Tolong, Sembang Komputer memerlukan pertolongan anda! Bukan sokongan kewangan yang diperlukan, kerana Sembang Komputer telahpun ditaja oleh beberapa insan yang sungguh ikhlas dan baik hati. Kali ini, Sembang Komputer memerlukan sumbangan-sumbangan daripada para pembaca mahupun penulis blog, dalam bentuk sebuah video.

Ya, video sahaja yang diperlukan. Sebuah video reviu mengenai apa sahaja barang komputer atau gajet yang anda miliki. Tak kisahlah anda nak ambil video tersebut menggunakan webcam ke, telefon bimbit ke, ataupun kamera. Yang penting biarlah gambar dan suaranya jelas.

Jadi, buat pusingan yang pertama ini, mari kita buat reviu mengenai telefon bimbit. Hampir setiap orang mempunyai telefon bimbit, kan. Tak kisah jenama apa pun telefon bimbit tersebut, anda amat dialu-alukan untuk membuat reviu dan berkongsi bersama.

Syarat-syarat Penyertaan

  1. Penyertaan dibuka kepada semua peringkat umur dan bangsa. Video haruslah dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu.
  2. Rakam sebuah video menerangkan tentang telefon bimbit yang anda miliki (kalau bukan anda punya pun takpe, nak pinjam kawan punya iPhone ke). Buatlah macam mana pun, anda kan kreatif.
  3. Upload video tersebut di YouTube, dan hantarkan URL-nya di ruangan komen.
  4. Satu orang boleh menghantar sebanyak mana penyertaan sekalipun.
  5. Jika anda seorang penulis blog, anda juga boleh menulis mengenai entri mengenai reviu ini berserta videonya sekali di blog anda.

Berikut merupakan sedikit garis panduan apabila anda upload video di YouTube. Perkara-perkara ini tidak diwajibkan untuk diikuti, terpulang kepada pilihan anda.

  • Letakkan tajuk pada video dengan format – “Reviu SK – [Model telefon bimbit]‘”
  • Letak tag “Sembang Komputer” dan “Reviu SK”
  • Anda juga mungkin mahu mempromosikan Sembang Komputer dengan meletakkan URL http://sembangkomputer.com pada mana-mana bahagian video :)

Habuan Yang Lumayan

  1. Bagi reviu yang terpilih bulan ini, Sembang Komputer akan menawarkan pengiklanan percuma bagi banner bersaiz 125×125 selama sebulan. Jika anda tidak mempunyai blog, hadiah tersebut akan diganti dengan topup bernilai RM30.
  2. Setiap penyertaan akan saya selitkan sebagai satu entri di Sembang Komputer, berserta dengan pautan ke blog anda. Ini merupakan peluang yang baik untuk anda mempromosikan blog, kerana Sembang Komputer menerima sehingga 4 ribu kunjugan sehari.
  3. Berkongsi itu kan, seronok ^_^

Reviu Pertama – Nokia 1110

Bagi memulakan acara, saya persembahkan reviu saya mengenai Nokia 1110. Dan di bawah merupakan beberapa komen saya terhadap video saya sendiri:

Reviu SK – Nokia 1110
  • Kualiti video kurang memuaskan. Maklumlah, guna webcam je.
  • Video sepatutnya lebih mempromosikan telefon bimbit tersebut dari muka pengulas. Tapi, apakan daya kan, guna webcam je.
  • Yang asyik nak tergelak je tu apa hal.

Maaflah atas video saya yang tak berkualiti ini. Saya telah menilai video ini dan memutuskan yang ianya tak layak langsung dijadikan pemenang bulan ini. Haha.

Saya menunggu penyertaan daripada sesiapa sahaja. Selamat mengulas! ^_^

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

84 Responses


  1. melayubuntu on 11 Aug 2009

    hahaha..aku nak review pe ek…wakaka

    • MK on 11 Aug 2009

      @melayubuntu: Reviu la apa pun. Nak reviu water heater ko pun boleh, haha.

  2. aisyahkama on 11 Aug 2009

    memang macam reviu muka jerk.
    ekekeke…

    • MK on 11 Aug 2009

      @aisyahkama: Promot.. nak cari jodoh :P

  3. Kujie on 11 Aug 2009

    alamak……… kak jie nak preview apa…periuk kukus, senduk atau periuk tahan calar

    kehkeh….nak tambah komen video tu

    background tuala kuning tu..tak matching dengan langsir…hahaha

    • MK on 11 Aug 2009

      @Kujie: Kak Jie takyah buat reviu, Kak Jie buatlah video cara-cara memasak terus, haha.

