Bersihkan komputer daripada perisian yang tidak akan anda gunakan

Komputer berjenama seperti Dell, HP, dan Toshiba biasanya datang dengan pelbagai perisian tambahan yang sedia dipasang, termasuklah Windows 7 (dengan lesen yang sah), Microsoft Office, dan sebagainya. Sungguhpun sebilangan perisian ini sangat penting buat anda, terdapat juga sebilangan besar yang lain yang tidak anda perlukan.

Saya baru sahaja mendapat komputer Dell yang baru, dan apabila saya periksa senarai perisian pada Contol Panel, terdapat banyak daripadanya yang tidak akan saya gunakan termasuklah Roxio, Skype Toolbar, dan banyak lagi. Malah, perisian anti-virus McAfee juga sangat menjengkelkan dengan notifikasi kemaskininya yang meminta saya untuk restart komputer setiap dua hari.

Bersihkan komputer anda daripada barang-barang yang tidak akan anda gunakan

Meskipun perisian-perisian ini tidaklah terlalu membebankan komputer anda, anda boleh membuangnya sekiranya anda pasti ianya tidak penting. Buka ‘Contol Panel’ > ‘Uninstall a program’ untuk melihat senarai perisian yang boleh anda buang.

Anda juga boleh mengelakkan sesetengah service atau aplikasi dari berjalan secara automatik apabila Windows dimulakan. Ini boleh dilakukan pada perisian yang anda gunakan sekali-sekala, namun tidak terlalu penting sehingga perlu dijalan secara automatik.

Buka System Configuration dengan menekan kekunci Win+R dan taipkan ‘msconfig’. Lihat pada bahagian Services (pastikan anda menandakan ‘Hide all Microsoft services’ terlebih dahulu) dan juga Startup. Kosongkan kotak pada aplikasi yang tidak penting.

Bagaimana hendak tahu samada perisian ini boleh dibuang?

Sekiranya anda tidak pasti samada perisian tersebut boleh dibuang atau tidak, buat carian terlebih dahulu di Google mengenainya. Jangan risau sekiranya anda ada membuat kesilapan, anda boleh muat turun kembali perisian tersebut dan pasang semula pada komputer anda.

Gunakan 1 jam sahaja untuk menjaga komputer anda, dan selebihnya untuk menggunakannya!

Aktiviti pembersihan ini boleh dilakukan dalam masa 30-60 minit tanpa perlu sebarang perisian tambahan. Ianya bertujuan untuk membebaskan komputer anda daripada perisian yang anda pasti tidak akan anda gunakan.

Namun ingat, jangan terlalu obses dengan proses optimization dan tweaking ini sehingga anda melakukannya setiap hari. Komputer dicipta untuk memudahkan kerja anda, bukannya untuk memeningkan anda. Luangkan masa anda dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti menulis blog, coding program, ataupun bermain game!

Terokai bandar anda dengan bantuan Google, Twitter dan Facebook

Bagi seorang yang menggunakan pengangkutan awam dan tidak mempunyai sebarang smartphone, adalah amat penting bagi saya untuk membuat sedikit kaji selidik mengenai tempat yang saya tuju sebelum saya keluar rumah. Hanya 5 ke 10 minit sahaja masa yang diperlukan di Internet untuk membuat persediaan ini, namun ia akan menjimatkan banyak masa dan wang dalam perjalanan anda.

Sebelum anda keluar rumah, pastikan anda tahu apa yang anda hendak capai, dan ke mana perlu anda pergi.

Baru-baru ini saya ingin membuat cermin mata yang baru, namun saya tidak tahu tempat manakah yang bagus dan murah. Jadi saya ajukan soalan di Twitter dan Facebook. Social media adalah alat yang sangat bagus untuk mendapatkan cadangan.

Anda akan kecewa jika anda cuba untuk bertanya soalan yang sama pada search engine, kerana ia tidak bercakap dalam bahasa manusia. Sebaliknya, search engine berguna apabila anda sudah pasti maklumat apa yang anda ingin cari. Saya gunakan Google Maps untuk mengetahui jalan yang perlu diambil untuk sampai ke The Curve.

