Satu Penghormatan Buat InfoMalaya dan Amanz.My

infomalaya

Alhamdulillah, InfoMalaya kini kembali ke udara semula. Pastinya berpunca daripada kasih sayang yang mendalam Bat terhadap blognya (juga kasih sayang Affuan terhadap Bat :P), InfoMalaya akan terus menyediakan maklumat-maklumat yang berilmiah buat para pembaca.

Saya mengenali InfoMalaya apabila saya mula-mula berjinak dengan dunia blog tempatan, kira-kira setahun setengah yang lalu. Waktu itu, saya lihat betapa gah nya InfoMalaya, sebuah blog teknologi tempatan yang paling berprestij pada masa itu. Rasa kecilnya saya berbanding saudara Bat.

Tapi bila dah kenal, nyatalah Bat seorang yang merendah diri, peramah, dan penuh semangat. Dan loghat utaranya tak pernah tinggal. Cuma itulah, saya tetap lebih kecil berbanding Bat, secara fizikalnya lah. Ha ha.

Apa yang saya inginkan dalam InfoMalaya? Hm, teruskan dengan artikel-artikel yang ringkas, tetapi bermanfaat. Apa yang saya suka dengan InfoMalaya adalah kerana ianya tidak mempunyai topik yang khusus. Kebanyakan masanya teknologi, namun juga diselitkan dengan renungan oleh Arynet, meraban oleh Affuan, malah sudut mencari tuan punya barang pun ada.

Kalau anda rasa anda boleh menyumbang artikel kepada InfoMalaya, jangan segan-segan nak hantar. Hatta cara-cara menggoreng ayam pun bukan semua orang tahu. Berkongsi ilmu ni banyak pahalanya kan.

Sudah tiga tahun, dan semoga terus maju, InfoMalaya :)

amanz

Di kesempatan ini, saya juga ingin memberi penghormatan buat Amanz.my (dahulunya di Amanz.net), yang telah berada lebih lama daripada Sembang Komputer dan InfoMalaya.

Sejak dari dahulu, Amanz menulis entri mengenai perkembangan teknologi tempatan dan antarabangsa. Biasanya Amanz lah yang terlebih dahulu membuat liputan mengenai berita terbaru dunia teknologi tempatan. Entri-entri juga ditulis secara ringkas, senang saya membacanya.

Saya belum berkesempatan lagi bertemu dengan Amanz, namun saya yakin dia adalah seorang yang berfikiran jauh, dan mempunyai perancangan yang rapi, walaupun pada usia yang muda (sebaya dengan saya).

Sudah empat tahun, dan semoga terus maju, Amanz Network :)

P/S: Sembang Komputer masih muda, baru mencecah dua tahun. Semoga maju jaya juga hendaknya.

Download Drama Daripada TV3 Menggunakan DownloadHelper

Saya ada menulis tentang DownloadHelper, sebuah add-on Firefox yang membolehkan anda download video dari laman web video popular seperti YouTube, dan Google Video. Sebenarnya, DownloadHelper boleh download video dan Mp3 daripada pelbagai laman web lagi, cuma saya yang selalu tidak perasan.

Baru sebentar tadi saya cuba menggunakan DownloadHelper untuk download video yang dipertontonkan di laman web TV3. Pada mulanya, saya ingat DownloadHelper gagal untuk mengesan video. Rupa-rupanya, video tersebut harus dimainkan terlebih dahulu, barulah ikon DownloadHelper akan beranimasi yang menandakan video tersebut boleh anda download.

Continue reading

Sekat Imej di Opera Untuk Membuka Laman Web Dengan Pantas

opera-halang-imej

Terdapat sesetengah laman web yang sarat dengan imej, terutamanya dalam bentuk iklan. Malah, ada sesetengah dari iklan-iklan ini mengandungi gambar-gambar yang tidak sesuai dibuka di khalayak ramai, terutamanya di pejabat.

Dalam Opera, terdapat fungsi yang boleh digunakan untuk menyekat iklan daripada dipaparkan. Selain itu, anda juga boleh terus menyekat kesemua imej dari dipaparkan agar dapat membuka laman web tersebut dengan pantas. Klik ikon gambar dari Status Bar untuk memilih samada anda mahu memaparkan imej, memaparkan imej yang telah dimuat-turun sahaja, ataupun menyekat imej. Keiga-tiga pilihan ini juga boleh ditukar menggunakan kekunci Shift+I.

Terdapat satu lagi fungsi yang kurang diketahui dalam Opera, di mana ia boleh mematikan fungsi CSS. Jika sambungan Internet anda mengalami masalah dan menjadi sangat perlahan, anda boleh sekat imej dan matikan fungsi CSS bagi melajukannya. Bagi mematikan (atau menghidupkan semula) fungsi CSS, tekan Shift+G.

opera-halang-css

Sekat Imej di Firefox Untuk Membuka Laman Web Dengan Pantas

ImgLikeOpera

Bagi kebanyakan pengguna Internet di Malaysia, sambungan Internet biasanya adalah tidak stabil. Ada masanya laju, ada masanya sangat perlahan. Jika anda sedang mengalami sambungan Internet yang perlahan ini, anda boleh lajukan masa untuk membuka laman web dengan menghalang imej daripada dipaparkan, menggunakan add-on ImgLikeOpera.

Seperti namanya, ImgLikeOpera diinspirasikan daripada fungsi yang sudah terbina dalam Opera. Melalui butang kecil yang diletakkan di Status Bar, anda boleh menghalang imej dari dipaparkan, atau hanya paparkan imej yang pernah dimuat-turun sebelum ini, ataupun hanya paparkan imej dari laman web tertentu sahaja.

P/S: Anda juga boleh rujuk entri mengenai Image Block di Ghacks

PortableApps.com: Komputer Di Dalam Pen Drive Anda

portable-apps-01

PortableApps.com adalah satu sut perisian mudah alih yang boleh anda muatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows.

Sut ini menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.

Seperti namanya, kelebihan utama perisian mudah alih ini adalah ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer. Jadi tak perlulah nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Memudahkan, terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain (dekat Cyber Cafe misalnya).

portable-apps-02

Dengan sut PortableApps.com, anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian. Contohnya, anda boleh menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.

Selain dari perisian-perisian yang ditawarkan, PortableApps.com juga menyediakan PortableApps.com Menu yang dibina untuk memudahkan anda melancarkan aplikasi dari USB Drive; serta PortableApps.com Backup untuk membuat backup terhadap sut perisian PortableApps.com anda.

Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:

  • Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.
  • Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.
  • Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.

Dapatkan sut perisian ini dari PortableApps.com.

Dapatkan Notifikasi Komen Di Blogspot

Blogspot tidak mempunyai sebarang skrin khas untuk menyenarai dan mentadbir komen-komen yang diterima. Oleh itu, kadang-kadang kita tak perasan kalau ada komen baru yang masuk, terutamanya jika ia dikomen pada entri-entri yang lama.

Jika anda ingin mendapatkan notifikasi bagi setiap komen yang masuk, anda boleh dapatkannya melalui emel. Caranya mudah sahaja:

  1. Buka dashboard bagi Blogspot anda dan pergi ke Settings > Comments.
    blogspot-notifikasi-emel-01
  2. Pada bahagian Comment Notification Email, masukkan emel anda.
    blogspot-notifikasi-emel-02
  3. Klik pada butang Save Settings. Kini, segala komen yang terbaru akan dimaklumkan kepada emel yang telah ditetapkan tadi.