Memasukkan Kod Secara Automatik Dalam Notepad++

Dalam proses menulis kod bagi sesebuah laman web, biasanya ada sejumlah kod yang kerap kali dimasukkan. Sebagai contoh, sewaktu menulis kod dalam HTML, saya banyak memasukkan kod untuk komen, iaitu seperti berikut:

<!-- Komen dalam fail HTML -->

Ianya agak melecehkan sekiranya saya terpaksa menaip kod yang sama berulang kali. Untuk menjimatkan masa, saya tetapkan kod ini kepada satu macro. Untuk mula membuat macro, pergi kepada menu Macro > Start Recording. Kemudian, tuliskan kod anda. Dalam contoh ini, saya taipkan <!– –> kemudian saya letakkan kursor di tengah-tengah kod tersebut. Pergi kepada menu Macro > Stop Recording. Untuk menyimpan macro yang anda baru buat tadi, pergi kepada menu Macro >Save current recorded macro”. Anda juga boleh tetapkan shorcut key kepada macro tersebut. Selepas ini, setiap kali anda menekan shortcut key tersebut, kod itu akan ditapikan secara automatik.

Continue reading

Install WordPress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico

Pada entri yang lepas, saya telah menerangkan dengan panjang lebar tentang cara-cara untuk memasang WordPress pada domain dan hosting anda sendiri. Ini merupakan cara yang manual. Jika anda inginkan cara yang lebih mudah, anda bolehlah menggunakan Fantastico De Luxe.

Nota: Bergantung kepada syarikat yang menyediakan hosting untuk anda, aplikasi Fantastico ini mungkin ada ataupun tidak. Semak dengan pakej yang beli dari syarikat tersebut terlebih dahulu.

Fantastico De Luxe akan menjalankan sebahagian besar proses pemasangan WordPress secara automatik. Anda tidak perlu download fail WordPress dan upload ke server, buat database dan sebagainya. Apa yang perlu anda buat hanyalah isi beberapa maklumat, dan blog WordPress anda akan siap sedia untuk digunakan. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menjalankan proses pemasangan WordPress melalui Fantastico:

Continue reading

Digsby Kini Lebih Baik

Digsby

Saya ada menulis tentang Digsby sewaktu ia baru dikeluarkan dahulu. Dengan software ini, anda boleh log-in ke dalam YM, Google Talk, dan MSN pada masa yang sama. Ia juga berfungsi sebagai klien emel yang membolehkan anda membaca dan membalas emel terus dari Digsby. Bukan itu sahaja, malah akaun MySpace, Facebook, dan Twitter juga turut boleh dimasukkan ke dalam Digsby. Fungsi semua dalam satu inilah yang menjadikan Digsby sebuah software yang sangat popular.

Baru-baru ini, Digsby telah membaiki kelemahan terbesarnya, iaitu penggunaan memori yang terlalu besar. Jika dahulu, penggunaan memori Digsby boleh mencapai sehingga 100 MB, tapi kini ianya kekal di bawah 30 MB pada komputer saya.

Continue reading