Opera mempunyai pelbagai keyboard shorcut yang membolehkan anda melayari laman web tanpa menggunakan mouse sekalipun. Ianya tentu berguna apabila mouse anda hilang atau rosak. Bagi saya, saya memang lebih suka meletakkan kedua-dua belah tangan saya di atas keyboard bagi meningkatkan produktiviti sewaktu menaip. Jadi pada kali ini, saya akan meyenaraikan pelbagai keyboard shorcut yang terdapat di dalam Opera.
Apa Itu Boot Sequence?

Boot sequence adalah satu susunan yang menentukan dari mana komputer anda harus membaca data, seterusnya memulakan sistem pengoperasian. Satu aturan boot sequence yang lazim digunakan adalah seperti ini:
- Hard Disk
- Disket
- CD-ROM
Berdasarkan senarai di atas, apabila komputer dihidupkan, ia akan melihat ke dalam hard disk terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sistem pengoperasian dalam hard disk tersebut, ia akan dijalankan. Sekiranya tidak, komputer akan melihat pula ke dalam disket, kemudian ke dalam CD-ROM, dan seterusnya.
Tema Hijau Di Sembang Komputer

Nak cari tema WordPress yang cantik-cantik di Internet adalah satu perkara yang mudah. Namun, nak cari tema yang cantik serta baik budi pekerti CSS nya, adalah satu perkara yang lain pula. Nak lagi apabila keperluan CSS saya sangat cerewet, dengan tujuan memastikan pembacaan di Sembang Komputer dipersembahkan pada tahap yang optimum.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat dari Bat InfoMalaya bagi membuat satu tema yang khas untuk Sembang Komputer. Hasilnya adalah seperti apa yang anda lihat sekarang, sebuah tema yang minimalistik dan menarik, hijau sejuk mata memandang.
Simpan Laman Web Yang Berguna Di Delicious
Delicious adalah laman social bookmarking yang membolehkan anda menyimpan URL bagi laman web yang anda kehendaki. Ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan fungsi bookmark yang sedia ada pada pelayar web, tetapi sebagai menanda satu-satu artikel yang anda rasakan berguna untuk anda, agar mudah dirujuk di kemudian hari.
Belajar Ilmu Pembangunan Web Di AbangWebmaster.com
Assalamualaikum para pembaca, apa khabar? Saya harap para pembaca sihat-sihat saja. Apa perancangan para pembaca di hari minggu ni ya? Sesungguhnya saya tidak keluar ke mana-mana kerana ada kerja pejabat yang perlu disiapkan. Kalau tak siap hari Isnin ni, merah padam la muka penyelia saya, dan tipislah peluang saya untuk naik gaji.
Ha ha ha. Sebenarnya saya dah terpengaruh dengan gaya tulisan di AbangWebmaster.com, sebuah blog yang mengkhususkan kepada ilmu pembangunan laman web.
Gunakan Everything Dengan Lebih Cekap

Sebelum ini saya ada menulis tentang Everything – sebuah perisian yang boleh mencari apa sahaja fail dalam komputer anda dalam sekelip mata. Kini setelah berbulan-bulan menggunakan Everything, ia sudah menjadi satu alat yang wajib ada untuk memudahkan urusan komputer saya setiap hari.
Continue reading
Senarai Blog Komputer Dalam Bahasa Melayu
Ilmu komputer adalah sangat luas, terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari setiap hari. Dan, tiada ilmu yang lebih mudah difahami daripada ilmu yang disampaikan dalam bahasa ibunda sendiri, kan?
Artikel ini akan menyenaraikan blog-blog komputer yang disampaikan dalam bahasa melayu. Jika anda ada sebarang tambahan, sila nyatakan di ruangan komen ya.