• Utama
  • Arkib
  • Tentang

Sembang Komputer

Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet

  • Perisian
  • Laman Web
  • Masalah Komputer
  • Opera
  • Firefox
  • Chrome
  • 18
    Aug

    Install pelbagai aplikasi dengan mudah menggunakan FreeApps


    Tweet
    Share

    FreeApps adalah sebuah utiliti yang membantu anda memasang pelbagai aplikasi untuk Windows.

    free-apps-01

    Jika anda mempunyai sebuah komputer yang baru sahaja kena format, pastinya anda perlu download dan install pelbagai aplikasi satu-persatu, seperti Adobe Reader, Firefox, VLC Media Player dan sebaagainya. Namun dengan FreeApps segala tugas tersebut akan dilakukan secara automatik.

    free-apps-02

    FreeApps juga mempunyai fungsi Updates untuk memeriksa kemaskini terbaru bagi aplikasi-aplikasi anda, serta Uninstaller untuk membuang apa-apa aplikasi yang anda tidak mahu.

    free-apps-03 

    Dengan FreeApps, anda boleh install aplikasi dengan mudah pada mana-mana komputer, asalkan ia mempunyai sambungan Internet yang stabil.

    [Laman web: FreeApps]

    Kategori - Perisian 11 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 16
    Aug

    Ketahui juadah berbuka pasar Ramadhan di ParamKL


    Tweet
    Share

    ParamKL merupakan sebuah blog yang dibina khas untuk berkongsi juadah-juadah menarik pasar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur. Anda boleh melihat pelbagai jenis makanan, gerai mana yang bagus, dan harga apakah yang berpatutan. Ia juga menerima sumbangan entri daripada orang ramai, supaya lebih banyak lagi juadah istimewa serta lokasi pasar Ramadhan dimuatkan.

    Dari segi kepenggunaan blog, saya agak keliru samada laman utama ParamKL dan muka hadapan blog menyediakan fungsi yang sama atau tidak. Tema ParamKL juga terlalu gelap dan menyukarkan pembacaan. Saya juga mencadangkan agar ParamKL boleh menyertakan kategori dari segi makanan ataupun lokasi bagi memudahkan pengunjung.

    Apa pun, tahniah buat pihak pembangun kerana membina blog ini. Apa lagi, lawati paramKL dan kongsikan pasar Ramadhan kegemaran anda =)

    Kategori - Laman Web 5 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 15
    Aug

    Artikel menarik dunia blog tempatan sepanjang minggu ini


    Tweet
    Share

    Kali ini Sembang Komputer akan membawakan anda artikel-artikel menarik yang ditulis di blog-blog teknologi tempatan. Jika anda ingin blog anda muncul pada ruangan ini, tinggalkan URL anda di ruangan komen! =) Baca selanjutnya »

    Kategori - Laman Web 11 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 14
    Aug

    Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2010 / 1431h


    Tweet
    Share

    Jika anda ingin mengetahui waktu berbuka puasa dengan pantas, anda boleh layari laman web e-Solat untuk melihat waktu solat pada hari tersebut.

    Namun jika anda inginkan jadual waktu berbuka puasa yang lengkap sepanjang bulan Ramadhan, lawati laman web Jakim dan dan download waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia. Berikut adalah jadual bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya:

    Selamat menjalani ibadah puasa buat para pembaca Sembang Komputer =)

    Kategori - Laman Web Tiada komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 12
    Aug

    Baca artikel menarik secara rawak di StumbleUpon


    Tweet
    Share

    StumbleUpon adalah sebuah laman web yang membolehkan anda menjumpai pelbagai artikel menarik di Internet berdasarkan minat anda. Artikel yang dipaparkan akan dipilih secara rawak berdasarkan topik kegemaran anda. Baca selanjutnya »

    Kategori - Laman Web 4 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 12
    Aug

    Salam Ramadhan 1431H


    Tweet
    Share

    Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak bagi tahun 1431 Hijrah buat semua pembaca Sembang Komputer.

    Buat para pembaca yang beragama Islam, semoga kita dapat mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan. Bagi para pembaca yang bukan beragama Islam pula, selamat menikmati pelbagai pilihan di Bazaar Ramadhan =)

    Sedar tak sedar, Ramadhan kali ini adalah merupakan Ramadhan tahun ke-3 semenjak Sembang Komputer ditubuhkan. Sekejap sungguh masa berlalu. Andai kata ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita, marilah kita jadikan ia Ramadhan yang terbaik.

    Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pengunjung Sembang Komputer andai ada salah dan silap. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T

    Kategori - Sembang Editor 4 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 04
    Aug

    Ketahui Siapa Yang Unfollow Anda Di Twitter Dengan NutshellMail


    Tweet
    Share

    NutshellMail adalah servis yang menghantar update rakan-rakan anda di Facebook dan Twitter dalam bentuk emel. Servis ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai ramai kawan di Facebook dan Twitter, namun kekurangan masa untuk memeriksa kesemuanya.

    NutshellMail boleh menghantar email harian mengenai update orang/list yang anda follow, terma carian yang anda tetapkan, mention/DM yang dihantar kepada anda, dan banyak lagi mengikut pilihan yang ditetapkan. Baca selanjutnya »

    Kategori - Laman Web 8 Komen setakat ini. Tambah komen anda


  • Page 2 of 57«12345»102030...Last »

Carian


  • Langgan Artikel Kami

    Masukkan alamat emel anda:

    Oleh FeedBurner

  • Pautan

    • Khairul.my
    • Sembang Mac
    • Sembang Web
    • Twitter
  • Sembang Komputer on Facebook
  • RSS Sembang Mac

    • Divvy uruskan saiz dan posisi aplikasi di Mac dengan mudah 14/08/2010
    • Caffeine elakkan Mac anda dari tertidur 04/08/2010
  • RSS Sembang Web

    • Bagaimana nak pasang butang retweet pada blog 22/08/2010
    • Bagaimana nak pasang butang Facebook Share pada entri blog 04/08/2010
  • RSS Khairul.my

    • Never trust a progress bar, especially on a Mac 02/09/2010
    • Windows 7 Snap vs Divvy 24/08/2010

Sembang Komputer © 2010. All rights reserved.
A quality product by KreativeThemes