Suatu masa dahulu, disket adalah merupakan medium utama bagi memindahkan fail dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Ia bagaikan keajaiban pada ketika itu, kerana manusia tidak perlu lagi membawa beratus-ratus helaian kertas, sebalikya hanya perlu membawa sekeping disket bersaiz poket.

Kini dengan adanya sistem rangkaian dan USB drive, disket tidak dipandang lagi. Malah laptop baru yang dikeluarkan di pasaran tidak mempunyai floppy drive pun. Namun begitu, pasti ada masanya hanya disket sahaja yang boleh membantu anda, seperti kisah yang berlaku pada diri saya hari ini:

Saya perlu mencari driver bagi Acer TravelMate 6291 supaya saya dapat slipstream driver ini ke dalam CD Windows. Namun, laman web Acer hanya menyediakan driver ini dalam bentuk imej yang harus ditulis ke atas disket. Masalahnya, saya tidak mempunyai sebarang disket mahupun floppy drive. Apa yang perlu saya buat untuk mengeluarkan driver ini?

Mujurlah saya berjumpa degan Virtual Floppy Drive (VFD). VFD berfungsi membuat satu floppy drive maya dalam Windows. Senang cerita, VFD menipu Windows dengan mengatakan komputer anda mempunyai floppy drive tambahan. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan VFD (klik pada setiap imej untuk besarkan):

  • Download VFD, dan extract fail tersebut.
  • Buka fail vfdwin.exe
  • Klik pada butang Install, kemudian klik pada butang Start. Ini akan memastikan VFD dimulakan.
  •  vfd01
  • Pergi kepada tab Drive 0, dan klik pada Change. Di sini anda boleh tetapkan drive letter untuk pemacu disket anda.
  • vfd02 
  • Klik pada butang Open/Create, seterusnya klik Create.
  • vfd03
  • Kini, anda boleh memasukkan fail ke dalam disket maya anda serpeti biasa. Jika anda ingin simpan imej disket tersebut, klik pada butang Save.
  • vfd04

Setelah menggunakan VFD ini, barulah saya boleh letakkan imej driver tadi ke atas satu disket maya. Kemudian saya keluarkan fail driver dari disket tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

5 Responses


  1. Shah on 13 May 2008

    adui…payah btul ler..klu terpaksa gunakan windows dlm safe mode ni.. nak install vertual floppy pun x boleh..nak buka nlite pun x boleh..nak install net.framework pun x boleh…aduss…pening kepala..

  2. MK Ampang on 22 Mar 2009

    Software ni Digunakan utk Model Acer sahaja ke ( seperti di Atas ).. atau compaq dan dell akan turut menggunakan kaedah sebegini.. huhu…

    • MK on 22 Mar 2009

      @MK Ampang, semua model laptop/PC pun boleh.. asalkan guna Windows =)

  3. MK Ampang on 22 Mar 2009

    Ok tq.. hehe.. Bagus la website ni…sy baru melayari Website ni dpt membant sy dlm menyelesaikan masalah komputer.. Teringat website Putera.com/ Nape x aktif lg ekkk

    • MK on 22 Mar 2009

      @MK Ampang, tak silap saya forum Putera masih aktif, cuma buat sementara ni takde sapa nak sponsor hosting… jadi dorang tempatkan sementara di http://putera.forumotion.com/


Leave your comment