Arkib

Forum SK baru sahaja dibuka pada 12 Ogos yang lalu, dan kini dah berusia sebulan. Terima kasih kepada semua yang menyertai dan melawati forum tersebut. Walaupun sekarang ni saya jarang dapat online, ahli-ahli forum lain tetap aktif. Paling aktif sekali adalah Life4Hire, yang sangat rajin menjawab setiap soalan dari ahli-ahli forum lain. Hehe, terima kasih Life4Hire.

Forum ini adalah tempat yang paling mudah untuk anda mendapatkan jawapan tentang masalah komputer. Ada juga maklumat yang tidak diterbitkan dalam blog ini, tetapi dikongsi bersama oleh ahli-ahli forum. Apa lagi, jom sembang di Forum SK!

Atas cadangan dari Uncle G, saya ingin mengadakan satu pertandingan mereka logo untuk Forum SK. Logo yang terpilih akan digunakan sebagai logo rasmi di Forum SK dan akan diberikan hadiah oleh SembangKomputer.com. Hadiah apa ye? Jangan risau kerana hadiah bukan hanya untuk tempat pertama je, malah sampai tempat ketiga. Berikut merupakan hadiah-hadiah yang ditawarkan:

kingston-01

Tempat Pertama: Kingston Data Traveler 4GB + Slax

Tempat Kedua dan Ketiga: Kingston Data Traveler 2GB + Slax

Penghargaan juga akan diberikan kepada para pemenang. Jika anda seorang blogger, saya juga akan sertakan link kepada blog anda. Pengumuman pemenang akan dibuat selepas Hari Raya. Jadi, anggaplah ini pen drive Raya anda ye ^^

Tiada syarat yang dikenakan. Anda boleh hantarkan sebanyak mana penyertaan yang anda mahu, dan logo yang terbaik akan dipilih dari setiap perserta. Jika anda perlukan panduan dari segi saiz logo dan jenis fail, anda boleh rujuk pada logo asal di bawah:

site_logo

Anda boleh hantarkan logo yang anda reka ke Forum SK ataupun kepada emel saya di emel. Jangan segan-segan, jom sertai sekali ^^

*Tarikh tutup pertandingan  adalah pada 13 September 2008.

Entri berkaitan:


34 Komen untuk entri ini.

  1. Komen oleh melayubuntu · 13/09/2008 · 1:45 PM

    hoho…kalo aku free nnti aku try design

    Entri terkini melayubuntu: T-Shirt Ubuntu : Habis ditempah dalam 4 hari

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    13/09/2008 pada 3:04 PM

    @melayubuntu: design la.. tulung la patik yang tidak reti grafik inepp.. huhu

    Balas komen ini

  2. Komen oleh aeropama dot com · 13/09/2008 · 2:32 PM

    walahuu… aku kekurangan idea. tp aku masih punya banyak masa. nanti aku cbe design

    Entri terkini aeropama dot com: Punca Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    13/09/2008 pada 3:07 PM

    @aeropama dot com: cube, jangan tak cube.. uhuhu

    Balas komen ini

  3. Komen oleh AfeaZD · 13/09/2008 · 2:43 PM

    hmm cam berminat jer ngan design nih….nnt aq cuba bila free

    Entri terkini AfeaZD: My Life : Driving School

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    13/09/2008 pada 3:07 PM

    @AfeaZD: um, kalau ada design, hantar je. mane tau ada rezki ^^

    Balas komen ini

  4. Komen oleh topo · 13/09/2008 · 3:19 PM

    hoho cambest.. nak file format ape??? ape saiz???

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    13/09/2008 pada 3:43 PM

    format fail tak kesah, GIF pun ok gak. saiz pun tak kesah, kalau ikut logo kat atas tu, saiz die 139 * 52

    Balas komen ini

  5. Komen oleh kita · 13/09/2008 · 4:12 PM

    aku pun nak cuba nasib erk

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    13/09/2008 pada 4:50 PM

    @kita: ha ah, bagus le. lagi ramai lagi meriah

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    15/09/2008 pada 9:38 AM

    @kita: cuba jangan tak cuba!

    Balas komen ini

  6. Komen oleh KNizam · 13/09/2008 · 6:12 PM

    aku outsource je la kat sesaper yang buat logo. hehe

    Entri terkini KNizam: Taufan Ike Mula Melanda Texas Dengan Kelajuan Angin = 178km/j !

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    15/09/2008 pada 9:38 AM

    @KNizam: outsource kan ramai2.. lagi ramai lagi meriah, hehe

    Balas komen ini

  7. Komen oleh Extremist Thinker · 13/09/2008 · 10:52 PM

    ko tade belog sendiri ke bro. nk taw gak kisah ko. sbb ko aritue ckp nk kawen ngan org kelantan. huhu. komputer2 gak beb. life nk korek gak. huhu!

