Pada entri yang lepas, saya ada menekankan tentang kepentingan password dalam urusan Internet anda. Password bagi akaun yang penting (contohny e-mail) haruslah unik dan sukar diteka. Bagi mengingati password bagi kesemua akaun ini, anda boleh gunakan software seperti Password Safe. Di sini saya akan tunjukkan cara-cara menggunakan Password Safe:
Cara-cara Menggunakan Password Safe
Cara menggunakan Password Safe adalah mudah sahaja. Kali pertama anda membuka software ini, anda haruslah membuat satu fail Password Safe Database yang baru dengan menekan pada butang New Database. Berikan nama bagi fail tersebut dan tekan butang Save.
Tetapkan satu password yang akan digunakan sebagai password utama. Ingat, jangan hilang atau lupa password utama ini. Kalau lupa, sakit… T_T.
Kalau keluar mesej seperti ini: “Weak passphrase: Password should be mixed case, with at least one digit or punctuation character. Use it anyway?”, ini bermakna password yang anda berikan tidak cukup bagus. Jika anda tetap ingin menggunakan password yang anda berikan tadi, klik pada butang Yes.
Untuk mula menyimpan password bagi akaun Internet, klik pada menu Edit > Add Entry (atau tekan Ctrl + A). Kemudian masukkan maklumat akaun anda seperti Title, Username, dan Password. Anda boleh biarkan Password Safe buatkan password yang unik untuk anda dengan menekan butang Generate. Kemudian klik OK.

Kini anda telah berjaya menyimpan password anda di dalam Password Safe. Jika anda ingin copy password dari Password Safe, hanya double-click pada akaun terbabit dan anda boleh paste ke dalam Internet Explorer, Firefox atau Opera anda.

masalah berlaku ble nk format pc.. bleh ke recover smua password?
atau perlu simpan ditmpat lain dlu fail2 dia sbg backup? hmm..
@melayubuntu: hm, kalau guna Password Safe ni, fail password tu boleh simpan kat tempat lain, kat pen drive ke. jadi, takde masalah kalau nak format pun.
macam mana pulak klu email kene crack atau kene key loger…selalunya cracker akan tuka semua info akaun email kite boleh ke software ni selamat kn akaun kite dri kene crack
Untuk lebih mudah, guna function AutoFill. Tak perlu copy and paste!
@Syahid A.: yup, auto-fill memang ada pada kebanyakan browser moden sekarang. Cuma, kita tak boleh tengok password apa yang ada dalam autofill, dan susah password ni nak dipindahkan ke tempat lain :)
menarik gak ni. dah banyak sangat acc+password ni. kena manage. hehe. thanks for sharing
Hmmm…lebih kurang same jew ngan keepass..^ ^
pepun thanks bab share mande nie..^ ^
@Dinz: lebih kurang sama je dengan KeePass. cuma KeePass agak leceh sikit waktu nak masukkan akaun baru tu
Maksud saya MK, fungsi AutoFill pada Password Safe itu sendiri! Cubalah!
@syahid: oh, yang Ctrl+T tu ye? saya baru tahu, thanks syahid ^^
jejakakacak ha ha ha…
salam, kat mane saye nak dapatkan free ‘PDF password cracker’ untuk crack semua page. saye dah dpt tp just crack 1/2 page je. harap awak dapat bantu saye. terima kasih.