• Utama
  • Arkib
  • Tentang

Sembang Komputer

Teknik dan panduan komputer, software, dan Internet

  • Perisian
  • Laman Web
  • Masalah Komputer
  • Opera
  • Firefox
  • Chrome
  • 26
    May

    Rekodkan Apa Sahaja Dengan Daytum


    Tweet
    Share

    Jika anda seorang yang tertarik dengan nombor, graf, dan statistik; anda pastinya akan menyukai Daytum. Daytum adalah sebuah aplikasi web yang membolehkan anda merekodkan apa sahaja dalam hidup anda dengan nombor.

    Sebagai contoh, anda ingin merekodkan berapa lama anda bersenam setiap hari. Jika anda bersenam sebanyak 30 minit hari ini, masukkan “senaman : 28″ pada Daytum, begitu juga pada hari-hari berikutnya.

    daytum-input.png

    Kelebihan Daytum adalah, segala data yang anda masukkan boleh divisualkan dalam bentuk senarai, graf, dan carta. Malah ia juga boleh mengira jumlah terbesar, purata, dan sebagainya.

    daytum-charts.png

    Adakah anda merekodkan apa-apa dalam hidup seharian anda? Jika ya, cara apakah yang anda gunakan?

    [Laman web: Daytum]

    Kategori - Laman Web 8 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 21
    May

    ReclaimPrivacy.org Membantu Anda Untuk Mengawal Privasi Di Facebook


    Tweet
    Share

    Masalah privasi di Facebook semakin merunsingkan. Segala informasi mengenai anda termasuklah gambar, kemaskini status, dan lokasi anda boleh didedahkan kepada seluruh dunia. Meskipun anda boleh mengawal maklumat mana yang dikongsi, namun ianya mengelirukan, lebih-lebih lagi buat pengguna biasa.

    ReclaimPrivacy.org boleh membantu anda untuk mengawal privasi di Facebook dengan mudah. Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke laman web tersebut dan letakkan bookmarklet “Scan for Privacy” ke bookmark anda.

    Kemudian buka halaman privasi Facebook anda dan klik pada bookmarklet tersebut.

    Bookmarklet tersebut akan menunjukkan maklumat apa yang didedahkan kepada orang ramai, dan apa  yang perlu anda buat untuk mengawalnya. Ubah apa yang patut untuk menjadikan Facebook anda lebih selamat.

    Namun perlu diingat, segala maklumat anda masih disimpan oleh Facebook. Jika anda inginkan lebih privasi, padamkan saja akaun Facebook anda :)

    (via InfoMalaya)

    Kategori - Laman Web 8 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 21
    May

    Tips Google Chrome: Buat Carian Khusus Laman Web Terus Dari Address Bar


    Tweet
    Share

    Seperti yang anda telah ketahui, address bar pada Google Chrome bukan sahaja berfungsi untuk menaip alamat URL, malah boleh digunakan untuk membuat carian Google (atau mana-mana enjin carian pilihan anda).

    Namun tahukah anda bahawa anda boleh membuat carian bagi laman web itu sendiri? Sebagai contoh, anda mungkin selalu pergi ke YouTube dan mencari video menggunakan kotak carian yang disediakan. Namun anda boleh lakukan semua ini terus dari address bar pada Google Chrome.

    Caranya adalah dengan menaip URL laman web dan tekan tab. Perkataan pada address bar akan bertukar kepada “Search (nama laman web)” dan anda boleh masukkan apa yang ingin dicari, dan terus tekan Enter.

    Fungsi ini tampak kecil, namun ia telah menjimatkan satu langkah dalam urusan Internet harian anda. Bayangkan berapa banyak masa dan tenaga dapat anda jimatkan apabila fungsi ini digunakan selalu.

    Nota: Untuk memastikan fungsi ini berfungsi bagi laman web yang ingin dicari, pastikan anda telah menggunakan kotak carian yang asal di laman web tersebut sekurang-kurangnya sekali.

    Kategori - Chrome 4 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 19
    May

    Dapatkan Tiket Percuma Ke Youth’10 – Festival Belia Terbesar Di Malaysia!


    Tweet
    Share

    Festival belia terbesar di Malaysia kembali lagi dengan lebih dari 100 acara yang akan dilangsungkan. Festival yang bertempat di menara PWTC Kuala Lumpur ini sepanjang tiga hari dari 28 hingga 30 Mei 2010.

    Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Youth’10 Conferences di mana personaliti-personaliti terkemuka tanahair seperti Dato’ Rocky Bru, Paul Moss, dan Fara Fauzana akan hadir untuk berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan mereka.

    Tidak lupa juga konsert yang melibatkan stesen radio terkenal Hot FM, One FM, dan Fly FM; menampilkan artis-artis popular seperti Azlan & The Typewriter, Bittersweet, dan Suki.

    Baca selanjutnya »

    Kategori - Sembang Editor 4 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 02
    May

    Install Software Pada Komputer Dengan Mudah Menggunakan Ninite


    Tweet
    Share

    ninite

    Biasanya selepas format komputer pelanggan, saya akan install software yang asas seperti Firefox, Adobe Reader, dan Yahoo Messenger. Jadi saya muatkan kesemua software ini ke dalam pen drive untuk dibawa ke mana-mana. Masalahnya, saya perlu selalu memeriksa koleksi software tersebut supaya ia menggunakan versi yang terkini. Dan kadang-kala saya terlupa juga untuk membawa pen drive.

    Cara yang lebih mudah adalah dengan download software terus dari komputer pelanggan. Namun tidak perlulah pergi ke laman web yang berkaitan satu-persatu, kerana Ninite akan melakukannya untuk anda. Laman web Ninite mengandungi pelbagai pilihan software yang paling asas untuk Windows. Anda hanya perlu pilih software yang anda mahu dan klik download. Setelah download selesai, buka fail tersebut dan Ninite akan install kesemua software secara automatik.

    Jika anda mempunyai sambungan Internet yang stabil, Ninite adalah cara yang sangat menjimatkan masa untuk melengkapkan sebuah komputer baru.

    Kategori - Perisian 26 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 20
    Apr

    Dengar Lagu Secara Percuma Di Grooveshark


    Tweet
    Share

    Laman web Grooveshark membolehkan anda mendengar lagu secara percuma. Lagu ini hanya boleh didengar secara online dan tidak boleh dimuat-turun.

    Grooveshark menawarkan fungsi carian yang mudah, di mana anda boleh mencari lagu berdasarkan tajuk lagu mahupun nama artis. Anda juga boleh menyimpan senarai lagu-lagu kegemaran anda di dalam akaun Grooveshark.

    Tidak ketinggalan, Grooveshark juga menawarkan fungsi sosial di mana anda boleh mengikuti akaun Grooveshark kawan anda dan berkongsi lagu-lagu pilihan mereka.

    Layari laman web Grooveshark.

    Kategori - Laman Web 17 Komen setakat ini. Tambah komen anda

  • 18
    Apr

    Tangkap Screenshot Di Firefox Dengan Fireshot


    Tweet
    Share

    Seorang blogger biasanya banyak menangkap screenshot tentang laman web untuk dimuatkan ke dalam entri blog mereka. Web designer pula mengumpul screenshot tentang laman web yang menarik untuk dijadikan bahan rujukan.

    Bagi pengguna Firefox, anda boleh gunakan Fireshot untuk kerja-kerja seperti ini. Ia boleh menangkap kawasan yang kelihatan pada browser, mahupun keseluruhan halaman termasuklah bahagian laman web yang perlu di-skrol untuk dilihat.

    fireshot

    Fireshot juga menyediakan editor imej yang mempunyai fungsi-fungsi asas seperti crop, resize, serta menambah teks dan anak panah ke atas screenshot.

    Download di sini: Fireshot

    Kategori - Firefox 13 Komen setakat ini. Tambah komen anda


  • Page 4 of 57« First...«23456»102030...Last »

Carian


  • Langgan Artikel Kami

    Masukkan alamat emel anda:

    Oleh FeedBurner

  • Pautan

    • Khairul.my
    • Sembang Mac
    • Sembang Web
    • Twitter
  • Sembang Komputer on Facebook
  • RSS Sembang Mac

    • Divvy uruskan saiz dan posisi aplikasi di Mac dengan mudah 14/08/2010
    • Caffeine elakkan Mac anda dari tertidur 04/08/2010
  • RSS Sembang Web

    • Bagaimana nak pasang butang retweet pada blog 22/08/2010
    • Bagaimana nak pasang butang Facebook Share pada entri blog 04/08/2010
  • RSS Khairul.my

    • Never trust a progress bar, especially on a Mac 02/09/2010
    • Windows 7 Snap vs Divvy 24/08/2010

Sembang Komputer © 2010. All rights reserved.
A quality product by KreativeThemes