Sebagai persediaan, saya selalu catat alamat tempat yang dituju pada buku nota yang dibawa bersama. Bagi kemudahan pemandu teksi, adalah penting untuk anda mengetahui nama bangunan yang anda tuju, atau sebarang pusat membeli-belah / taman perumahan yang berdekatan.

Dengan alat-alat yang sedia ada seperti ini, tiada alasan untuk anda tidak keluar dan meneroka bandar anda kerana ianya sangat mudah dan murah. Jika dua tempat yang anda ketahui hanyalah rumah anda dan sekolah/pejabat, sudah sampai masanya untuk anda keluar rumah dan cuba sesuatu yang baru.

Catatkan tugas dan temujanji pada Google Calendar

Senarai tugas yang perlu dibuat selalu gagal buat saya. Tiap kali saya melihat senarai yang telah saya tulis, saya jadi lemah semangat mengingatkan berapa banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Catatkan tugas-tugas pada Google Calendar

Kini saya cuba untuk meletakkan tugas-tugas tersebut pada Google Calendar pula. Kebanyakan (jika tidak semua) tugas yang dilakukan di pejabat mempunyai tarikh siap yang tertentu, jadi saya letakkanya pada tarikh tersebut.

Anda boleh menghantar peringatan dari Google Calendar terus ke telefon bimbit anda. Pergi kepada Settings > Mobile Setup, dan masukkan nombor telefon anda di ruang yang disediakan.

Kaedah Google Calendar ini berbeza dari senarai tugas yang biasa, kerana anda hanya melihat tugas yang perlu anda buat pada hari tersebut sahaja, dan tidak terbeban dengan yang lain. Dengan ini, senanglah untuk anda menumpukan perhatian dan mengurangkan risau.

Catatkan temujanji pada Google Calendar

Google Calendar juga sangat sesuai untuk mencatatkan temujanji-temujanji anda. Semak ia sebelum membuat temujanji agar ia tidak berselisih dengan temujanji yang sedia ada.

Bagaimana anda menguruskan tugas-tugas anda?

Saya masih lagi dalam fasa ujikaji menggunakan Google Calendar, dan melihat bagaimana ia boleh membantu saya dalam kerja dan kehidupan seharian.

Bagaimana pula dengan anda, adakah anda menggunakan sebarang kaedah tertentu untuk meningkatkan kecekapan? Kongsi pengalaman dan pendapat anda dalam ruangan komen!

Lima perkara yang lebih kerap saya lakukan dengan Maxis Wifi dan iPad

Walaupun tablet seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab adalah semakin popular kini, ianya masih dilihat sebagai gajet mewah yang hanya dimiliki oleh orang yang mampu sahaja. Ianya tidaklah dilihat sebagai suatu keperluan seperti komputer ataupun smartphone.

Jadi adakah iPad dapat membantu anda dalam urusan harian samada kerja atau peribadi, ataupun ia hanyalah gajet hiburan yang mahal? Dalam siri dua entri ini, saya akan menyenaraikan pengalaman peribadi saya dengan iPad dan modem Wifi, serta bagaimana ia telah mengubah cara saya menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian saya.

Continue reading

Mudahkah menggunakan iPad?

iPad dibina dengan sistem operasi iOS, iaitu sistem operasi yang sama terdapat dalam iPhone. Bezanya adalah iOS pada iPad dipertingkatkan untuk kegunaan skrin yang lebih besar.

Jika anda ada mengikuti pekembangan terbaru mengenai iPad 2, sistem operasi yang digunakan pada iPad dan iPad 2 adalah sama. Jadi pada entri kali ini, saya akan membuat ulasan terperinci mengenai sistem operasi skrin sentuh ini, dan bagaimana anda boleh menggunakannya dengan sepenuhnya.

Continue reading