Pertandingan Membuat Video Reviu Di Sembang Komputer

August 11, 2009 |  by MK  |  Perkakasan  | 

Tolong, Sembang Komputer memerlukan pertolongan anda! Bukan sokongan kewangan yang diperlukan, kerana Sembang Komputer telahpun ditaja oleh beberapa insan yang sungguh ikhlas dan baik hati. Kali ini, Sembang Komputer memerlukan sumbangan-sumbangan daripada para pembaca mahupun penulis blog, dalam bentuk sebuah video.

Ya, video sahaja yang diperlukan. Sebuah video reviu mengenai apa sahaja barang komputer atau gajet yang anda miliki. Tak kisahlah anda nak ambil video tersebut menggunakan webcam ke, telefon bimbit ke, ataupun kamera. Yang penting biarlah gambar dan suaranya jelas.

Jadi, buat pusingan yang pertama ini, mari kita buat reviu mengenai telefon bimbit. Hampir setiap orang mempunyai telefon bimbit, kan. Tak kisah jenama apa pun telefon bimbit tersebut, anda amat dialu-alukan untuk membuat reviu dan berkongsi bersama.

Syarat-syarat Penyertaan

  1. Penyertaan dibuka kepada semua peringkat umur dan bangsa. Video haruslah dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu.
  2. Rakam sebuah video menerangkan tentang telefon bimbit yang anda miliki (kalau bukan anda punya pun takpe, nak pinjam kawan punya iPhone ke). Buatlah macam mana pun, anda kan kreatif.
  3. Upload video tersebut di YouTube, dan hantarkan URL-nya di ruangan komen.
  4. Satu orang boleh menghantar sebanyak mana penyertaan sekalipun.
  5. Jika anda seorang penulis blog, anda juga boleh menulis mengenai entri mengenai reviu ini berserta videonya sekali di blog anda.

Berikut merupakan sedikit garis panduan apabila anda upload video di YouTube. Perkara-perkara ini tidak diwajibkan untuk diikuti, terpulang kepada pilihan anda.

  • Letakkan tajuk pada video dengan format – “Reviu SK – [Model telefon bimbit]‘”
  • Letak tag “Sembang Komputer” dan “Reviu SK”
  • Anda juga mungkin mahu mempromosikan Sembang Komputer dengan meletakkan URL http://sembangkomputer.com pada mana-mana bahagian video :)

Habuan Yang Lumayan

  1. Bagi reviu yang terpilih bulan ini, Sembang Komputer akan menawarkan pengiklanan percuma bagi banner bersaiz 125×125 selama sebulan. Jika anda tidak mempunyai blog, hadiah tersebut akan diganti dengan topup bernilai RM30.
  2. Setiap penyertaan akan saya selitkan sebagai satu entri di Sembang Komputer, berserta dengan pautan ke blog anda. Ini merupakan peluang yang baik untuk anda mempromosikan blog, kerana Sembang Komputer menerima sehingga 4 ribu kunjugan sehari.
  3. Berkongsi itu kan, seronok ^_^

Reviu Pertama – Nokia 1110

Bagi memulakan acara, saya persembahkan reviu saya mengenai Nokia 1110. Dan di bawah merupakan beberapa komen saya terhadap video saya sendiri:

Reviu SK – Nokia 1110
  • Kualiti video kurang memuaskan. Maklumlah, guna webcam je.
  • Video sepatutnya lebih mempromosikan telefon bimbit tersebut dari muka pengulas. Tapi, apakan daya kan, guna webcam je.
  • Yang asyik nak tergelak je tu apa hal.

Maaflah atas video saya yang tak berkualiti ini. Saya telah menilai video ini dan memutuskan yang ianya tak layak langsung dijadikan pemenang bulan ini. Haha.

Saya menunggu penyertaan daripada sesiapa sahaja. Selamat mengulas! ^_^

Bookmark and Share
 


79 Comments


  1. hahaha..aku nak review pe ek…wakaka

  2. memang macam reviu muka jerk.
    ekekeke…

  3. alamak……… kak jie nak preview apa…periuk kukus, senduk atau periuk tahan calar

    kehkeh….nak tambah komen video tu

    background tuala kuning tu..tak matching dengan langsir…hahaha

    • @Kujie: Kak Jie takyah buat reviu, Kak Jie buatlah video cara-cara memasak terus, haha.

      Ehm, baik Kak Jie. Nanti saya tukar langsir ikut warna tuala, hehe.

  4. hoho… MK lawak seh video ko wat… HP kita lebih kurang aje kaler kuning itam dalam dia.. just aku nya lagi murah dari ko n takde lampu torch tuh… sian kan… tapi sms laju aje nak reply n dia sent sms takyah tunggu abes load leh trus tekan ‘letak gagang’ pastu lock keypad tros… kalo sony amatlah slow!

    • @Kill-Vearn: Aku tak boleh ar duduk depan kamera ni, rasa nak tergelak je. Mula-mula aku cari yang kaler itam putih, baru la rasa command prompt sikit, tapi tak jumpa, haha. Kalau Sony ataupun Samsung yang murah2 tu, memang slow la, buat sakit hati je nak menaip mesej.

  5. hah! hebat btol kontes ni.. pesaingnya mesti hebat

  6. adeh sakit perut aku, anak aku pun mengekel-ngekel tak tahu apsal ha3.

    idea yang bagus untuk ditengahkan boleh top up kan prabayar celcom broadband aku.

    bila tarikh tutup!?

    ps – aku tunggu kelab nokia 3100 beri komen. silakan aman dan anarm ha3.