      Ehm, baik Kak Jie. Nanti saya tukar langsir ikut warna tuala, hehe.

  4. Kill-Vearn on 11 Aug 2009

    hoho… MK lawak seh video ko wat… HP kita lebih kurang aje kaler kuning itam dalam dia.. just aku nya lagi murah dari ko n takde lampu torch tuh… sian kan… tapi sms laju aje nak reply n dia sent sms takyah tunggu abes load leh trus tekan ‘letak gagang’ pastu lock keypad tros… kalo sony amatlah slow!

    • MK on 11 Aug 2009

      @Kill-Vearn: Aku tak boleh ar duduk depan kamera ni, rasa nak tergelak je. Mula-mula aku cari yang kaler itam putih, baru la rasa command prompt sikit, tapi tak jumpa, haha. Kalau Sony ataupun Samsung yang murah2 tu, memang slow la, buat sakit hati je nak menaip mesej.

  5. Luth Textile on 11 Aug 2009

    hah! hebat btol kontes ni.. pesaingnya mesti hebat

    • MK on 11 Aug 2009

      @Luth Textile: Join la sekali ^_^

  6. megat on 11 Aug 2009

    adeh sakit perut aku, anak aku pun mengekel-ngekel tak tahu apsal ha3.

    idea yang bagus untuk ditengahkan boleh top up kan prabayar celcom broadband aku.

    bila tarikh tutup!?

    ps – aku tunggu kelab nokia 3100 beri komen. silakan aman dan anarm ha3.

    • MK on 11 Aug 2009

      @megat: Waa, aku berjaya membuatkan anak ko terkekek-kekek. Rupanya aku berbakat menjadi seorang penghibur :P

      Top-up broadband? Waa tunggulah Celcom sponsor dulu hadiah, pastu sponsor broadband aku sekali, batu aku buat. Haha.

      Takde tarikh tutup, cuma kalau nak terpilih sebagai video bulan ini, kena la hantar cepat, hehe.

      • megat on 11 Aug 2009

        boleh aja top up CB prepaid dgn RM30 tu. dpt online seminggu ha3.

        adeh klu pkai webcam kat laptop nampak muka. erm… kena cari videocam la camni hu3.

    • Anarm on 11 Aug 2009

      ni pehal petik2 nama aku ni?
      huhuu.. cambest je kontest ni..
      kalo aku edit video yg dah rakam tu bleh? malu ah nk tunjuk muka.. :p

      • MK on 11 Aug 2009

        @Anarm: Boleh je. Nak senang, pakai la topeng otromen ke waktu tangkap video tu :)

        • Anarm on 11 Aug 2009

          topeng atromen aku xde..
          nnt aku pinjam stokin kakak aku..
          pkai wat mcm perompak tu..
          komfem buruk gile muka aku herot2..
          hahahaha..

          • MK on 12 Aug 2009

            @Anarm: Tak kesah la pakai stokin ke, pakai mask H1N1 ke, janji join! Hehe.

      • megat on 11 Aug 2009

        aku petik nama ko sebab ko pkai nokia 3100 yang canggih manggih tu kan? ha3

        • Anarm on 11 Aug 2009

          aku xpkai 3100.. aku siap google pasal aku xtau cmne rupa 3100 tu.. hehe.. aku pkai motorola L6 je.. hp cap ayam..

  7. loq on 11 Aug 2009

    aku nak review
    tak boleh jugak..sebab tak de phone
    almaklumlah,pelajar sekolah lagi
    haha
    tapi bro MK memang lawak lah!

    • MK on 11 Aug 2009

      @loq: Pinjam je hand phone abang kakak. Hehe.

      Lawak ke. Huhu, tak sampai mesej aku yang sepatutnya penuh teknologi :P

      • loq on 24 Aug 2009

        akak tak de abang pon tak de…
        pakai handphone ayah ibu aku jela..hehe

        • loq on 24 Aug 2009

          lepas terawih ni aku buat riviu ye

  8. rmartz on 11 Aug 2009

    hahaha…
    agak lawak di situ yer…
    takpe2..
    nnt aku ngan kawan2 aku wat review enset menggunakan flash@adobe Ae.. hahaha..

