Bersempena dengan kehangatan Piala Dunia 2010, gergasi Internet seperti Google dan Twitter turut serta untuk menyediakan maklumat yang terkini kepada anda.
Jika anda menaip “World Cup” pada Google, ia akan memaparkan keputusan perlawanan yang terkini serta jadual perlawanan yang berikutnya.

Seperti biasa, halaman utama Google memaparkan doodle khas untuk Piala Dunia 2010. Bukan itu sahaja, navigasi halaman pada bagian bawah hasil carian juga ditukar kepada perkataan “Goal!”

Twitter pula menyediakan halaman khas Worldcup yang memaparkan tweet terkini tentang Piala Dunia bagi setiap pasukan, serta jadual perlawanan.

Malah apabila anda sertakan hashtag pasukan kegemaran anda di dalam tweet, Twitter akan memaparkan bendera di sebelahnya. Bendera ini hanya boleh dilihat pada laman web Twitter dan bukan pada klien Twitter yang lain.

Jadi, pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk menang Piala Dunia 2010?
memang advance r diorang..aku sokong england..susah nak ramal sape juara
Algeria yang menang nanti.
pergh..
google dan twitter sangat inovatif!
skang nih twitter asyik overload je..sumer disebabkan oleh WC :(
aku rsa brazil menang xD
soon twitter mgkin diambil alih oleh syrikat gergasi mcm google or yahoo. pas tu no more server load
spain menjadi pilihan
spain dah menang…