    • @megat: Waa, aku berjaya membuatkan anak ko terkekek-kekek. Rupanya aku berbakat menjadi seorang penghibur :P

      Top-up broadband? Waa tunggulah Celcom sponsor dulu hadiah, pastu sponsor broadband aku sekali, batu aku buat. Haha.

      Takde tarikh tutup, cuma kalau nak terpilih sebagai video bulan ini, kena la hantar cepat, hehe.

      • boleh aja top up CB prepaid dgn RM30 tu. dpt online seminggu ha3.

        adeh klu pkai webcam kat laptop nampak muka. erm… kena cari videocam la camni hu3.

    • ni pehal petik2 nama aku ni?
      huhuu.. cambest je kontest ni..
      kalo aku edit video yg dah rakam tu bleh? malu ah nk tunjuk muka.. :p

  7. aku nak review
    tak boleh jugak..sebab tak de phone
    almaklumlah,pelajar sekolah lagi
    haha
    tapi bro MK memang lawak lah!

  8. hahaha…
    agak lawak di situ yer…
    takpe2..
    nnt aku ngan kawan2 aku wat review enset menggunakan flash@adobe Ae.. hahaha..

    • @rmartz: Apebende lak enset guna Flash dengan Adobe Ae tu… sungguh ketinggalan aku bab2 gajet ni. Takpe, sila buat ye, jangan tak buat :)

  9. Awat nombo hp tuh x diberi skali??
    MK, tuala tuh props tuk vids nih kaa?? Hehehe!!!

    • @Eriyza: Huhu tak bole la akak. Nanti tak pepasal ada orang call tengah2 malam tanya macam mana nak format komputer.

      Tuala tu sekadar hiasan. Takde kena-mengena dengan ini gambar :P

  10. henpon nokia aku dah berkarat.. bley review gak ker? wahahaaha..

    • @Junaidix: Boleh je. Tapi kalau dorang nak beli kena cari ko la, sebab kat kedai dah takde jual. Jadi sila sertakan nombor henpon sekali, hehe.

  11. pembaca blog ni tak der nak tengok henpon tu.. diorang pasti asyik tengok muka Mk tu..

  12. aku nak tergelak ler tengok video ko….teringat zaman-zaman belajar dlu….suka berlakon di depan kamera dan gelak nga member2

  13. xde camera T_T
    hp pun xde camera gak.

    aaarh! nak masuk!!

  14. Kalau asyik gelak je.bagaimana nak buat reviu tentang telefon bimbit.memang sah.tak boleh menang punya.

  15. aku taknak link ke blog. aku nak topup rm30. bleh? haha.

    p.s: poyo lebih, cam aku jadi pemenang lak. hehe.

  16. hahaha, ini yg kita cari, selalu nya org melayu dia segan sket, tak macam org putih lebih bersikap terbuka. hope byk lagi org akan buat

  17. video cara2 plugin webcam boleh diterima ke x? hahaha

  18. Soalan!

    Boleh buat dalam bentuk lawak atau kene bahasa serious setiap mase?

  19. dah buat. tapi tak leh upload. So aku email kt ko je bole? nanti ko uploadkan

  20. blogwalking from imcurtain.com

  21. berita baik ni,boleh join

  22. haha. aku rasa ni lebih kepada review jodoh ni. habis la aku dah terpikat dengan kecomelan pengreview di atas. hahaha

  23. wah bestnye… erm.. nak kene carik idea la macam ni. tapi kan MK, aku ni tak boleh nak publish muka la.. kekeke… ade idea lain tak?

    • @Kreuger: Haha, memang tak perlu pun tunjuk muka sebenarnya, tunjuk gajet tu yang penting. Nanti aku publish video NoktahHitam, bagi korang semua tengok.

  24. wahhhh mcm best je ni
    tapi aku x reti la nak edit2 vid neh. takpe nanti aku cuba. hehe :)

  25. MK,,wajib kna bercakap ker??

  26. nak join! tapi saya tak suka handphone saya. T_T

  27. salam,bro apamacam klau sya download video bro and simpan buat kenangan untuk anak2,he99,untuk buktikan yang bro nie tera

  28. nice post, boleh dicuba ni. many thanks..

  29. Alamak MK
    henpon hang sama mcam aku ar
    sebiji plak tu
    kahkahakah….
    :D

  30. Haha. This is so cute! I feel like smacking you!

    p.s. I smack my lil bro all the time! Haha!

  31. Waah mcm seronok.. tp mcm malas ja nk buat vedeo reveu.. vidcam sumer da terbaik.. hmm.. topup 30.. menarik tu!

  32. eyeline terabur..
    penggunaan bahasa yg cukup rojak..
    rasanya tak ada buat kajian dulu pasal handphone tu..
    agak2 la…sbb clip ko ni satu dunia blh tgk..

    • @nardme: waow, komen ikhlas tu. sesungguhnya video di atas adalah contoh sahaja. kalau satu dunia tengok, terasa femes gak, hahaha.

  33. aku tekekek-kekek ketawa tgk reviu ko neh.
    kalau ko nak gelak, gelak je la..
    ko tahan gelak mcm tahan nak terberak.hehe.

    #anyway..is a funny video for me ^^

Trackbacks

  1. Pertandingan Membuat Video Reviu Di SK « InfoMalaya dot Com
  2. Twitted by khairul
  3. Reviu SK – Nokia 5800 Oleh NoktahHitam Yang Bersuara Romantis « Sembang Komputer
  4. Reviu SK – Nokia 1209, Sesuai Untuk Pelajar Sekolah Menengah - Sembang Komputer
  5. Video Reviu Pilihan Sembang Komputer – Ogos 2009 | Sembang Komputer

Leave a Reply