Bagi menyambung entri yang lepas mengenai subdomain, artikel pada kali ini akan menerangkan secara ringkas mengenai addon domain. Terima kasih kepada Bat melalui perbualan di YM, dan Ejam yang juga memberi penerangan di ruangan komen.
Addon domain adalah satu domain yang berlainan dengan domain asal anda, namun berkongsi hosting yang sama. Contohnya, saya mempunyai domain sembangkomputer.com dengan hosting yang berkapasiti besar, iaitu 10GB ruang simpanan dan 50GB bandwith sebulan. Kemudian, saya membeli satu lagi domain iaitu khairul.my tanpa hosting. Oleh kerana domain pertama saya tadi mempunyai bandwith yang besar (malah, tak terluak pun sebenarnya), saya menjadikan khairul.my sebagai add-on domain kepada sembangkomputer.com
Bergantung kepada pakej yang disediakan oleh penyedia domain/hosting anda, bilangan add-on domain yang boleh ditambah adalah terhad. Pakej DataOne dari dari DataKL misalnya, membenarkan sehingga lima addon domain.
