Sembang Komputer terpilih untuk program Maxis10 – Nokia N8!

Alhamdulillah, saya telah terpilih untuk Maxis10 Reviewers Programme bagi Nokia N8. Program ini memerlukan saya untuk mengulas mengenai Nokia N8 secara telus agar dapat dikongsi bersama semua pembaca Sembang Komputer.

Malangnya apabila saya pergi untuk mendapatkan unit saya tempoh hari, ianya tidak berfungsi. Jadi saya perlu tunggu untuk mendapatkan unit yang lain dari Maxis. Harap-harap saya dapatlah unit yang berwarna hijau kerana ia sangatlah comel :P

Sementara itu, anda boleh baca ulasan dari blogger Maxis10 yang lain!

Uruskan emel anda dengan Gmail Priority Inbox

Pengguna Gmail yang biasa menggunakan Label dan Star untuk menguruskan emel kini akan berterima kasih dengan satu lagi fungsi yang diperkenalkan oleh Google, iaitu Priority Inbox.

Priority Inbox mengasingkan emel-emel anda supaya anda mudah untuk memberikan perhatian kepada emel yang lebih penting. Perkara ini dilakukan secara automatik berdasarkan interaksi anda dengan emel tersebut. Anda juga boleh menanda sesuatu emel itu sebagai penting atau tidak penting secara manual.

Continue reading

Salam Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum dan salam sejahtera. MK dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap.

Sempena raya ni, ambil peluang untuk cium peluk mak abah, beritahu mereka yang anda sayangkan mereka. Sekiranya sudah tiada, sedekahkanlah doa. Semoga kita sentiasa berada di kalangan orang yang bersyukur =)

Ketahui pelbagai kegunaan Google di Things to do

Sebut sahaja Google, semua orang tahu ia adalah tempat untuk mencari maklumat di Internet. Namun sebenarnya Google mempunyai banyak lagi kegunaan yang lain, samada melalui enjin cariannya ataupun servis-servis Google yang lain.

Things to do adalah sebuah laman yang dibina oleh Google UK untuk menerangkan pelbagai kegunaan Google. Sebagai contoh, saya mengetahui bagaimana untuk menukarkan US Dollar kepada Ringgit Malaysia dengan mengikut tips nombor 3.

Terdapat banyak lagi tips menarik yang dikongsi pada laman ini. Jika anda cuba mempelajarinya dan menggunkannya selalu, InsyaAllah urusan Internet anda akan menjadi lebih mudah. Selamat mencuba!

[Laman web: Google things to do] (via Download Squad)

Susun tetingkap sebelah-menyebelah pada Windows 7

Windows 7 mempunyai kekunci pintas yang mudah untuk anda menyusun tetingkap yang terbuka. Hanya tekan kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan.

susun-tetingkap-window-7

Ianya berguna sekiranya anda sedang menaip pada satu tetingkap sambil merujuk pada tetingkap yang lain. Saya sendiri selalu menggunakan fungsi ini ketika hendak menulis entri blog.

Nota: Ini merupakan entri paling mudah pernah saya tulis, haha.

Matikan fungsi User Account Control (UAC) pada Windows 7

uac

Fungsi User Account Control (UAC) dibina untuk melindungi anda daripada aplikasi yang ingin mengubah sistem Windows tanpa kebenaran. Namun bagi pengguna Windows yang berpengalaman, fungsi ini agak melecehkan kerana perlu klik pada butang OK setiap kali anda ingin install apa-apa perisian.

Jika anda fikir anda seorang pengguna Windows yang berpengalaman, dan boleh mengenal perisian manakah yang betul-betul selamat untuk dijalankan, anda boleh membatalkan terus fungsi UAC ini. Continue reading