    Entri terkini Extremist Thinker: So Unsangkarable!!!

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    15/09/2008 pada 9:40 AM

    @Extremist Thinker: oo nak korek ek. sape suruh tak datang restoran nara hari tu.. boleh korek rahsia aku cukup2, huhu

    Balas komen ini

  8. Komen oleh hafizashaari · 13/09/2008 · 11:43 PM

    hm…. leh aku try nih…

    Entri terkini hafizashaari: Serunding, ape yang korang tahu?

    Balas komen ini

  9. Pingback oleh I’m Leaving on a Jet Plane | Noktah Hitam · 14/09/2008 · 12:33 AM

    [...] MK – Small guy, touted underage all the time (LoL)  :grin: [...]

  10. Komen oleh callister · 14/09/2008 · 2:17 AM

    hehe..aku xnk masuk pertandingan ni sb xda ms..
    tp aku nk bg komen gak..
    aku dah jumpe mk…
    haha..
    sgt comel orgnye..

    Balas komen ini

    Komen dari aeropama dot com
    15/09/2008 pada 9:12 AM

    mk comel tu. aww…

    ps: akhirnya pulih gak blog ko ni dr serangan hacker. teruk tak kerosakan yg ko terima?

    Balas komen ini

    Komen dari callister
    15/09/2008 pada 4:47 PM

    MK comel..
    ko plak macho and simple..
    amacam ok?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    15/09/2008 pada 9:40 AM

    @callister: dah jumpa kak callister gak! ayu je orangnye.. hehe. nak gambar hari tu ye.. ^_^

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    15/09/2008 pada 9:42 AM

    @syam aeropama: jangan jeles. huhu. um, alhamdulillah dah ok da.. takde banyak sangat yang hilang, beberapa komen je.. nasib baik

    Balas komen ini

  11. Komen oleh amirez · 15/09/2008 · 9:56 AM

    bagus gak pertandingan ni. rs mcm nak join kalau ada masa.
    tp nape hadiah tmpt kedua n ketiga sama je? x dpt beza sape dpt tempat kedua or ketiga eheh. or lebih baik diganti dgn saguhati :)

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    16/09/2008 pada 11:38 AM

    @amirez: kedua dapat pen drive warna hijau, ketiga dapat biru. lain la tu.. huhu
    join je, takde masa pun join gak.

    Balas komen ini

  12. Komen oleh |1f34|-|1r3 · 16/09/2008 · 3:57 AM

    aku dh wat dah penyertaan aku yg pertama..refer kat blog aku..aku wat besar2 sket..nanti ko resize sendiri..aku dah calculate ikut default icon..so kalau resize pon xde lari dia nyer size !

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    16/09/2008 pada 12:13 PM

    @|1f34|-|1r3: okeh, nanti aku tengok kat blog ko. pastikan ianya chantek! hehe

    Balas komen ini

  13. Komen oleh catzer · 16/09/2008 · 6:05 AM

    aku tak reti design tp pendrive 4gb tu buat aku gatal tgn..kakakak

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    16/09/2008 pada 12:14 PM

    @catzer: pendrive tersebut sangat lazat kan.. hehe. apa lagi, design je le

    Balas komen ini

  14. Komen oleh |1f34|-|1r3 · 16/09/2008 · 9:11 PM

    aku dh letak kt forum dah..nanti aku letak kat blog plak lepas ni…

    Balas komen ini

  15. Komen oleh Uncle G · 18/09/2008 · 9:45 PM

    erkh.. pakcik tak free sangat la.. 1 2 blan nie pakcik kerja sampai 3 4 pagi… ermmm kalau ade free nanti pakcik submit lain

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    19/09/2008 pada 12:41 AM

    @Uncle G: takpe, pakcik kan dah submit hari tu. kalau ada masa, buat la len. kalu tak, kosentret kat keja pacik taw.. huhu

    Balas komen ini

  16. Komen oleh dr.oracle · 21/09/2008 · 7:47 AM

    hehe, bila tarikh tutup penyertaan nie? Kalo bleh aku nak join.. huhu

    Balas komen ini

  17. Komen oleh Dinz · 25/09/2008 · 1:35 PM

    aa’a lah..biler tarikh tutup pertandingan nie mk???

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    25/09/2008 pada 2:42 PM

    @Dinz: sampai raya. nak buat waktu cuti raye pun takpe. hehe

    Balas komen ini

Tinggalkan komen *Bahagian yang bertanda (*) wajib diisi.