Rekabentuk iPad yang sempuna

Walaupun kini terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang membolehkan anda melayari Internet dengan serta-merta, namun skrin telefon yang kecil tidak menggalakkan pengguna untuk membaca artikel yang panjang. Manakala komputer riba pula sudah tentunya tidak mudah dibawa ke mana-mana, meskipun mampu menyediakan ruang skrin yang besar untuk pembacaan.

Di sinilah iPad direka untuk dijadikan sebagai alat membaca yang mudah dibawa dan masih menyediakan ruang skrin yang besar untuk pengalaman membaca yang memuaskan. Jadi pada entri kali ini, kita akan lihat rekabentuk iPad yang dibina khas untuk memenuhi kehendak ini:

Continue reading

Pengenalan kepada iPad

Alhamdulillah, sekali lagi Sembang Komputer telah terpilih untuk program Maxis10, dan kali ini terdapat dua produk untuk diulas iaitu iPad dan modem Wi-Fi daripada Maxis.

Bagi entri yang pertama dalam siri Maxis10 ini, saya akan membuat pengenalan kepada iPad dalam bentuk video supaya para pembaca dapat melihat sendiri bagaimana lancarnya pengalaman menggunakan skrin sentuh di iPad. Selamat menonton.

Nota: Terima kasih kepada Maxis kerana menaja program ini, dan juga April Yim kerana bersusah-payah membantu saya mendapatkan iPad dan modem Wi-Fi :)

Bagaimana nak cari rumah/bilik sewa di Internet

Saya ingat lagi pada tahun lepas, saya ingin mencari rumah sewa di sekitar Selangor. Jadi saya pergilah berjalan di bawah terik matahari untuk melihat mana-mana iklan yang ditampal di stesen bas ataupun tiang lampu. Sehinggalah satu hari kawan saya menegur, “Kenapa tak cari kat Mudah.my je?”

Rupa-rupanya laman web sebegini sudah sangat terkenal di kalangan pengguna Internet di Malaysia. Malah terdapat banyak rumah/bilik sewa yang diiklankan setiap hari. Laman-laman web sebegini termasuklah:

mudah.my

mudah.my adalah laman web jual-beli yang paling popular di Malaysia. Ia mempunyai fungsi carian yang sangat terperinci di mana anda boleh menyatakan ciri-ciri bagi rumah/bilik yang anda ingin cari.

Oleh kerana mudah.my bukanlah laman web jual-beli yang khusus untuk rumah dan bilik sewa, anda disarankan untuk turut melawat laman yang lain.

caribilik.my

caribilik.my adalah laman web yang khusus buat bilik untuk disewa. Saya suka rekabentuk muka hadapan caribilik.my, di mana mereka terus meletakkan kotak carian untuk kemudahan pengguna. Anda boleh terus memasukkan nama kawasan ke dalam kotak carian ni.

Laman web ini juga boleh menapis hasil carian berdasarkan kaum dan jantina yang dikehendaki oleh bilik sewa tersebut.

Let A Room

Let A Room merupakan satu lagi laman web buat bilik untuk disewa. Meskipun laman web ini mempunyai rekabentuk yang tidak terurus, namun ia masih berguna untuk mencari rumah/bilik untuk disewa.

Nokia N8 – Menguji kualiti gambar dari kamera 12 Megapiksel

Nokia N8 dibina dengan spesifikasi perkakasan yang agak tinggi, terutamanya pada kamera. Dengan kamera 12 Megapiksel, flash Xenon, dan lensa Carl Zeiss, ianya setanding dengan kebanyakan kamera point-and-shoot yang terdapat di pasaran.

Namun, spesifikasi yang canggih belum cukup untuk meyakinkan kualiti kamera. Jadi saya telah cuba menggunakan kamera Nokia N8 ini buat beberapa hari untuk melihat kualiti gambar yang ditangkap. Hasilnya adalah seperti di bawah:

Gambar pada jarak dekat, tanpa flash

Continue reading

Pandang pertama Nokia N8

Seperti yang dinyatakan pada entri lepas, Sembang Komputer bertuah kerana dipilih untuk mengulas mengenai telefon pintar (smartphone) Nokia N8. Jadi saya berpeluang untuk menggunakan telefon ini semenjak Selasa hinggalah ke hari ini. Anda semua pasti ingin tahu mengenai prestasi dan fungsi-fungsi yang terdapat pada Nokia N8, teruskan membaca :D

Kali pertama menggunakan telefon pintar

Sebelum saya memulakan ulasan saya, perlu saya beritahu kepada para pembaca bahawa ini adalah kali pertama saya menggunakan telefon pintar. Jadi saya tidak dapat membuat sebarang perbandingan antara Nokia N8 dengan telefon yang lain. Namun buat pembaca yang juga tidak pernah menggunakan telefon pintar, ulasan ini pasti akan berguna buat anda.

Pengenalan kepada Nokia N8

Antara perkara paling asas yang perlu anda ketahui mengenai Nokia N8:

  • Menggunakan sistem operasi Symbian^3
  • Mempunyai kamera 12 Megapiksel yang dilengkapi lensa Carl Zeiss dan Xenon
  • Menyediakan sistem navigasi Ovi yang percuma dan boleh digunakan secara offline

Nokia N8 dan kelengkapannya

Berikut merupakan segala alatan yang hadir bersama kotak Nokia N8:

Continue reading