Menggunakan Speed Dial Dalam Opera

opera Opera memperkenalkan fungsi Speed Dial semenjak versi 9.2 lagi, dan sejak itu menjadi popular di kalangan pengguna. Para pembangun mula membuat add-on yang serupa untuk Firefox, malah Google Chrome juga turut menyalin fungsi yang sama.

Sudah tentunya, Speed Dial sangat memudahkan kita. Apabila anda buka tab baru dalam Opera, anda akan dipersembahkan dengan 9 kotak yang boleh diisi dengan laman web kegemaran anda. Anda juga boleh menggunakan shortcut key iaitu Ctrl+1 hingga Ctrl+9 untuk membuka mana-mana laman web dalam Speed Dial ini.

Continue reading

Gunakan Sistem Komen Yang Baru Di Blogspot

Blogspot merupakan sebuah platform blog percuma yang hebat, namun sistem komennya sangat menyusahkan. Pop-up window, captcha, dan had identiti menyebabkan saya keluar dari blog tersebut tanpa meninggalkan sebarang komen.

Nasib baiklah kini Blogspot telah menyediakan sistem komen baru yang lebih mudah. Anda cuma perlu melakukan sedikit perubahan bagi mengaktifkan sistem komen yang baru ini. Ikuti langkah-langkah berikut:
Continue reading

Simpan Password Dengan Selamat

password

Sekarang ni, kebanyakan laman web yang anda gunakan memerlukan anda log-in terlebih dahulu. Samada nak baca e-mail di GMail, nak update status di Twitter, ataupun nak hantar cerita ke Negaraku; semuanya memerlukan anda memasukkan username dan password terlebih dahulu. Bukan ini saja, malah anda pastinya mempunyai berpuluh-puluh lagi akaun yang lain.

Oleh kerana kita ni merupakan makhluk yang pelupa, biasanya kita akan menggunakan password yang sama bagi semua akaun, betul tak? Cara ini memang menyenangkan, tapi cuba bayangkan jika seseorang dapat mencuri password anda. Hanya curi satu password sahaja, dia akan dapat akses kepada semua akaun-akun anda yang lain. Habis dibacanya mesej-mesej sulit dalam GMail anda, profile MySpace anda diporak-perandakan, blog anda dirosakkan, dan sebagainya.

Continue reading

Butang Negaraku! Baru

Masih panas lagi dari oven ni (macam kueh raye plak)!

Hari ini Negaraku! melancarkan butang terbaru untuk mengundi. Jika anda masih lagi blur² pasal Negaraku, sila teruskan bacaan anda di sini sebelum memulakan yg ini.

Apa beze yang lame dan baru? Lagi terampil!

Cube tengok sikit butang lama ni. Kelam kabut! Pening orang nak perhati lame². Pendek kate, terlalu “jalang”. Lebih-lebih lagi kalau blog itu sudah cukup serabut dgn widget dan iklan.

Jadi sebagai seorang yg prihatin (cewah!), saya telah mengubah reka bentuk Sistem Undian Negaraku.

Nak tengok butang baru? Silalah lompat. Continue reading

Mendapatkan Kembali gambar Yang Hilang Dari Kamera

Foto-foto di dalam kamera digital anda pastinya sesuatu yang berharga. Kadang-kala, berlaku kecuaian di mana kita delete gambar-gambar ini, atau format memory card secara tidak sengaja. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, anda haruslah menggunakan photo recovery software bagi mendapatkan kembali fambar-gambar tersebut.

Bagi memastikan proses recovery ini berkesan, pastikan anda tidak menangkap gambar lain atau memasukkan data lain ke dalam memory card tersebut. Ini bertujuan supaya data-data lain tak overwrite ke atas foto-foto yang hilang tadi, dan menambahkan kemungkinan untuk mendapatkannya kembali.

Ada beberapa software yang boleh digunakan untuk recover foto dari memory card di kamera. Antaranya ialah (dari SnapFiles):

Continue reading