SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Perlukah Perlindungan Terhadap Spyware?

16 February, 2008 (04:53) | Perisian, Virus/Malware | Oleh: MK

spyware_terminator01

Jika anda menggunakan perisian Antivirus percuma serperti Avira dan AVGFree, adakah PC anda telah selamat dari ancaman malware? Jawapannya tidak! Ini kerana, Antivirus versi percuma seperti ini hanya melindungi komputer anda dari virus sahaja, tetapi tidak dari ancaman spyware.

Pada mulanya saya sendiri pun malas nak install Anti-spyware ni, dan setakat ini PC saya masih selamat dari virus. Sampailah semalam apabila saya perasan Internet Explorer telah terbuka dengan sendirinya, dan secara automatik pergi ke satu laman web yang menawarkan perlindungan antivirus. Awas! Laman web seperti ini biasanya menipu, dan akan meminta anda download software mereka yang sebenarnya mengandungi virus.

Antara software anti-spyware yang bagus (dan percuma ^^) adalah seperti Spyware Terminator dan ThreatFire. Anda boleh gunakan mana-mana satu dari software ini bersama Antivirus anda. Saya baru sahaja scan PC saya dengan Spyware Terminator, dan ternyata saya memang telah dijangkiti dengan dua jenis spyware >_<

Popularity: 25% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari HE
Masa: February 17, 2008 pada 2:31 am

saya pun byk kena jangkit dgn adware yang entah apa apa gilanya jadi pc…

[Balas komen ini]

Komen dari ecahkoop
Masa: February 17, 2008 pada 5:04 am

hmm…laptop sy slow time nk tutup..membe kate sbb byk spyware…btol ek?

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

ecahkoop » um, boleh jadi gak.. banyak faktornye, dan adware adalah salah satu sebab pc slow..

Komen dari Syahid A.
Masa: February 17, 2008 pada 1:11 pm

boleh juga guna perlindungan pro aktif seperti dalam spyware blaster.

[Balas komen ini]

Komen dari melayubuntu
Masa: February 17, 2008 pada 1:14 pm

ataupun guna mac ataupun linux…peace!

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

melayubuntu » haha… kenyataan yang sungguh anti-microsoft :p

Komen dari ecahkoop
Masa: February 17, 2008 pada 7:14 pm

hoho!! ni bmakne kne install anti-spyware ler ni ekk!! sy pnah bukak pc yg pki mac..huhu!! x reti gune…

[Balas komen ini]

Komen dari whomi
Masa: February 19, 2008 pada 5:38 pm

install spyware tuk spy orang??

[Balas komen ini]

Komen dari wan
Masa: March 1, 2008 pada 3:53 am

erm aku mencuba yg scann nih..
baguih site ko nih..teramat baguih..

(1st time masuk site nih)

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

wan »
terima kasih, datang selalu ye ^^

Komen dari Zimbo
Masa: July 18, 2008 pada 9:33 am

As’kum MK,Waah!dah wajah baru skarng ni, lagi cun. Taniah.

[Balas komen ini]

Komen dari wan_R
Masa: August 4, 2008 pada 2:23 am

spyware nih susah gak nak buang kalau da melekat kat pc… dia tak menjejaskan sgt performance pc tp dia suka mengacau.. kejap2 suruh download ..kejap suh download…fuhh…leceh

[Balas komen ini]

Komen dari kajang
Masa: August 23, 2008 pada 11:25 pm

spyware terminator ni memang bagus,ia boleh digunakan secara komersial dan scan yang cepat.(sume orang sukakannya)

[Balas komen ini]

Komen dari adnin
Masa: August 25, 2008 pada 6:43 pm

hmm, boleh saya tau mane link dia,saya cukup berminat dgn anti spyware ini

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@adnin: astagfirullah, lupa lak nak letak link. hehe. klik ni untuk pergi ke SypwareTerminator

Komen dari alan
Masa: August 27, 2008 pada 6:50 pm

Saya pkai HP 520 laptop. Vista home basic(ori punya, dtg sekali ngan laptop) 32 bit. Dual core 1gb ram. Kebelakangan ini selalu hang,firefox asyik crash je. Antivirus guna AVG Internet Security 8.0. Dah try spybot, ad aware, spysweeper takde satu pun detect virus. Tapi kenapa slow yer?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@alan: Firefox 3 memang selalu crash. Kalau awak nak Firefox yang tak selalu crash, tukar ke Firefox 2. Tak pun guna Opera je.

Pasal komputer awak slow tu, mungkin sebab ada banyak program dan service yang berjalan di background. Rujuk kat sini untuk tips-tips lajukan komputer.

Komen dari amir
Masa: August 27, 2008 pada 11:31 pm

mk,nk tnya….sy pnya program run da ilang,cmne nk wat ade blik??
tekan lambg window+R,xkluar ah…dia ade 2lis bnda ah..ade vrus ni…nk wat cmne ek?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@amir: ha a, sebab virus la ni. jap, sat g saya buat entri khas untuk masalah run ni

Komen dari Afif
Masa: November 1, 2008 pada 11:46 pm

Malwarebyte Anti Malware paling berkesan utk buang semua jenis malware/spyware, full stop.

[Balas komen ini]

Berikan komen