Bila sebut Internet, mesti adegan seperti Firefox, Opera, Safari, Internet Explorer terpampang di kepala. Baru-baru ini LunarScape melancarkan pelayar terbaru mereka.

Lunascape5 adalah gabungan 3 enjin; Trident + Gecko + Webkit
- IE menggunakan Trident
- Firefox menggunakan Gecko
- Chrome dan Safari menggunakan Webkit
Pada mulanya, saya sendiri agak terperanjat mendengarkan gabungan ke 3-3 enjin ini, sebab saya tahu mesti lagi lambat sebab halaman web mestilah di-render sebanyak 3 kali. Terbukti saya salah.

Menurut benchmark yang dilakukan, Lunascape5 mengalahkan pelayar-pelayar lain dengan mudah.
Kemudahan lain juga tidak diketepikan juga, seperti kemudahan untuk bookmark, menyimpan kata laluan dan sebagainya. Lunascape5 juga turut menyediakan kemudahan untuk pembina laman web.

Tak guna cerita saja, apa kata cuba dahulu. Muat turun di halaman Lunascape5
Filed under - Firefox, Opera, Perisian
Di sesetengah tempat (terutamanya di pejabat kerajaan), Yahoo Messenger di-block daripada digunakan. Ini menyebabkan klien multi-IM berdasarkan desktop seperti Miranda IM dan Digsby juga turut dihalang daripada log in ke dalam akaun Yahoo Messenger.
Dalam keadaan seperti inilah saya akan menggunakan klien multi-IM yang berdasarkan web, kerana ia dapat log-in ke dalam apa-apa jenis IM tanpa sebarang masalah. Ia juga mudah diakses dan tidak memerlukan sebarang proses install. Klien multi-IM berdasarkan web ini termasuklah imo.im, Meebo, dan eBuddy:
Read the rest of this entry »
Filed under - Laman Web

Sesetengah pengguna Blogspot menggunakan fungsi embedded comments supaya pembaca boleh terus memberi komen pada entri tanpa perlu membuka pop-up window yang lain. Kini, Blogspot memperbaiki fungsi tersebut dengan memboleh imej profile turut dipaparkan di sebelah embedded comments.
Untuk mengaktifkan fungsi ini, log in ke dalam akaun Blogspot anda dan pergi ke bahagian Settings > Comments. Tandakan “Yes pada Show pofile images on comments?”

Kemudian klik butang Save Settings untuk menyimpan tetapan anda.
Filed under - Buat Blog
Picasa 3.5 kini membawa fungsi pengecaman wajah, dan memudahkan anda untuk mencari gambar berdasarkan nama orang yang berda di dalam gambar tersebut.
Kali pertama anda membuka Picasa (setelah install), ia akan scan kesemua koleksi gambar untuk mengenalpasti wajah-wajah yang terdapat di dalamnya. Kemudian anda boleh berikan nama kepada wajah-wajah tersebut.
Setelah anda memberikan nama, Picasa akan menyusun wajah-wajah yang sama yang dijumpai.
Read the rest of this entry »
Filed under - Perisian