Artikel ini membincangkan:
- Apakah itu GHOST?
- Apakah itu PING?
Sudah sekian lama saya mencari perisian alternatif untuk perisian Symantec Ghost. Symantec Ghost selama ini telah menjadi alat yang sangat berguna dalam membuat klon sesebuah partition, samada operasi backup atau restore. Malangnya perisian sehebat ini bukanlah percuma, dan saya tak tahu sampai bila saya boleh menggunakan Symantec Ghost versi cetak rompak tanpa rasa bersalah :p.
Baru semalam saya tahu akan kewujudan PING (Partimage is Not Ghost). Seperti namanya, PING bukanlah Symantec Ghost, tetapi mampu melakukan fungsi yang sama seperti Symantec Ghost, malah lebih lagi.
Ops, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang hebat sangat pasal Ghost ni? Ghost ini berfungsi untuk membuat salinan keseluruhan partition atau hard disk anda, dengan kadar yang cepat. Jika anda seorang yang berhati-hati (dan sebenarnya ada memang perlu berhati-hati), anda perlu sedar akan kepentingan membuat backup. Tapi kalau nak buat backup secara copy and paste semua fail-fail anda itu, sangatlah leceh dan lambat. Menggunakan Symantec Ghost atau PING adalah pilihan yang lebih baik.
Bagi saya, fungsi paling berguna pada Ghost dan PING ialah, ia mampu membuat backup pada sistem pengoperasian anda. Ini bermakna, anda boleh menyimpan satu-satu keadaan OS anda dan mengembalikannya bila-bila masa.
Katakan anda buat satu salinan backup menggunakan Ghost/PING pada Windows anda yang telah dipasang Microsoft Office, Adobe Photoshop, Macromedia Dreamweaver, Prehistorik 2 (:p), dan macam-macam lagi. Malang tak berbau, satu hari Windows anda rosak. Anda boleh restore fail Ghost/PING ada tadi, dan OS anda akan kembali seperti asal, lengkap dengan perisian-perisian tersebut! Proses restore dalah jauh lebih mudah dan pantas berbanding proses format dan install semula Windows.
Ok, berbalik pada PING. Saya telah mencuba PING ini, dan saya puas hati dengan hasilnya. Perbezaan antara PING dan Ghost tidak begitu ketara, namun inilah yang boleh saya kesan:
- Masa yang diambil Ghost untuk proses backup/restore adalah lebih pantas.
- PING mampu memadatkan fail backup kepada saiz yag lebih kecil berbanding Ghost.
Antaramuka Symantec Ghost adalah lebih mesra pengguna berbanding PING. PING mungkin akan sedikit mengelirukan pengguna baru. Tapi kan, Ghost dan PING memang bukan untuk pengguna baru ^^, tetapi untuk pengguna yang ingin belajar. Apa yang penting sekali, PING adalah percuma! Jimat duit poket anda, hapuskan cetak rompak.
Dapatkan PING (Partimage is Not Ghost) dalam bentuk ISO dan burn ke dalam CD, ianya bootable. InsyaAllah dalam artikel seterusnya, saya akan terangkan cara-cara menggunakan PING.
hoho…mmg kebetulan..haha
bagus maklumat nih..emm..
Bagus post ini. Memang ramai yang mencari alternatif utk Ghost termasuk saya. :D
Syahid A. » glad to help! hehe. pasni boleh buang GHOST sebab ianya enggak percuma ^^”
Pingback: Gomen Nasai >_< | SembangKomputer.Com
Pingback: Gomen Nasai >_< | SembangKomputer.Com
terimakasih kepada sembarang komputer
saya ingin sekali belajar cara ghost symantec dari hardisk sata ke hardisk sata
cuman saya tidak tau harus langkah apa yang saya lakukan untuk pertama kali dan selanjutnya……….?//
tolong beri saya petunjuk ………
um, ada gak orang berminat untuk belajar Ghost..
insyaAllah saya akan buat
Pingback: Backup dan Restore Partition Menggunakan PING | SembangKomputer.Com
buleh x awk bagi jenis software backup jenama lain untuk kembalikan windows lain?
@syukeri: DriveImage XML atau Macrium Reflect
ade x free software utk bt partition..faction yg same mcm partition magik…
ade x?
@s@awie: Guna gParted.
thankzz bro…
selain dari ping dan ghost, kita semua boleh jgak rfer pada website nie aader lagi 5 free… http://lifehacker.com/5303067/five-best-free-system-restore-tools
*landlord harap tak salah kalo sya letak link tue, kalo tersalah padam la k :)
cuba pakai hiren boot cd 10.0 ada byk tools utk maintenance.
mna langkah” mengopersikan norton ghost ny bg???
msak cman PING saja yg di bahas…
kan kurang menarik bg…
sy xbrni mhir ag r menggunakan Ghost ny…leh tlg ajr x cre gne Ghost..??
Pingback: Macrium Reflect: Perisian Backup Yang Mudah Dan Percuma | Sembang Komputer
Mantap infonya nih. Anda bisa download di
</ht
aswb,… gan minta cara pengopian data northon ghost dong