Piky Basket: Kumpulkan Fail Dari Pelbagai Folder, dan Copy Kesemuanya Sekali

Piky Basket adalah satu software yang bertujuan untuk memudahkan operasi copy dan paste. Bayangkan Piky Basket sebagai sebuah troli di super market. Anda boleh pilih fail yang anda ingin copy satu persatu, dan letakkannya di dalam troli. Apabila sudah selesai memilih, anda boleh keluarkan kandungan troli tersebut ke folder yang diinginkan.

Berikut adalah tiga fungsi utama Piky Basket (dari ConceptWorld):

Copy Fail Dari Pelbagai Folder

Right-click pada fail yang anda ingin copy dan pilih Piky Basket > Drop into to the basket. Setelah sudah memilih, pergi ke folder di mana fail-fail tadi akan diletak. Right-click dan pilih Copy All atau Move All

piky-01

piky-02

Salin Path (Alamat) Kepada Clipboard

Piky Basket membolehkan anda menyalin Path bagi fail-fail yang anda pilih. Right-click dan pilih Piky Basket > Copy Paths to Clipboard dan ia akan menyalin kesemua path bagi fail yang terletak dalam “Basket”. Anda kemudian boleh paste maklumat ini ke dalam Notepad dengan menekan Ctrl + V

* Nota: Malangnya anda hanya boleh copy path bagi fail – fail dari satu folder dalam satu masa, tak macam fungsi “Basket”.

Buka Command Prompt

Fungsi ini berguna bagi anda yang biasa bermain dengan command prompt. Right-clik pada mana-mana folder dan pilih Piky Basket > Command Prompt Here. Satu window command prompt akan terbuka dengan mengarah kepada folder tersebut.

Dapatkan Piky Basket di sini.

9 thoughts on “Piky Basket: Kumpulkan Fail Dari Pelbagai Folder, dan Copy Kesemuanya Sekali

  1. saudara MK.awk tahu tak macam mana kita nak dapatkan windowxp lite.dengar khabar laju dan sesuai main game.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">