Ketahui Apa Yang Memakan Ruang Hard Disk Anda Dengan Disktective

disktective

Saya baru sahaja mendapat mesej “Low Disk Space” dari Windows yang menyatakan ruang pada Local Disk (C:) saya hampir penuh. Ini membuatkan saya tertanya, fail apa yang besar sangat sampai nak penuh partition saya ni?

Anda juga pastinya pernah mengalami situasi yang sama. Bagi membantu anda mengenalpasti fail-fail manakah yang banyak menggunakan ruang pada partition anda, gunakan Disktective.

Continue reading

7 Plugin WordPress Untuk Memudahkan Kerja Anda

Produktiviti merupakan satu kata kunci yang penting bagi seorang penulis blog. Sekiranya ada jalan yang membolehkan kami bekerja dengan lebih pantas (walaupun bezanya hanya beberapa saat), itu lebih baik. Nasib baiklah WordPress menyediakan pelbagai plugin yang akan dapat memudahkan kerja anda. Di sini saya ingin perkenalkan tujuh plugin WordPress yang akan dapat membantu penulis blog supaya lebih cekap dan efisien:

Continue reading

Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk

Soalan:

Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?

Penerangan:

Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Continue reading

Tukarkan Fail PDF Kepada Word Dengan SomePDF

SomePDF Converter Baru sahaja saya menulis sebuah entri tentang cara-cara menukarkan dokumen kepada fail PDF. Bagaimana pula jika sebaliknya?

Anda boleh gunakan servis online seperti Zamzar dan Koolwire untuk menukar format fail PDF kepada DOC. Namun jika anda lebih gemarkan perisian yang anda boleh download dan simpan dalam PC anda, serta boleh dijalankan tanpa perlu sambungan Internet, cubalah SomePDF to Word Converter.

Continue reading

Jadikan Firefox atau Opera Sebagai Browser Utama

Soalan dari Amir:

Bagaimana nak jadikan Firefox sebagai Web Browser utama? Nak guna IE, lembab ah..

Hakikatnya, Internet Explorer memang tak syok. Bak kata Affuan – IE tak best, tak lemak berkrim, dan lembab! Sudah sampai masanya anda bertukar kepada Firefox ataupun Opera. Ya, sekarang juga.

Baiklah, bagi menjawab soalan Amir, saya akan tunjukkan cara-cara untuk menjadikan Firefox atau Opera sebagai Web Browser yang utama. Ikuti langkah-langkah yang diberikan:

Continue reading