    • MK on 11 Aug 2009

      @rmartz: Apebende lak enset guna Flash dengan Adobe Ae tu… sungguh ketinggalan aku bab2 gajet ni. Takpe, sila buat ye, jangan tak buat :)

  9. Eriyza on 11 Aug 2009

    Awat nombo hp tuh x diberi skali??
    MK, tuala tuh props tuk vids nih kaa?? Hehehe!!!

    • MK on 11 Aug 2009

      @Eriyza: Huhu tak bole la akak. Nanti tak pepasal ada orang call tengah2 malam tanya macam mana nak format komputer.

      Tuala tu sekadar hiasan. Takde kena-mengena dengan ini gambar :P

  10. Junaidix on 11 Aug 2009

    henpon nokia aku dah berkarat.. bley review gak ker? wahahaaha..

    • MK on 11 Aug 2009

      @Junaidix: Boleh je. Tapi kalau dorang nak beli kena cari ko la, sebab kat kedai dah takde jual. Jadi sila sertakan nombor henpon sekali, hehe.

  11. [...] Pertandingan Membuat Video Reviu Di Sembang Komputer — Kalau anda ingin memenangi hadiah serta kelihatan comel bak MK di dalam video, silalah turut serta. Tertakluk kepada terma dan syarat. [...]

  12. Mus on 11 Aug 2009

    pembaca blog ni tak der nak tengok henpon tu.. diorang pasti asyik tengok muka Mk tu..

    • MK on 11 Aug 2009

      @Mus: Toksah le camtu… muka aku ni bukan ada rupa henpon pun, huhuh.

    • aman on 12 Aug 2009

      ala. hang kena paham. mk tgh berusaha cari jodoh. hehe.

      • MK on 12 Aug 2009

        @aman: tema kaseh aman, kerana memahami hati seorang lelaki :P

  13. kita on 11 Aug 2009

    aku nak tergelak ler tengok video ko….teringat zaman-zaman belajar dlu….suka berlakon di depan kamera dan gelak nga member2

    • MK on 12 Aug 2009

      @kita: Haha, zaman student dulu memang gila2, sampai dah kerja ni pun sama gak :P

  14. xun on 11 Aug 2009

    xde camera T_T
    hp pun xde camera gak.

    aaarh! nak masuk!!

    • MK on 12 Aug 2009

      @xun: Masuk la masuk la (paksa ni), guna je webcam. Jangan merapu macam aku dah, hehe.

    • aman on 12 Aug 2009

      guna screencast cam hang nyer tuto wordpress. hehe.

  15. safar on 11 Aug 2009

    Kalau asyik gelak je.bagaimana nak buat reviu tentang telefon bimbit.memang sah.tak boleh menang punya.

    • MK on 12 Aug 2009

      Tu la. Tah pa pe la MK ni :P

  16. aman on 12 Aug 2009

    aku taknak link ke blog. aku nak topup rm30. bleh? haha.

    p.s: poyo lebih, cam aku jadi pemenang lak. hehe.

    • MK on 12 Aug 2009

      @aman: cakap banyak tak gune. mai video dulu, haha

  17. fazrin2211 on 12 Aug 2009

    hahaha, ini yg kita cari, selalu nya org melayu dia segan sket, tak macam org putih lebih bersikap terbuka. hope byk lagi org akan buat

  18. blowie on 12 Aug 2009

    video cara2 plugin webcam boleh diterima ke x? hahaha

    • MK on 13 Aug 2009

      @blowie: Haha, ok je. Asalkan memberi ilmu pada pembaca :)

  19. NoktahHitam on 12 Aug 2009

    Soalan!

    Boleh buat dalam bentuk lawak atau kene bahasa serious setiap mase?

    • MK on 13 Aug 2009

      @NoktahHitam: Terpulang. Video aku jadi lawak sebab aku tak tahan nak gelak depan kamera.

  20. NoktahHitam on 13 Aug 2009

    dah buat. tapi tak leh upload. So aku email kt ko je bole? nanti ko uploadkan

  21. Cindy on 13 Aug 2009

    blogwalking from imcurtain.com

    • MK on 13 Aug 2009

      @Cindy: And here hoping you would come again :)

  22. ariey on 13 Aug 2009

    berita baik ni,boleh join

    • MK on 13 Aug 2009

      @ariey: Join jangan tak join :)

  23. Twitted by khairul on 13 Aug 2009

    [...] This post was Twitted by khairul [...]

