan editor imej yang mempunyai fungsi-fungsi asas seperti crop, resize, serta menambah teks dan anak panah ke atas screenshot.

Download di sini: Fireshot

Sudahkan Anda Mendaftar Sebagai Pengundi?

“Kenapa masih ada orang yang tidak berumah, tidur di tepi jalan.”

“Kenapa harga tol selalu sangat naik”

“Kenapa nasi lemak ni makin lama makin sikit, padahal harga sama je”

Setiap hari kita menyuarakan rasa tidak puas hati kita. Bukan kerana kita suka mengadu, tapi kerana kita inginkan sesuatu yang lebih baik.

Namun kalau kita hanya duduk dan pandai berkata-kata sahaja, ianya tidak akan membawa sebarang perubahan. Jadi, saya ingin bertanya kepada semua pembaca yang berumur 21 tahun dan ke atas: sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Jika sudah, tahniah buat anda kerana mengambil berat ke atas negara ini. Jika belum, saya ajak anda mengambil tindakan hari ini juga untuk mendaftar sebagai pengundi. Walaupun pilihanraya umum mungkin masih jauh lagi, adalah penting untuk anda mendaftar awal kerana prosesnya memakan masa.

Mungkin ada yang berfikir politik itu terlalu kotor dan kompleks buat mereka, dan mereka tidak mahu terlibat dengannya. Tapi ingatlah anda sendiri yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada anda. Jadilah orang yang bertindak.

3 dan 4 April ini (Sabtu dan Ahad), beberapa kaunter akan dibuka di e@Curve, Subang Parade, dan Amcorp Mall untuk mendaftar anda sebagai pengundi. Hanya 5 minit sahaja diperlukan untuk mengisi maklumat anda. Malah, anda juga akan mendapat langganan percuma MalaysiaKini selama 3 bulan. Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman web E.P.I.C.

Jadi, buatlah pilihan anda sekarang :)

Continue reading

Tanya Apa Saja Di Formspring

Formspring adalah sebuah aplikasi web yang membolehkan sesiapa sahaja bertanya  soalan kepada anda. Anda boleh memilih untuk menjawab atau tidak akan soalan yang diberi. Jika anda memilih untuk menjawab, jawapan tersebut akan dipaparkan kepada umum.

Baru-baru ini Formspring telah menjadi popular kembali, mungkin kerana ia telah menjadikan sesi soal-jawab seperti ini sangat mudah. Malah anda boleh bertanyakan soalan di Formspring secara anonymous, tanpa memerlukan sebarang akaun.

Saya dapati Formspring ini sangat seronok digunakan bersama orang yang anda kenal. Anda boleh gunakannya untuk mengenali kawan anda dengan lebih dekat. Malah, mungkin dengan menjawab soalan dari orang lain, anda boleh mengenali diri anda sendiri dengan lebih dekat :)

Cukur Kepala Demi Meraih Sumbangan

Sewaktu saya belajar di Pulau Pinang, saya selalu terserempak dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Ada yang merayau di stesen bas, meminta sedekah dari seorang ke seorang yang lain. Ada yang menyelongkar tong sampah, mencari apa sisa makanan yang tinggal.

Namun satu situasi yang paling membuat saya sebak, apabila saya terlihat seorang ibu bersama anak-anaknya duduk di kaki lima. Ayah tiada. Si ibu hanya duduk memandang ruang kosong. Anak-anak yang tidak berselipar, tidak berbaju, dan berseluar lusuh berlari-lari sambil ketawa. Sunggih naif, mereka tak sedar apa nasib yang bakal menimpa.

Saat itu, hati saya merintih. Kalaulah saya boleh membantu. Kalaulah saya boleh hulurkan tangan dan pimpin anak kecil itu, beritahu dia “semuanya akan baik-baik sahaja. Kamu akan dapat ke sekolah macam budak-budak yang lain. Kamu akan dapat bermain dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kamu. Kamu akan belajar rajin-rajin dan jadi seorang yang berjaya”

***

Namun, memang mudah untuk kita lupa akan nasib kanak-kanak sebegini. Kita terlalu taksub dengan hal diri sendiri – tentang baju baru yang perlu dibeli, tentang kasut paling latest dan stailo sekali, tentang burger baru di McD. Sedangkan di luar sana ada kanak-kanak yang ditelanjangkan kerana mencuri buah untuk dimakan.

Jadi saya seru sekalian pembaca, sedarlah dari ketaksuban kita, dan cubalah buat sesuatu untuk membantu. Setiap kanak-kanak yang lahir di dunia ini berhak mendapatkan pelajaran, tidak kira status, agama, atau bangsa mereka.

Ahad ini, 28 Mac 2010, saya akan menyertai Operation Botak demi meraih derma buat menampung pelajaran untuk kanak-kanak di Tuaran dan Kota Belud, Sabah. Kepala saya akan dicukur licin demi menyatakan sokongan.

Saya menyeru para pembaca untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada Operation Botak ini dengan menyumbang di akaun bank berikut:

Nama Akaun: World Vision Malaysia Berhad
Nombor akaun Maybank: 5146 0013 9710

P/S: Maaf, sebenarnya saya emo waktu menulis entri ni. Tapi waktu tangkap gambar tu kena senyum. Sebenarnya saya emo, tau.

Kemaskini: Gambar saya setelah botak

Memohon Kemasukan PJJ Di UTM

appy-utm.png

Jika anda ingin memohon kemasukan bagi program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Teknologi Malaysia, anda boleh klik di sini.

Program ini juga dikenali sebagai Program Pengajian Separuh Masa (part-time), dan ditawarkan untuk Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

Anda boleh melihat senarai kursus yang ditawarkan beserta tempat pembelajarannya.

Nota: Entri ini bertujuan untuk memudahkan anda mencari link untuk ke borang kemasukan. Biasa la website kerajaan, kena belek 14 kali baru jumpa benda yang nak dicari.