Opera Portable – Bawa Opera Anda Ke Mana Jua

opera-icon

Saya melayari Internet pada banyak komputer. Di rumah, di pejabat, dan di cyber cafe. Sebagai pengguna Opera, saya menyimpan banyak settings seperti Wand, Bookmarks, Mail, dan sebagainya. Kalau saya bertukar ke komputer baru, saya harus memindahkan segala settings ini. Saya terpaksa import Bookmarks, isikan auto-complete forms, penuhkan Wand, dan banyak lagi. Bayangkan betapa peritnya untuk saya ulang perkara yang sama setiap kali.

Hari ini, saya terjumpa sesuatu yang sangat mengujakan. Yuku dari Kejut (sahabat kita dari Indonesia!) telah membina Opera versi mudah-alih yang dipanggil sebagai Opera Portable. Dengan Opera Portable, saya boleh bawa Opera ke mana-mana jua bersama settings saya. Antara kelebihan-kelebihan Opera Portable (dari Kejut):

Continue reading

Nilai Sekilo Buah

Budak itu diikat pada van, ditanggalkan bajunya. Orang kat depan tinggi-tinggi, sukar untuk aku melihat, tapi aku agak budak itu mungkin tingkatan empat atau lima. Dia diaibkan dan dihina. Atas kesalahan apa? Kerana mencuri sekilo buah.

Betapa bangsat pekedai yang memberi hukuman tidak setimpal dengan dosa. Lagi bangsat orang ramai yang berkerumun, seakan ada pesta. Paling bangsat orang yang merakam dengan telefon bimbit berkamera, nak buat apa? Nak siarkan di warta perdana?

Bodoh. Hanya kerana sekilo buah, dia diperlakukan sebegitu. Berapa ringgit sangat sekilo buah tu? Ada sampai beratus-ratus? BUDAK TU LAPAR, TAU TAK? Oh, engkau seronok dapat tengkap pencuri, pastu buat sesuka hati. Mentang-mentang ni tempat engkau. Silap. Ini bukan tempat engkau. Ini Bumi Tuhan.

Dan Tuhan itu Maha Adil. Mungkin bukan kamu, tapi anak-anak lelaki kamu, suatu hari nanti, akan dapat balasan yang sama. Ingat-ingatkanlah.

Continue reading

Ringankan Yahoo Messenger Anda Dalam 5 Minit!


Aku adalah pengunna tegar YM! sejak dari sekolah (university) lagi. Banyak kawan-kawan aku di sana walaupun aku telah berpindah ke Gmail/Gtalk.

Task Manager

Task Manager

Seperti MK, aku gemar cuba-cuba IM all-in-one yg lain seperti Miranda, Pidgin, Digsby dan Trillian. Walaupun mereka tampak hebat, tak de satu pon user friendly. Nak transfer file pon susah, apetah lagi nak voice chat atau webcam.

Satu masalah utama Yahoo! Messenger adalah ia terlalu berat. Terkadang membuat PC ‘hang’. Bile dah ‘hang’, macam-macam jenis jampi keluar. Lebih-lebih lagi bile kite tgh sibuk pujuk si-dia.

Jadi sebagai seorang Geek, saya telah melucutkan segale mende yg tak perlu dalam Yahoo! Messenger. Sebab tak penting pon feature-feature tersebut.

Konfigurasi Komputer: Windows XP Pro.
Versi Yahoo Messenger: Yahoo Messenger 6.1 [oldapps.com]

Cube lihat task manager ini. 26MB Yahoo! Messenger makan. Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, silalah lompat. Continue reading

Blog Peribadi Pilihan MK

Saya adalah seorang yang sibuk. Kadang-kadang habis kerja lewat, pukul 7 malam baru sampai di rumah. Setelah mandi, solat, basuh baju,  makan, kemas rumah, dan segalanya; waktu malam yang tinggal akan digunakan untuk membalas komen-komen di SembangKomputer.com, dan membaca blog-blog komputer kegemaran saya.

Namun jika ada masa, saya juga suka untuk melawati blog-blog jenis peribadi. Ia bagaikan mendengar penulis tersebut bercerita di hadapan kita. Gabungan humor, sinikal, dan puitis adalah antara kriteria-kriteria yang membuatkan saya terikat pada satu-satu blog. Di sini, saya ingin kongsi blog-blog kegemaran saya (tidak mengikut sebarang susunan):

Continue reading

Mengapa Saya Benci Nak Komen Di Blogspot

Sekali-sekala, saya suka melawat blog-blog baru tempatan yang kini makin bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakan orang yang baru berjinak-jinak dengan blog ini biasanya akan menggunakan Blogspot. Kalau saya jumpa sebarang tulisan yang menarik, saya akan tinggalkan komen. Namun, niat nak bagi komen itu akan terhalang jika saya jumpa perkara-perkara macam ni:

Continue reading

Gimp 2.6 Telah Dilancarkan

gimp

GIMP, iaitu singkatan kepada GNU Image Manipulation Program adalah software untuk mengubahsuai imej dan gambar. Walaupun ianya tidak secanggih Adobe Photoshop, namun GIMP adalah percuma dan open source.

Baru-baru ini, pihak pembangun GIMP telah melancarkan versi yang terbaru, iaitu GIMP 2.6. Antara peningkatan yang telah dilakukan terhadap versi ini adalah dari segi user interface (UI). Antaranya, menu dari Toolbox kini telah dipindahkan ke window utama untuk memudahkan anda.

Continue reading

Tulislah Dengan Penuh Warna-warni

telescopic

Sedang berkunjung ke blog Bob, saya terjumpa sebuah laman web yang menarik. Cuba anda lawati laman web ini, dan klik pada perkataan-perkataan telah di-highlight. Apabila anda klik pada satu-satu perkataan, ia akan mengembang kepada ayat yang lebih panjang. Menarik, bukan?

Sebenarnya apa yang menarik di sini bukanlah sekadar efek khas pada laman web tersebut. Apa yang lebih menarik ialah, bagaimana si penulis mampu menukarkan sebaris ayat yang pendek dan bosan, kepada sebuah cerita yang menarik dan penuh drama.

Continue reading