  24. chokilala on 13 Aug 2009

    haha. aku rasa ni lebih kepada review jodoh ni. habis la aku dah terpikat dengan kecomelan pengreview di atas. hahaha

    • MK on 13 Aug 2009

      @chokilala: Eit, puji ke, malu ai. Hahah :P

      Siap la pasni kena hambat dengan Enchek F.

  25. Kreuger on 13 Aug 2009

    wah bestnye… erm.. nak kene carik idea la macam ni. tapi kan MK, aku ni tak boleh nak publish muka la.. kekeke… ade idea lain tak?

    • MK on 13 Aug 2009

      @Kreuger: Haha, memang tak perlu pun tunjuk muka sebenarnya, tunjuk gajet tu yang penting. Nanti aku publish video NoktahHitam, bagi korang semua tengok.

  26. KNizam on 13 Aug 2009

    wahhhh mcm best je ni
    tapi aku x reti la nak edit2 vid neh. takpe nanti aku cuba. hehe :)

    • MK on 13 Aug 2009

      @KNizam: Takyah edit lansung pun takpe, terus upload kat YouTube. Kat YouTube ada function caption.

  27. Fareez on 13 Aug 2009

    MK,,wajib kna bercakap ker??

    • MK on 13 Aug 2009

      Bergantung pada kreativiti korang. Tak bercakap, terangkan guna subtitle dan caption pun boleh :)

  28. Aisyah on 14 Aug 2009

    nak join! tapi saya tak suka handphone saya. T_T

    • MK on 14 Aug 2009

      @Aisyah: Jadi, buat reviu betapa tak bestnye handphone kamu xD

    • xun on 15 Aug 2009

      hmm. betul tu, sometimes, we do need negative feedbacks. haha.

  29. MyDailyBlog.Info on 16 Aug 2009

    wakaka lawaklah..

  30. apit on 17 Aug 2009

    salam,bro apamacam klau sya download video bro and simpan buat kenangan untuk anak2,he99,untuk buktikan yang bro nie tera

    • MK on 22 Aug 2009

      @apit: Boleh2, saya pun suka budak2, hehe.

  31. bobyfiles on 18 Aug 2009

    nice post, boleh dicuba ni. many thanks..

  32. [...] membuka tirai kepada Pertandingan Membuat Video di Sembang Komputer, NoktahHitam dari Negaraku.net telah membuat reviu mengenai Nokia 5800. [...]

  33. Redz One on 19 Aug 2009

    Alamak MK
    henpon hang sama mcam aku ar
    sebiji plak tu
    kahkahakah….
    :D

  34. atreyustrange on 21 Aug 2009

    Haha. This is so cute! I feel like smacking you!

    p.s. I smack my lil bro all the time! Haha!

    • MK on 22 Aug 2009

      @atreyustrange: Your brother must be a fighter.

      *Run away before I’ll get smacked too*

  35. Syafiq on 22 Aug 2009

    Waah mcm seronok.. tp mcm malas ja nk buat vedeo reveu.. vidcam sumer da terbaik.. hmm.. topup 30.. menarik tu!

  36. loq on 25 Aug 2009

    http://www.youtube.com/watch?v=xIpgs3qHMoI

    dah siap!yeay!

    • MK on 25 Aug 2009

      @loq: Makaceh. Akan dimasukkan ke dalam entri sebentar lagi :D

  37. nardme on 25 Aug 2009

    eyeline terabur..
    penggunaan bahasa yg cukup rojak..
    rasanya tak ada buat kajian dulu pasal handphone tu..
    agak2 la…sbb clip ko ni satu dunia blh tgk..

    • MK on 25 Aug 2009

      @nardme: waow, komen ikhlas tu. sesungguhnya video di atas adalah contoh sahaja. kalau satu dunia tengok, terasa femes gak, hahaha.

  38. [...] anda juga ingin menyertai Pertandingan Membuat Video Reviu Di Sembang Komputer, hantarkat video anda dan tinggalkan link di ruangan komen ye. Tak kisah lah reviu tentang telefon [...]

  39. amoi on 30 Aug 2009

    aku tekekek-kekek ketawa tgk reviu ko neh.
    kalau ko nak gelak, gelak je la..
    ko tahan gelak mcm tahan nak terberak.hehe.

    #anyway..is a funny video for me ^^

  40. [...] sedikit lewat untuk saya mengumumkan video pilihan untuk Pertandigan Membuat Video Reviu SK bagi bulan lepas. Takpe la, biar lambat asal selamat :p Sebanyak dua buah video telah dihantar pada [...]


Leave your comment