Perlukah Perlindungan Terhadap Spyware?
Jika anda menggunakan perisian Antivirus percuma serperti Avira dan AVGFree, adakah PC anda telah selamat dari ancaman malware? Jawapannya tidak! Ini kerana, Antivirus versi percuma seperti ini hanya melindungi komputer anda dari virus sahaja, tetapi tidak dari ancaman spyware.
Pada mulanya saya sendiri pun malas nak install Anti-spyware ni, dan setakat ini PC saya masih selamat dari virus. Sampailah semalam apabila saya perasan Internet Explorer telah terbuka dengan sendirinya, dan secara automatik pergi ke satu laman web yang menawarkan perlindungan antivirus. Awas! Laman web seperti ini biasanya menipu, dan akan meminta anda download software mereka yang sebenarnya mengandungi virus.
Antara software anti-spyware yang bagus (dan percuma ^^) adalah seperti Spyware Terminator dan Treatfire. Anda boleh gunakan mana-mana satu dari software ini bersama Antivirus anda. Saya baru sahaja scan PC saya dengan Spyware Terminator, dan ternyata saya memang telah dijangkiti dengan dua jenis spyware >_<
Popularity: 47% [?]
saya pun byk kena jangkit dgn adware yang entah apa apa gilanya jadi pc…
hmm…laptop sy slow time nk tutup..membe kate sbb byk spyware…btol ek?
ecahkoop » um, boleh jadi gak.. banyak faktornye, dan adware adalah salah satu sebab pc slow..
boleh juga guna perlindungan pro aktif seperti dalam spyware blaster.
ataupun guna mac ataupun linux…peace!
melayubuntu » haha… kenyataan yang sungguh anti-microsoft :p
hoho!! ni bmakne kne install anti-spyware ler ni ekk!! sy pnah bukak pc yg pki mac..huhu!! x reti gune…
install spyware tuk spy orang??
erm aku mencuba yg scann nih..
baguih site ko nih..teramat baguih..
(1st time masuk site nih)
wan »
terima kasih, datang selalu ye ^^
As’kum MK,Waah!dah wajah baru skarng ni, lagi cun. Taniah.
spyware nih susah gak nak buang kalau da melekat kat pc… dia tak menjejaskan sgt performance pc tp dia suka mengacau.. kejap2 suruh download ..kejap suh download…fuhh…leceh